Thursday, August 5, 2010

kalau dia @#$%^ tak pe jugak...

ape la yang aku tulis kat tajuk tu kan?
mencarut ke ape tu. tak la...

korang biasa dengar tak, kalau seorang gadis muslim tu rambut macam kene kejutan elektrik, tak lawa sangat la... lepas tu free hair. ape korang akan cakap, " rambut macam kene electric shock, ade hati nak free hair... kalau rambut cantik tak pe jugak..."

lepas tu, tengok pulak gadis-gadis muslim comel namun chubby memakai baju yang cukup2 di badannya, ape korang akan cakap, "kalau dia kurus tak pe jugak... ini badan macam badak, ade hati nak pakai baju macam tu"

tengok pulak sang teruna, nak pegi bersukan, pakai seluar atas lutut tapi kakai beliau berbintang2 kerana pernah kena chicken pox satu masa dahulu, korang yang tak puas hati ni akan cakap, " kalau peha tu lawa tak pe jugak"...

dan sebagainya...

mesej aku yang sebenar... kenapa mesti kene rambut cantik baru boleh free hair? kenapa mesti body ade s-line baru boleh pakai baju fit? kenapa mesti kaki yang berotot dan bersih dari sebarang bintang je boleh pakai seluar atas lutut?
oh... aku tidak... aku tidak berniat untuk membacking mereka semua itu...

tak rase pelik ke... hanya orang yang ade keistimewaan macam tu je ke boleh buat macam tu?
Allah dah tetapkan hukum, aurat, tak kira yang cantik, kurus, ade muscle ketul2 ke, mesti ikut. tak ade terkecuali... kadang2 aku pon ade jugak cakap dialog2 di atas tadi tu... justeru, peringatan ni untuk diri saya dan anda semua. ok? kalau agak2 tak puas hati jugak, cakap sekali dekat yang rambut rebonding tu, yang kurus tu, yang ade muscle tu... tak de la biased sangat...

tak kisah la rambut alfro kalau pakai tudung kepala jadi besar ke, badan besar sampai susah nak cari saiz, kaki bintang berkelipan, jangan dibandingkan dengan yang lawa, cantik dan mempesonakan je untuk kita follow tuntutan tu...

hukum tu untuk semua... tak terkecuali... ok...

4 analisis anda:

bugsphilic~~ said...

betol2,kadang2 kita x sedar kan apa yg kita ckp tu....
terime kasih ya!! =)

yong farehah said...

lagi satu!! "kalau putih x pe la jugak!!". pastu aku rase mcm nak cakap, 'kepale hotak kau!!' :))

hananishikido said...

haha!!!
itu lain maknenye... sabo2...

Anonymous said...

huh...sedo ye cek...
kalau dah gitu...
tambahan pule, kalau dah tutup aurat tu, tutup la keseluruhan yg disuruh syarak...seperti kaki-kaki anda yang sungguh cantik yang dikurnia allah tu..
hehe..sori ye..komen tambahan
-ur sis-

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails