Wednesday, November 30, 2011

Best season in UPM

kalau dekat oversea ada winter, summer, spring dengan autumn.
dekat malaysia ada musim panas dengan musim tengkujuh.
dekat UPM ada musim buah-buahan. hoho!

musim buah-buahan dekat UPM ni pelik sikit. sebelum ni, aku rasa last musim buah, masa aku asasi dulu. dalam dua tahun kemudian, maknanya sekarang, baru lah berbuah balik. memang la imited edition buah kat sini.

kalau duduk dekat kolej kediaman UPM, seriously kadang-kadang aku rasa macam dekat kampung. depan kolej ada durian dengan langsat, tepi kolej ade rambutan dengan pulasan, jalan depan sikit ada cempedak dengan manggis. semuanya tengah masak ranum pulak tu. kalau dah jalan-jalan dekat depan pokok-pokok tu tiap-tiap hari, maunye tak teringin. meleleh air liur wei.

durian depan kolej aku ni, aku dah tunggu dari dia putik sampai la dia masak gedebuk-gedebuk tiap-tiap hari depan kolej aku. kalau dengar bunyi dia jatuh je, rasa macam nak lari pergi sambut buah tu.

tapi malangnya, buah-buahan dekat UPM ni tak boleh diambi dan dipetik sesuka hati. siap berpagar lagi. kalau tak memang pesta buah-buahan la student UPM. tambah budak kolej aku, maunye berkampung dekat dalam dusun tu.

so, kalau dah buah siri terhad macam tu lagi la student ni tertunggu-tunggu bila boleh rasa. termasuklah aku.
kalau durian memang tunggu tepi pagar je la. nasib la dahan yang terjulur keluar pagar dusun tu memang penuh dengan durian. sebab tu kalau staff UPM nak potong dahan yang terjulur keluar tu student UPM macam nak mengamuk je. dahan kesayangan student tu...

buah lain, tak de cara lain, antara pergi mintak dekat staff yang jaga dusun atau pergi beli, atau...
yang ni jangan buat, pergi curi.

ada orang kata, kalau nampak buah-buahan dekat UPM ni, tapi tak ambik, bodoh sekali, tapi kalau ambik lepas tu kena tangkap, bodoh dua kali. ada sesiapa terasa?

jadinya, aku sebagai student yang UPM yang bijak pandai ni, memang la selalu try nak rasa sebijik dua buah-buah yang ada dekat UPM ni. kalau tak bila lagi aku nak rasa? musim dah la dua tahun sekali. kalau nak tunggu musim lain, dah nak grad nanti la baru rasa.

ala... aku ambik memang niat nak rasa je... betul. tapi kalau dapat lebih dari rasa tu, alhamdulillah. rezeki...
 setakat ni buah yang aku dah rasa, rambutan, durian, cempedak dengan manggis. dan semuanya sangat lah enak sekali.

tak pe, tengok dulu gambar-gambar ni dan telan air liur anda.


nampak tak semangatnya kitorang bila jumpa durian tepi pagar? baju tak sempat salin, pergi makan sorok-sorok takot orang teringin, beg tak sempat tanggal, makan pon tak jumpa kerusi. aku rasa, semua orang akan jadi macam tak senonoh kalau jumpa durian UPM. sedap wooo!!!

yang ni senonoh sikit sebab dia tak gelojoh macam aku. huhu.

makan dengan penuh perasaan terharu. berjaya merasa durian UPM setelah dua tahun lalu rasa durian yang gugur di tepi pagar.

sebenarnya nak dapat durian tepi pagar ni pon ikut nasib la, siapa yang rajin lalu tepi pagar macam aku, dapat la rasa. siapa tak rajin, kena la cari alternatif lain kalau nak rasa jugak...


nampak macam besar, tapi sebenarnya, besar sikit dari tapak tangan je saiznye.

nampak wajah gembira kami?
ingin tahu rahsianya? 
jawapannya...



ini!

first time aku jumpa orang kerat durian bersegi-segi macam ni. amatur. biasalah...

yang menunggu...

yang berusaha...

hasilnya....

kalau nak tau saiz sebenar durian ni, compare kan dengan tangan yang pegang pisau tu. mana lagi besar. 
bayangkan besar tu dikongsi 6 orang... nasib baik ini second time aku rasa...
ni masa kitorang picnic dekat tepi tasik UPM, tu yang ada plastik domino's dekat gambar tu. syokkan UPM, sambil berkelah, boleh menikmati buah-buahan tempatan.

next, 
ni pulak cempedak, untuk yang tak boleh beza cempedak dengan nangka.

wajah gembira insan yang memang teringin makan cempedak sejak beberapa minggu yang lalu.

sorry gambar tak clear sebab tangan vibrate kerana sedang enak mengunyah cempedak. nomnomnom...

ni insan yang jugak teringin cempedak dari beberapa minggu yang lalu.
dah lalu depan pokok ni setiap kali pergi reban, memang la teringin sangat nak rasa barang seketul. sekali dapat, wowowo... berketul-ketul!!!

enak sungguh cempedak ini.

cara aku dengan kengkawan ambik cempedak ni memang totally pro. wuwuwu. bangga sendiri. 
tapi tak boleh ajar sebab elok-elok aku ambik cempedak sebab nak rasa, kalau ajar, esok terus hilang semua cempedak-cempedak yang ada kat pokok tu. mana bole...

gambar manggis dengan rambutan tak dapat diambil sebab tak sempat nak tangkap gambar semua buah dah berjaya ditelan.

buah-buah yang lain masih dalam perancangan. semoga kami dapat rasa semua buah sementara stok masih ada.


untuk adik-adik yang baru lepas SPM, selamat bercuti. kalau tengah fikir lagi nak masuk IPTA mana, dan teringin pengalaman macam akak ni, silalah pilih UPM sebagai pilihan masa isi borang tu ye. serious, tak rugi masuk UPM kalau dapat rasa semua kelebihan-kelebihan kat sini. syok....

Thursday, November 24, 2011

ini bukan virus

assalamualaikum...


gambar dekat atas tu jadi macam tu bukan sebab virus. tapi biasalahkan tangan gatal aku ade je nak tekan selagi tak log in uspot tu untuk online.

esok aku test. subjek paling dangerous dalam abad ini, anatomy and physiology of domestic animal.
baca nama subjek je pon aku dah seram. esok nak test, benda tu pon aku jadi nak buat main. jangan jadi macam aku.

tapi keseraman tu belum mencocok diri aku lagi sebab aku tengah tunggu azan isyak tadi. so aku study macam main-main je la. sekarang dah azan, nak sembahyang and be serious.

babai!

Sunday, November 20, 2011

appreciate!

i'm the kind that always tend to forget when i found something new in my life. seriously.

kadang-kadang bukan aku sengaja nak lupa. tapi 'something new' tu selalu distract aku untuk ingat dekat benda yang dah lama stay dengan aku.

tak de reason yang menarik kenapa aku post entry ni. dan reason sebenar dia sangat lah lame kalau korang tau.
tapi sebab yang lame ni lah bagi aku sedar betapa aku tak hargai sesuatu sampai aku menyesal macam ni. oh, ini tiada kena mengena dengan lovey dovey things ok. tapi prinsip ni boleh apply untuk lovey dovey things.


credit: google

see, i've lost it. and now I appreciate it.

sekarang jugak la baru nak menitik-nitik air mata bila bukak gambar, video ape semua.
kadang-kadang aku gelak dekat diri sendiri, gila ke ape aku ni tetibe nak sedih-sedih depan laptop. tapi seriously, masa benda tu ada, aku lupa, biar je. tapi bila dah tak de, baru nak explore seketol-seketol, lepas tu hadap sepanjang hari. 

mesti korang tak faham kan apa aku cakap. tak pe la, biar aku je yang faham. lame sangat untuk aku bagitau.

yang penting, appreciate apa sahaja yang berada depan mata anda sebelum benda tu dissappear. hilang dari pandangan mata anda.

Thursday, November 17, 2011

my little Chicken little

assalamualaikum...

dah lama sungguh aku tak bercerita pasal perkembangan ayam-ayam aku ek. biasalah, usahawan busy macam aku ni memang tak sempat nak update-update ni. *busy la sangat*

semenjak aku bela ayam ni, sense of responsibility aku sangat la meningkat naik dengan jayanya. banyak dah aku korban, korban cuti, korban  tenaga, korban masa, korban tidur, eh, korban cinta. ops... ini tipu. tiada percintaan berlaku antara aku dengan ayam mahupon orang disekelilingnya.

contoh korban tenaga dengan korban cuti
*nampak tak boot aku, wink*

aku bukan nak mengungkit tau. saja nak bercerita. bukan tak pernah orang tanya, buat ape je masa korang bela ayam selain bagi makan minum?
ni aku nak jawab ni, kitorang kemas reban, tanam itu ini, cuci-cuci, jadi penggali kubur, dan macam-macam lagi. ingat senang nak bela ayam? jangan tau nak gelak je bila aku bagitau aku ada bela ayam. susah tau...

ni pulak contoh korban tidur. baru lepas baik sikit dari demam aku dah kena main kejar-kejar dengan ayam. sepatutya i kena rest tau. muka tak dapat dipaparkan sebab i memang pemalu. hik hik.

ni ayam yang terpaksa aku kejar. kesian dorang tak cukup makan

macam tu lah korban-korban yang aku dengan kawan-kawan lain dah buat. eleh korban konon.
so, bila dah banyak berkorban macam ni, aku sangat berharap supaya ayam-ayam aku ni boleh membesar dengan sihat dan kuat. macam iklan milo pule. kalau boleh nak je aku bagi milo kat ayam ni tau.

tapi bila ada masalah macam ayam tak cukup makan sebab makanan ayam tak sampai sebab supplier tak dapat bayaran sebab orang yang sepatutnya bayar tapi tak bayar, tak membesar lah ayam-ayam tu. tak pasti nak salahkan pihak yang mana satu. ada korupsi berlaku kah? mangsanya, ayam jugak.

tak kisah la untung rugi bila nak jual nanti, tapi ayam-ayam ni sangat kesian sampai kaki aku pon dorang nak patuk sebab lapar, disamping rasa nak flying kick ayam sebab sukati serbu kaki aku. tapi dimaafkan la wahai ayam. aku tau korang lapar.
bukti kebuluran. kesian.
pic courtesy of Teng, my coursemate.

walau banyak cabaran yang kitorang hadapi masa sekarang, ni la yang jadi pengalaman kitorang bila dah grad nanti. bolehlah dengan bangganya aku cerita pasal ayam masa interview nanti. tak pon kalau ada sesape nak jadi usahawan ayam, boleh lah pakai pengalaman berharga ni. tapi seriously, kalau nak ayam-ayam anda hidup bahagia sehingga masanya untuk mereka disembelih, elakkan korupsi. berdosa.

sekian, salam perantauan, dari aku dan ayam.

Sunday, November 13, 2011

down fever

aku tak berniat nak jadikan blog aku tempat luahan perasaan. tapi aku tak tau nak cerita dekat siapa. for anyone reading this, until the end, thank you.

for the first time ever, in my life, in my school life, i got fever, and people ignoring me. yes, there's still my friend taking care of me, thanks. but still, i got the lonely feeling when nobody asking me whether i'm okay or not when i'm lying terribly on my bed.

i've said before, living with seniors is just burdened me. i'm not blaming them. seriously. i've entered boarding school since i was thirteen, but this is the first time i got a senior roommate. i'm not a person that easily close with person older than me especially girl, because i don't even have an older sister. so, it just so awkward for me to talk with them cheerfully just like what i did to my friends. and the effect, they don't even know i got fever, eventhough their bed was just like 3 meters than mine. yeah. true. this is why i said i'm being ignored.

when i was form five, i remember i got fever. like this time. cough, sneezing badly, flu... but my roommate taking care of me until i don't have any feeling to go home. i miss those time. when i got fever at home, everybody will treat me with the best treatment, ever. and now, i want to go home. being ignored really making me down. i'm not stress, just feeling down.

okay enough. i'm still grateful to have friends around me. but the only thing i want to hear is just people asking me whether i'm okay, or not. that is all.

p/s: english post like this mean you don't have to tell anybody about this okay. just random thought from me about my fever life today and yesterday. ignore grammatical error.

Saturday, November 12, 2011

Foreign students 'must learn conversational BM'

Foreign students 'must learn conversational BM'
Based on the above newspaper excerpt, write your perspective towards the suggestion of implementing conversational Bahasa Malaysia as a compulsory subject for international students in Malaysia. 

i) State your position (agree or disagree) on this matter and explain your reasons. 
ii) As a student in a higher learning institution, do you think this implementation will also benefit the local students?

Hi guys!!!
This time, I totally agree with the suggestion of implementing conversational Bahasa Malaysia as a compulsory subject for international students in Malaysia. First of all, I’ve been in the same class with some foreign students especially students that come from Middle East. During the class, they have troubled us not just because they can’t understand Malay, but they also don’t even understand English when they always asking the lecturer the same thing until the class were disturbed. Its not that we don’t like them asking question but when they don’t understand Malay, things will look very complicated to them. Other than that, the foreign students have trouble communicating with other people outside the universities because not all Malaysian especially golden ages know how to speak English. As a student in a higher learning institution, I think this implementation will also benefit the local students because when they can speak Malay, they can understand easily what we are talking and we can help each other if we have problem in the class. Besides, the most important thing if they can speak Malay, they can promote this language when they return to their countries!  

so guys, what do you think???

p/s: aku demam. tapi assignment kene buat jugak. so, ignore any grammatical error. 

Wednesday, November 9, 2011

Rapper: Malaysian VS ************

namakan siapa yang aku nak ***** tu. aku pon tak de idea nak bandingkan dengan siapa.



thanks to Mat Luthfi sebab ingatkan aku pasal benda ni.

pagi tadi, bukan pagi tadi je. semalam, hari tu, minggu lepas dan banyak lagi masa-masa lain, kebanyakannya masa aku naik kereta atau bas la. or better said, time-time yang aku boleh terdengar stesen radio Malaysia. waktu lain jangan harap la... sebab ada kenderaan-kenderaan ni la aku boleh tau banyak lagu Melayu.

aku tulis ni bukan nak ulas pasal Mat Luthfi atau nak komen-komen lirik yang songwriter dah tulis even kadang-kadang aku setuju jugak dengan beliau. tu pendapat beliau. biarlah, mungkin imaginasi mereka terlebih, lalu lahirlah lirik-lirik yang penuh dengan simile, hiperbola, peribahasa, simpulan bahasa semua tu. tak kisahlah. adatlah lagu cinta. mesti la nak lebih-lebih sikit.

yang pasti semenjak dua tiga menjak ni, aku perasan banyak lagu Melayu yang ada rap. bagus la, mungkin rap tu menunjukkan tanda kemajuan sebuah industri muzik tu.

tapikan tapikan,
kenapa semua rentak rap dorang sama je? tak percaya, dengarlah semua lagu-lagu yang ada rap yang baru. bunyi macam bersajak pon ada, mungkin dorang memang betul bersajak, dimaafkan la. tapi serius, rentak semua sama.

aku bukanlah pakar muzik ke pengkritik muzik ke apa, tapi kalau nak banding lagu dalam Malaysia yang ada rap, lagu zaman-zaman aku sekolah dulu lagi sedap nak dengar. contoh, lagu VE and Ruffedge, Khayalan. serius aku addicted dengan rap dia satu masa dahulu. dia ada rentak dia sendiri. tak de la lebih kurang je dengan lagu-lagu lain. rap pon ada rentak apa. jangan la kata kalau rap je mesti rentak yang sama.

itu baru banding dengan lagu Malaysia. kalau banding, dengan lagu overseas?

yes, bukan semua lagu dari overseas tu sedap. bukan semua rapper hebat. tapi kalau dah nak jugak masuk industri muzik tapi tak boleh nyanyi sebab suara tak sedap, try as much as you can to perform the best without singing. boleh je.

nak tengok, best rapper yang aku maksudkan?

tekan play dulu.



aku tak maksudkan yang kpop ni bagus and korang kene buat macam ni baru style or so on so on. no...
 but they are seriously amazing. tak tipu.

tengok dekat first rapper yang pakai kot labuh tu. at first, he can't really sing. but he try his best to be the signature rapper of this group, and now, he can even sing while rapping! oh ye, dia ni la yang melambai-lambai dekat tepi page aku tu.



lagi sorang rapper tu, tak ke rasa ke dia memang super best, semua rap tu tak rasa bosan langsung. even aku tak faham maksud dia tapi aku enjoy dengar dia rap.

kenapa aku ambik video yang live? so korang boleh tau, tu memang suara real dorang. tak de la dalam radio beria rap sekali live, suara tak dengar langsung sebab dah semput.

suka hati lah nak tengok group mana sekalipon, tak kisah. tapi at least berlatih dulu. jadikan verse-verse rap tu menarik untuk didengar. ini tak, nak termuntah aku dengar rap yang boring dan tak sudah-sudah tu.

dah. aku komen banyak lagi karang ada je la yang tak puas hati dengan aku. ni pendapat aku ok. kalau korang rasa rapper yang ada dekat Malaysia ni dah cukup bagus, tak pe. aku tak kisah...

Monday, November 7, 2011

Allah selamatkan kamu...

semoga Allah selamatkan aku juga.

amin...

First of all, Happy Eid-Adha to all my Muslim friends, selamat makan daging banyak-banyak. bagi yang ada penyakit gout, sila bawa bersama air mineral kemana sahaja anda pergi.
buat yang beraya sebagai perantauan sama ada di UPM atau mana sahaja, semoga pengorbanan anda tak pulang ke kampung halaman membawa seribu erti yang amat mendalam. ewah!

second of all,
happy birthday!!!
to my friend, Muna Munirah who was born on 7 november,and happy belated birthday to Aisyah, born on 3 november. happy 20!! aku je yang belum 20 lagi.




tak lupa juga kepada my beloved Nishikido Ryo, also born on 3 november. tanjoubi omedettou!!!

hemsemkan teman lelaki saya? *wink* walau awak dah 27 tahun, saya tetap sukakan awak. sweet kan... *muntah*

dan kepada sesiapa yang aku mention atau tak, thanks to your mother for bring all of you to this world. thanks for being my friend and my boyfriend. aawww!

terlambat sikit sebab aku malas nak post dekat rumah. ramai sangat orang nak baca.

Tuesday, November 1, 2011

dosa anda tanggung sendiri. jangan sampai orang lain perlu menanggung dosa kerana anda

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

panjang ye tajuk saya di atas itu.

baiklah,
apa khabar semua?

pada hari ini, juga sempena nak dekat raya haji ni, saya akan membincangkan tajuk yang panas lagi hot juga membara iaitu 'dosa anda tanggung sendiri. jangan sampai orang lain perlu menanggung dosa kerana anda'. entry kali ini tidak ditujukan kepada sesiapa secara spesifik ya. cuma sedikit perbincangan untuk membaiki diri kita semua. saya juga ingin sedikit pahala. ye dak...

ok. finish mode ustazah. tukar kepada mood hanani.

okai! wassup!

astaghfirullah...

salah channel. kejap-kejap.

okai... sedikit repekan untuk aku mulakan entry ni.
bukan sedikit. aku tau.

sebelum aku start dengan panjang lebar lagi. cuba perhatikan gambar ni. apa pendapat korang?

saje bubuh watermark.
 kot ade orang nak pakai gambar ni jadi rujukan. 
boleh femes sket karya aku ni.


itu adalah gambar sistem 4 lipatan. maaf, aku tak ambik seni visual masa SPM. lukisan memang fail. lipatan pon tak sama rata, ada hati nak melukis.

entry ni aku tujukan khas dekat orang yang tidak menutup aurat dengan sempurna. no offense tau. bukan spesifik. tapi kalau yang dah menutup aurat, nak baca pun tak pe. boleh-boleh. boleh jugak la bacakan untuk member-member korang yang terbabit dengan post aku ni.

ok, memang aku dah cakap tadi, entry ni tak spesifik, tapi aku nak limitkan jumlah orang yang tak tutup aurat tadi kepada orang yang tak menutup aurat dengan sempurna dan bersaiz XXL++.

dah tengok? so, apa pendapat korang?

ni pendapat aku,

kalau anda bersaiz XXL++, janganlah teringin memakai baju bersaiz S,M atau L, kerana sistem 4 lipatan anda akan terserlah dengan jayanya. anda tak malu? tapi saya malu. saya malu bila lihat orang lelaki yang bukan muhrim anda tersenyum-senyum melihatkan view anda yang sebegitu.

macam yang aku cakap dekat tajuk yang beria panjang kat atas tadi. dosa anda, tanggung sendiri. jangan bagi orang lain dapat sekali dosa sebab anda.
anda dah ada satu dosa tercatat sebab tak tutup aurat dengan betul, tapi sebab anda, orang lain juga dapat dosa melihat aurat bukan muhrim, dosa mengumpat, dan banyak lagi dosa mungkin tercipta.

lagi satu. kebanyakan legging yang terjual di pasaran adalah sesuai untuk kaki wanita yang bersaiz S,M dan L.   jika anda bersaiz XXL++, legging tersebut akan kelihatan seperti stokin nipis! sebab? benang legging yang rapat tu dah dijarakkan oleh saiz kaki anda.

memalukan... aku yang perempuan ni tengok pon malu. tak teruja langsung. pakai t-shirt saiz S yang pendek then pakai legging yang macam stokin memang tak menarik. bukan aku nak mengata, tapi kenyataan. kenyataan yang kita kena terima walau pahit untuk ditelan. ewah!

aku sebagai perempuan yang gemar menjaga hati orang lain semenjak dua menjak ni, confirm takkan tegur depan-depan. so, kalau terbaca. berubahlah. itu mungkin pilihan anda untuk terus mendapat dosa tidak menutup aurat, tapi kesian la dekat orang lain. bukan dorang sengaja nak mengata, tapi kalau dah view tu memang tak menyelesakan pandangan, memanglah sangat mengundang umpatan orang ramai.

sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails