Assalamualaikum.
Hari ini Rokiah telah mendapat gajinya yang pertama. Rokiah
berasa sangat gembira lalu beliau merancang untuk ke shopping mall untuk
membeli sedikit barang keperluan beliau serta menambah koleksi pakaiannya yang
semakin tidak muat kerana tubuhnya semakin membesar hari demi hari. Lalu
selepas menghabiskan tugasnya di pejabat, kereta Rokiah terus meluncur laju
menuju ke pasaraya XXX untuk melaksanakan rancangannya.
Kebetulan ketika Rokiah sampai, azan Maghrib pon
berkumandang. Lalu Rokiah terus menuju ke surau yang berada di pasaraya
tersebut untuk menunaikan solat. Malangnya keadaan surau sangat penuh sehingga ramai
pengunjung pasaraya tersebut terpaksa bertatur panjang untuk berwudhuk. Keadaan
ini sangat menyukarkan Rokiah tetapi dengan sabar, Rokiah turut serta beratur
dan kemudian Rokiah terpaksa pula menunggu gilirannnya untuk bersolat kerana
terlampau ramai di dalam surau tersebut.
Mujurlah Rokiah membawa telekungnya kemana sahaja beliau
pergi, jika tidak Rokiah terpaksa menggunakan telekung yang sudah berbau akibat
digunakan dalam keadaan basah oleh beratus-ratus pengunjung pasaraya tersebut.
Walau bagaimanapun, keadaan tadi telah membuatkan mood Rokiah untuk membeli
belah terganggu dek kerana kepenatan di pejabat yang masih belum hilang
dicampur dengan dengan kepenatan bergelumang dalam keadaan surau yang bagaikan
haru-biru setiap kali waktu solat masuk.
Akhirnya Rokiah pulang tanpa membeli apa-apa hari itu…
******
Have you ever been in this kind of situation? Bila korang
nak solat tapi surau gila penuh and you just kuatkan iman untuk tunggu jugak
sebab there’s no other place yang korang boleh solat. Ye lah, sebenarnya ada
je, macam dekat kawasan tersorok ke, mana-mana je lah. Tapi apa gunanya surau
kalau kita perlu solat dalam keadaan macam tu.
Kalau kita perhatikan, surau selalunya bukanlah satu
priority bila sesebuah bangunan tu dibina. Contoh dekat pejabat mak cik aku, staff-staff
perempuan solat dalam bilik server je. bukan tak de surau tu, cumanya surau tu
dia jadi inconvenience sebab saiz dia selalunya kecil dan tak cukup untuk
menampung jumlah orang yang ramai.
Contoh dekat fakulti, contoh ye ni. Asal masuk je waktu
solat, surau akan jadi pack gila dan semua orang akan kelam kabut nak solat
sebab lepas tu ada kelas lagi. Kadang-kadang aku perhati, solat tu jadi macam
ekspress gila sebab takut tak sempat masuk kelas. Doa pon kadang-kadang tak
sempat.
Tu ke budaya yang kita nak terap dalam diri pelajar?
Utamakan kelas daripada ibadat. Aku pon kadang-kadang, berlari nak ke surau,
waktu zohor selalunya. Niat tak nak kelam kabut sebab nak solatkan, apa yang
salahnya kalau lambat sikit. Tapi bila tengok orang kat belakang dah berhimpun
tunggu turn nak solat, kita nak doa panjang sikit pon jadi serba salah. Lastnya,
sambung je doa masa tengah lipat telekung. Kalau surau tu luas sikit, tak jadi
macam tu. Tapi kalau orang tu dah jenis solatnya ekspress nak kata apa kan. So
this example cannot be applied to her lah.
Lepas tu bila nak rehat-rehat sementara tunggu kelas, untuk
orang perempuan, suraulah tempat paling selesa sebab boleh tanggal tudung. Boleh
golek-golek sekejap. Tapi kalau dah surau tu pack, nak golek apanya. Nak kene
pijak adalah. Kesian tau student kadang-kadang. Especially perempuanlah. Sebab
selalunya perempuan ni kalau nak solat proses dia renyah sikit. Nak tanggal
tudung dulu, ambil wudhu, pakai telekung, karang nak lipat pulak, pakai tudung
lagi. Nak bergolek celah-celah orang ramai ni? No…
Contoh lain, paling selalu sekali, macam cerita Rokiah tu.
Surau dekat mall kat area KL Selangor ni selalunya besar, selesa tapi still tak
dapat tampung jumlah pengunjung yang ramai gila setiap kali waktu zohor, asar
dengan maghrib. Isyak tu selalunya orang dah redha dah. Solat kat rumah je lah.
Tak larat nak berhimpit lagi dah. Kadang-kadang surau ok dah besar, ada pulak
masalah lain. Tempat wudhu sikit, telekung sejadah tak cukup, surau berbau.
Macam-macamlah. Sampaikan orang perempuan nak tunggu time uzurlah baru seronok
sikit nak berjalan merata-rata. Waktu lain, seronok jugak tapi still stressful
sebab surau tu mesti ada.
Aku tak tahulah macam mana selalunya arkitek or engineer
bangunan-bangunan macam ni boleh tak terfikir untuk bagi satu ruang yang besar
untuk bagi peluang kepada orang ramai untuk jalankan ibadah dengan selesa. Ke
semua engineer dengan arkitek orang putih aku tak taulah pulak. Nasib baik
sangat kebanyakan orang Malaysia ni masih kuat imannya. Kalau jenis lemah iman
tu dia tak solat terus dah. Tapi jenis tu lah kita nak elak. Kalau surau pon
selesa, ada air cond, cermin besar semua, siapa pon seronok nak beribadah dekat
situ.
Aku berharap sangat yang satu masa nanti, surau ni dijadikan
proriti bila sesebuah bangunan didirikan. Walaupun bukan 24 jam surau tu penuh,
fikirkan waktu beberapa jam yang sangat penting especially waktu zohor, asar,
maghrib. Baru bangunan tu ada berkatnya. Jangan design surau je cantik tapi
sebenarnya tak selesa. kecik sempit busuk bla bla bla...
0 analisis anda:
Post a Comment