Thursday, May 21, 2009

ayam kampung




pada suatu hari...
ade sorg budak berjalan2 di dalam kolam bapaknye yg telah kering akibat musim panas yg berpanjangan.

suddely, budak ni terserempak dgn seekor ayam kampung yg berjantina jantan atau lg femes dipanggil ayam bapak.
ayam tersebut memandang slack ke arah budak itu dan terus merenung budak itu. namun, budak itu buat x reti dan tros berjalan2 di dalam kolam milik bapaknye dgn pnoh x de perasaan.
setelah agak lame ayam tersebot merenung budak itu, budak itu merenung kembali ayam tersebut kerana menyangka ayam tersebut jeles dgnnye...
berlaku lah aksi renung merenung antare budak tersebut dgn ayam jantan x guna itu.
tiba2, ayam tersebut mengejar budak tersebut dan ingin mematuknye. budak itu tros berlari dan tros berlari sambil menjerit memanggil mak dan bapaknye. dalam hatinya mencarot2 menyumpah seranah tuan punya ayam berserta ayam tersebot. akhirnya, budak itu lari ke dalam rumah dgn mate yg berair kerana ingin menangis tp x smpt kerana kelam kabut berlari menyelamatkan diri...
setelah selamat dr ayam durjana itu, budak ini dilanda fobia dgn setiap ayam kampung yg lalu di rumahnya sehingga kini. budak ini amat membenci makhluk yg bername ayam bapak. sesungguhnya, setiap ayam kampung yg lalu dirumahnya akan mendapat habuan sebijik batu walaupun di hatinya amatlah teringin utk menyembelih ayam tersebut ttpi x berani....
sekian sahaja kisah seekor ayam dan seorg budak...
p/s: budak dalam kisah diatas adalah aku. pemilik blog ni.

2 analisis anda:

Aizat said...

haha!
padan muke!
main mate lagi dengan bapak ayam!

hananishikido said...

sesungguhnye aku tidak sengaje...
ingtkan ayam tu nak ngorat aku.

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails