Friday, December 16, 2011

Bola Bola Kaki

ehemmm... tangan mula menaip sambil membetulkan tekak yang perit selepas menjerit dengan beria sekali petang tadi.

bukan selalu aku nak tengok bola secara live macam tadi. tapi yang tadi, serius tak rugi.

haritu, lepas dengar announcement pasal final match antara kolej aku dengan kolej yang jugak jiran tetangga kolej aku, aku rasa macam best je kalau pegi. dengan jumlah merit yang on the line nye, apa kata aku pegi. kata aku dalam hati.

mula-mula pegi macam tak semangat sangat sebab kena naik bas, hujan pastu kena bawak payung. tapi, luckily, fello aku yang membawa BMW ajak tumpang pegi stadium. huhuhu! best oi!

lepas dah sampai, player tengah warm up lagi. ouw! mereka nampak semart dengan gaya mereka.
jika dilihat dengan clear, gambar ini nampak blue sedikit. maaf, wrong timing.

masa ni tak ramai lagi yang datang. so suasana tak meriah lagi.

and last,

saya memang sukakan atlit-atlit macam ni. auw! team kolej saya berwarna merah ye.

the game started.

maaf gambar masa game tak de. semangat terlebih sebab kolej aku dah start meriah.
budak kolej lagi satu macam terkedu sedikit sebab team dorang tak score langsung. so, tak terlawanlah sorakan kolej aku yang over tu.

sepanjang match, menjerit je kerja aku. ye la, tengok bola, tak kan nak senyum je kot. tapi, semua kesalahan yang player buat, semua aku tak faham. mak oi, tak berilmu pasal bola langsung aku ni... yang paling aku tak faham sekali, offside. dah bertahun aku dengar perkataan tu, baru hari ni lah aku tergerak hati nak tau offside tu apa. jenuh aku perhati match tadi, ape benda offside tu haram aku tak tau. 

lalu aku search la dekat internet, tak faham jugak. tak pe, nanti aku tanya sape-sape. 

walau bagaimanapun, sekalung tahniah buat team kolej aku bersama dengan tukang soraknya, victory is ours! team kolej aku kalahkan team lawan dengan keputusan 2-0. berbaloi aku isi masa petang jumaat aku.

banyak part-part lawak masa match tadi. player cool je, tukang sorak yang over. normal la tu kan.


the end of match


antara tukang sorak yang terlebih semangat.

setelah perlawanan ni berakhir, satu perkara yang dapat aku konklusikan ialah, budak kolej aku best. aku sayang kolej aku.
*ayat budak tak nak kena buang kolej.*

tapi serius, bagi je apa-apa event dekat budak kolej aku. dorang akan buat dengan semangat sekali. suruh lari, lari... suruh sokong, sokong... suruhlah apa sahaja.

balasannya, merit. walaupun kadang-kadang ada kambing sebagai balasan istimewa.
memang mula-mula hampir semua akan terlibat sebab nak merit, tapi bila dah mula, semua akan lupa niat sebenar and enjoying the game. ni semua sebab budak kolej aku adalah best and i'm one of them!



0 analisis anda:

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails