Thursday, December 1, 2011

Ombak Rindu yang best sekali

assalamualaikum...

sekali lagi hari ini aku berjoli di The Mines lepas mengalami kekecewaan yang amat parah masa test biostatistik tadi. bayangkanlah, biostatistik ada soalan teori, nak terpengsan aku jawab tadi. dah la objektif, tanda je la jawapan dengan redha. 

maka hari ni, habislah semua test 2 untuk semua subjek bagi sem ni. nak yahoo, tapi still ada final lagi. so dengan cool nye, aku melangkah keluar dari UPM untuk berjimba. hahaha...

untuk pertama kali sejak dari first time aku jejak kaki dalam panggung wayang, ni la first time nya aku pergi tengok movie melayu masa hari pertama filem release pawagam. 
aku memang dah lama teringin nak tengok movie ni sebab hero kesayangan I berlakon, tambah pulak aku dah baca novel ni dari aku sekolah rendah lagi. mesti lah aku excited. nak jugak tengok bayangan aku masa baca novel tu dulu sama tak dengan movie ni. novel tu pon dah hilang dah kulit dia aku rasa.

  aku rasa lah, semenjak dua menjak ni, filem melayu dah semakin ok la kualiti dia. cuma please lah, slow down sikit pengeluaran cerita-cerita hantu yang boleh merosakkan akal fikiran kita semua. buat cerita yang ada moral sikit. bosan aku tengok hantu-hantu dekat Malaysia ni. stop la dulu. aku tengok preview tadi, sampai 2 3 cerita hantu tengah tunggu nak release.


untuk movie ni, rating aku bagi 4.5/5. kurang 0.5 sebab aku tak pasti latar belakang masa dalam movie ni. zaman sekarang kah atau zaman mak aku dulu kah? aku tak sure. sebabnya, pencahayaan dalam movie ni macam cerita zaman mak aku, tapi aku tengok style selendang dia pakai macam zaman sekarang. entah la, tapi jangan risau, kualiti gambar still tak de apa-apa masalah yang boleh aku pertikaikan. *bajet pengkritik pro je*

lepas tu, movie ni ada sedikit kelainan dari novel yang aku baca dulu. seingat aku Hariz tinggal Izzah dalam kondo, tapi dalam movie ni dalam villa yang macam rumah kampung je. ye la, nama pon adaptasi kan, tak kan nak sama sejibik-sejiban. lepas tu aku konfius lagi, cara Izzah pakai tudung mula-mula macam zaman mak aku, tapi dua tahun lepas tu dia pakai macam memang dah zaman sekarang. pening aku. 

mungkin Maya Karin nampak macam tak sesuai jadi Izzah sebab cara dia cakap je dah nampak sangat bandar nya, tapi lakonan Maya memang power. kira jadi la. 

Aaron heroku, tak payah komen lebih-lebih. tengah mengamuk pon still nampak comel. oh abang Hariz... 

Lisa Surihani, memang perempuan yang cool dalam movie ni. ada jugak part-part lawak yang unexpected dari Lisa ni. satu panggung jugak lah gelak. tapi bila dia mengamuk, boleh diterima lah keseriusan dia berlakon. cool! 

Nenek Jijah, aka Datuk Sufiah, please lah, pakai baju proper sikit tak boleh ke. nak sangat tunjuk cleavage dia tu. baju menantu dia yang glemer tu pon lagi sopan dari baju dia.
lantaklah, orang bukan nak tengok sangat dia.

yang lain-lain pon, great acting. tak de part-part yang nampak awkward. so overall, tak de siapa yang akan menyesal tengok movie ni. oh ye, panggung yang aku masuk tadi full house. even tempat duduk depan sekali yang menyakitkan tengkok tu pon ada orang nak duduk jugak.

bak kata Lisa aka Mila dalam movie tadi, redha tu ikhlas, pasrah tu menyerah. oh, aku menyerah rupanya jawab biostat tadi. bukan redha...

lepas ni, aku suggest buat movie dari novel Bicara Hati karya Damya Hanna. kalau movie ni keluar, serius aku orang pertama beli tiket movie ni. calon pelakon untuk watak Tengku Syahran, mestilah heroku yang comel lagi gagah perkasa Encik Aaron Aziz!

P/s: aku baru tau novel Bicara Hati aka diadaptasikan jadi drama. tapi hero nye serious tapi menepati citarasa aku. tak best la cam ni... nak abam aaron yang berlakon....

3 analisis anda:

diRi AkU... said...

saya sangat bersetuju dgn komen anda mengenai nenek jijah..euwwww...geli derrrr....hahaha...*untk pengetahuan anda..abam aaron tu uncle sy...sekian..hahahaha...
=P

::melur:: said...

mcm teruja..tunggu org komen cite ni ramai2 baru bole tengok. kalo x best nanti membazir je duit..hehee

hananishikido said...

pegi je tgk... x rugi... bila kita boleh gelak ketawa dlm wayang tu ramai2 mksodnye best la tu...

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails