Saturday, December 31, 2011

checklist of wishlist

masa hujung bulan 12 tahun lepas, aku pernah post pasal wishlist aku untuk tahun ni, 2011 kat sini. memandangkan hari ni hari terakhir untuk tahun 2011, meh kita cek sikit sama ada dah terlaksana ke belum wishlist aku untuk tahun ni.

yang tulisan hitam tu wishlist aku tahun lepas. yang tulisan merah tu komen aku terhadap wish tersebut.
  • untuk tidak lagi selekeh seperti tahun2 sebelum ni. 
    • sungguh tidak best kan azam aku ni? biarkan... selekeh di atas bukan bermaksud aku punya appearance macam orang yang suka merayau-rayau di tepi jalan tu. selekeh aku bermaksud, lepas ni, pandai-pandai la pakai baju matching sikit dengan tudung ke kasut ke seluar ke... ini tak, kalau tudung hitam je yang dah iron, tudung tu je la yang aku tibai nak ke kedai ke ape ke. tambah dekat rumah. lagi la...
    • untuk first sem, aku memang rajin nak bergaya. pakai selendang, pakai kemeja pergi kelas. tapi malangnya, untuk second sem, bila aku mula discover tudung yang senang nak pakai tu, aku mula jadi serabai macam selalu. next sem, aku akan cuba jadi style balik. bosan la jadi serabai.

  • menjadi lebih bergaya dan style sikit dari biasa
    • lagi satu azam tidak best tetapi best kepada aku. lepas beberapa tahun aku jadi stalker, aku mendapati rupanya ramai insan kat malaysia ni yang daring nak bergaya. aku bukan la nak bergaya macam mereka tu, tapi, style sikit la... boring aku asyik ulang style same je. tukar sikit. boleh kan?
    • macam yang aku dah cakap dekat bahagian tulisan merah dekat atas, ni semua salah tudung senang nak pakai tu... sebab tudung tu, aku malas nak lilit selendang, aku malas nak iron tudung bawal. dan akhirnya, baju kolej menjadi pilihan bila pergi kelas dan tudung senang nak pakai menjadi uniform kalau nak pergi mane-mane.
  • beli boot impian
    • ini adalah azam yang membazir. ok, boleh hold dulu sementara aku miskin ni. tapi bila aku tengah kaya nanti, sila jangan terlampau terkejut tengok aku ok.
    • power tak pergi reban pakai boot kaler ni???
    • aku beli aku beli!!!! yang ni wish yang paling berjaya di abad ini. boot yang aku usha waktu aku pergi Parade dulu secara tiba-tiba menjadi murah sebab nak habiskan stock. tapi sebab tak de keje aku nak pakai boot pergi berjalan, akhirnya boot aku dipakai ketika ke reban. sungguh bergayakan aku bersama ayam-ayam sekalian???


  • beli jacket impian
    • ini juga azam yang agak membazir sebab aku dah survey, jacket sehelai, yang cantik, not less than rm30! hoho... namun, untuk melaksanakan azam no 1 dan 2, endure sikit ek.
    • ni pon berjaya!!! tapi yang aku impikan ialah jaket berwarna army green. yang aku beli warna beige sebab yang warna army green hanya terdapat di butik-butik berjenama yang amat mahal sekali. huhu... tak pe la, janji ada kan.

  • tidak menonton pada weekdays
    • ini mesti, untuk mendapat pointer cgpa yang baik lantas mendapat scholarship, meh la kurangkan menonton dan belajar bersungguh-sungguh.
    • ini juga berjaya! wehu!!! tapi walaupun aku tak menonton, aku tetap tak dapat scholarship. memang cgpa aku meningkat, tapi tak de la semeningkat mana. still tak layak untuk mintak mana-mana scholarship... mungkin sebab aku tak belajar bersungguh-sungguh walaupun tidak menonton???

  • baca nota lepas kuliah
    • ini juga perlu, hanani ni, kalau sekali kuliah habis, apa yang dalam kepala otak dia ni pon akan habis jugak. justeru, bacalah nota lepas kuliah...
    • ini tidak berjaya sebab aku dah penat menyalin dalam kelas. nak tengok balik nota pon tak larat... lastnya, esok nak test baru baca. walau bagaimanapun, kalau aku rasa nota yang aku salin bagai nnak gila tu menarik, aku akan pandang la sekali lalu. tapi pandang je la...

  • senyum
    • aku tak tau sekarang, tapi dulu, masa sekolah dulu, orang selalu takut dekat aku sebab mereka kata muka aku muka sombong. adakah sebab aku tak senyum. baiklah, aku akan sedekahkan senyuman paling manis dekat korang lepas masuk new year nanti.
    • senyum juga aku berjaya lakukan. tapi entahlah, aku rasa aku dah senyum habis dah. tapi ada jugak orang takut dengan aku. ape lagi yang harus aku lakukan???

  • tambah aktiviti sunat di tengah malam
    • insyaAllah... lately ni, atau lepas masuk UPM, aku dah jarang buat aktiviti sunat di tengah malam sebab lupa diri tengok movie sampai 2 3 pagi. ingatkan aku kalau aku terlupa.
    • alhamdulillah, first sem aku rajin bangun malam. patutlah cgpa aku menaik. tapi sem ni, roommate dah bertukar. lepas tu keluar pulak cerita blok yang aku duduk ni ada bilik yang menyeramkan. memang aku tak keluar la pukul 4-5 pagi. takut...

  • tidak perlu kurangkan makan
    • sepatutnya ini terjadi. penat je aku tahan makan. berat aku same je. so, aku ambik keputusan, nak makan apa je yang aku nak tanpa risau berat badan aku. penyelesaiannya, ada di bawah.
    • aku praktikkan aktiviti ni masa first sem. tapi hasilnya, pipi aku mengembang dengan semangat sekali. berat apatah lagi. akhirnya, aku terima akibatnya pada second sem tahun ni. aku tak boleh ambik dinner langsung even aku lapar. semuanya gara-gara nak turunkan berat yang dah terlebih masa first sem dulu...

  • exercise
    • mesti... bila aku kata aku nak makan suka hati aku, mesti ada something yang kena kontrol aku. skipping hanani! at least 100!
    • mula-mula je semangat. tapi kesian orang tingkat bawah. pening kepala dorang kalau aku melompat dekat tingkat atas. jadi, cancel.

  • kurus! keding...
    • tak perlulah sampai keding, tapi asalkan berat aku turun sudah. cuti semester hari tu, berapa kilo berat aku naik. ni semua gara-gara mak masak sedap...
    • ini memang fail yang paling berjaya sekali. dah la tak kurus, makin tembam pulak tu. benci...

  • kumpul baju cantik2
    • aku memang suka bab-bab membazir ni. mak aku suka marah kalau aku beli baju lagi. tapi aku mane boleh tahan. aku tengok baju je aku rase nak beli. susahnya...
    • aku ada la beli. tapi tak de la kumpul. mengamuk mak aku kalau tengok aku membeli sesaja. demi menyelamatkan nafsu buas aku ni, sem ni aku tak jejak langsung kaki dekat Times Square. dan selamatlah duit aku...

  • cipta sejarah baru, 4 flat please...
    • banyak pengorbanan aku kena buat ni... sila beri semangat kepada aku.
    • ni pon fail. belajar malas nak 4 flat. dalam mimpi je la...

  • tidak menghabiskan duit untuk makan
    • memang aku kata boleh makan apa sahaja yang aku nak tapi, sila berpada-pada ok!
    • ini menipu. sekali keluar memang aku tak pandang langsung dah McD dengan KFC. konon tak elok untuk kesihatan. tapi pergi berbelanja dekat Subway, secret Recipes, The Chicken Rice Shop dan banyak lagi... memang sem ni duit aku habis dekat makan je la...

  • kurangkan perasaan lapar sentiase
    • aku yang tak pernah kenyang, sila selalu kenyang.
    • aku memang kenyang, tapi roommate aku yang sentiasa lapar memaksa aku melahap bersama-sama mereka. dan lastnya aku yang over makan dari dorang. tapi sem ni, aku selamat. tidak lagi melahap sentiasa.

  • kembali menjadi anak dare yang amat rajin sekali
    • aku makin malas ke? entah. tapi lepas adik aku dah besar ni macam seronok pulak jadi mandur. rase macam supervisor yang ade banyak power tapi masih takut kepada penguasa yang lagi power iaitu mak aku.
    • yang ni aku tak sure dengan diri sendiri. adik-adik aku dah besar-besar. semakin gembira pula menjadi pengarah terulung untuk adik-adik aku bila perants aku tak de. tapi tugas aku sebagai tukang cuci rasmi dekat rumah tu tak pernah ada pewaris. asal bab-bab cuci mesti muka aku. yang ni aku buat bukan sebab rajin, tapi terpaksa. ye lah, tak de pewaris...

  • bangun tidur seperti mase form three and before
    • dulu aku bangun awal... tak macam sekarang ni. betul, dulu aku gila disiplin la... sebab, dulu tak de laptop... tak boleh tengok tv sampai tengah malam sebab bapak marah. sabar2...
    • yang ni berjaya sikit je. kalau tima aku kena pergi reban memang aku bangun awal. tapi kalau time free, aku memang sayangkan katil aku.

  • kembali menjadi student cemerlang ( aku pernah cemerlang ke? pernah kot...)
    • suatu masa dahulu, aku selalu gembira dengan result exam aku. kini tidak lagi. elok-elok dah banyak subjek markah elok, mesti ade black hole satu. isy, tak best betul.
    • tahun ni aku cemerlang sedikit. sedikit je la. dan sem ni, menurut result test aku dan carry mark aku. aku sedikit yakin untuk result sem ni. tapi bila masuk je study week, semua keyakinan musnah begitu sahaja. tu la, malas sangat nak belajar kalau tak de paksaan...

  • isi blog ni dengan perkara berfaedah
    • aku ni kan suka merapu, taip je ape yang aku rasa tak larat nak cerita dekat kengkawan aku dan selalu menaip tanpa sedarkan diri. lepas ni, semoga blog ni padat dengan isi yang berhikmah lebih dari biasa.
    • ini terpulang pada pembaca. berfaedah tak isi blog aku?

  • tak malas nak pergi jogging
    • tapi memang aku malas pon, untuk pergi jogging aku kena tukar seluar dan baju yang sesuai, malas nak pakai tudung, malas nak keluar bilik, malas nak basuh baju banyak-banyak kalau dah peluh. so, better stick to jump rope je la...
    • nak joging... tapi tak de siapa nak teman aku. nak pergi sorang-sorang takut. ada anjing... besar-besar pulak tu. karang aku bukan joging. tapi lari pecut jarak jauh sebab kene kejar dengan anjing.

  • tak copy and paste lab report org lain lagi
    • ini kerja aku dari sekolah menengah lagi. tapi sem 3 asasi dulu ada improvement sebab orang pulak yang tiru lab report aku. ini buka sebab aku hebat atau yang sewaktu dengannya,  tapi sebab aku cepat nak reka ayat sendiri dengan  aku dah cari siap-siap ayat tu dalam reference book. tak pe kan, yang penting aku buat sendiri.
    • full improvement for this year. aku buat sendiri semua lab report aku. tapi ada la rujuk sikit-sikit lab report orang. tapi aku tetap bangga dengan diri sendiri sebab aku tetap berusaha untuk lab report aku sendiri. hahaha

tu je la wishlist aku tahun lepas. ada yang berjaya, ada yang fail. tahun ni, aku malas nak wish apa-apa. cuma berharap yang terbaik untuk apa je yang aku buat. semoga berjaya!

p/s: jutaan terima kasih dekat orang yang bagi hadiah untuk birthday dekat aku tahun ni. ingat tak de sape nak bagi. ada rupanya. tenkiu tenkiu...

0 analisis anda:

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails