terasa muda bila birthday hujung tahun, tapi sedikit menderita sebab buat IC lambat, tak dapat buat pengesahan sendiri waktu kawan-kawan semua dah 18 tahun, nak mengundi pon lambat lagi...
tapi apa aku kisah, asalkan birthday aku masa cuti hujung tahun. cuma tahun ni je birthday aku bukan waktu cuti, tapi aku cuti kan jugak sebab dalam masa study week.
terima kasih tak terhingga buat kawan-kawan dan family yang wish dekat aku even tau birthday aku dekat facebook je...
kurang-kurang rajin jugak la lagi nak taip wish tu kan. thanks...
untuk yang janji nak bagi hadiah, sila bagi untuk mengelakkan aku tuntut sampai tahun depan. ok, tahun depan lagi beberapa hari lagi.
ok, cukup dengan kisah bahagia.
nak cerita kisah
masa birthday aku, ramai sangat orang dekat rumah. so orang pon ingat-ingat lupa je hari tu birthday aku. isk isk isk... nasib baik aku ada dekat rumah. dengan family aku. tak de la nak sob sob sorang-sorang... nak sob sob pon segan.
malam pulak, mak bapak aku sibok ada meeting. maklumla, pilihan raya dah nak dekat. kemain busy mak bapak aku. kalah wakil rakyat.
so, tak de la sambut macam selalu. sedih...
tadi, lepas sampai kat kl sentral, lalu tepi kedai kek. tiba-tiba hati jadi sayu. huhu... nak kek... walaupun aku tak suka sangat makan kek tapi nak jugak rasa sikit kek mahal kat kedai... haha. berlagak. nak kek mahal je... semalam ada jugak aku berangan kot-kot ada orang nak buat surprise kek dekat aku. tapi berangan je la. aku kan memang kesian orangnya...
biarlah. yang penting, umur aku dah masuk umur genap yang memaksa aku jadi dewasa sikit dari sebelum ni. ok la, i try my best untuk jadi lebih mature okai....
0 analisis anda:
Post a Comment