Friday, September 30, 2011

anakku anak ayam

ini bukan kisah ada orang beranak lalu terberanakkan anak ayam. tidak, tidak sama sekali.

ini kisah aku bukan kisah orang beranak.

ini kisahnya...
pada suatu hari, sang kancil dan sang kelembai berjalan bersama-sama...

hoi, apekehalnya sang kancil dengan sang kelembai nak jalan sama-sama???

oh, maafkan saya, salah cerita.
eisy blank pule, tak tau nak start ceritanya macam mana. tak pe, aku letak gambar dulu.


gambar di atas bukan menunjukkan kisah sedih aku kerana terpaksa tinggal di rumah kecil yang hanya ditutup dengan kanvas dan dikelilingi oleh tanah merah.

***********

oi hanani, seriusla!

ya ya aku serius. ini projek keusahawanan aku la... projek ternak ayam kampung. bakal billionaire tau I ni. gambar kat atas tu reban ayam. first time tau aku jumpa reban ayam dari simen. selalu jumpa pakai papan je. kelas kau jah.

tapi reban tu bukanlah kitorang yang bina. dah siap ada dah. tinggal nak kemas dengan siapkan peralatan untuk kediaman ayam-ayam tercinta je.


ni semua barang-barang untuk ayam-ayam yang bakal membesar dengan sihat dan kuat dan boleh dijual untuk mendapatkan keuntungan berlipat-lipat-lipat-lipat kali ganda. ouh!!! kaya!




gambar aku tak de dalam ni sebab aku photographer. lagipon orang kata, selalunya orang yang tak masuk gambar lagi banyak buat kerja. hewhewhew... tipu je...

rakan-rakan aku yang dalam gambar kat atas ni tengah kumpulkan habuk kayu untuk buat alas untuk anaklah ayam, ya a auw nanti...


di samping menyiapkan reban ayam, laman dekat depan reban ni juga perlulah diambil kira kalau tak nak penuh dengan lalang je nanti. nampak tu, tanah merah dengan rumput pon kitorang siram tau. tak lawa jugak laman ni nanti tak tau la nak kata apa. *baca loghat kedah na...*

and finally, malam semalam, anak ayam ya a auw pon sampai dengan jayanya!


ni gambar pagi tadi, dengan penuh semangat dengan hanya berbekalkan cucian muka waktu ambik wudhu subuh tadi, kitorang pon menuju ke reban untuk tukar air dan makanan dengan kemas sikit-sikit sambil melihat anaklah ayam ya a auw dengan gembira....


comelnye, kawaii!!! oh so cute!!!!


banyak betul muka diorang ni kan. muka aku tak de pon. hukhukhuk...

comelkan??? iye. sangat comel.

tapi masa kecik-kecik ni comel la. pegang sana pegang sini, ciumlah peluklah. dah besar nanti tengokla macam mana, ada la yang lari lintang pukang tak pon tendang-tendang je ayam-ayam tu. *terasa*

makanya, aku mintak mahap la awal-awal kalau ekspresi wajah aku dekat anak-anak ayam ni bertukar dari semasa ke semasa. masa kecik bolehla dimanjakan, dah besar, jangan harap. *gaya kakak yang garang*




malam tadi sampai seratus ekor je. tapi sepatutnya 300 ekor. so minggu depan sampailah dari 200. tapi mungkin aku tak boleh datang sebab nak balik kampung. 

kepada anak-anak ayam yang bakal datang, nantikan kakak di pintu reban ye.


yang dekat atas ni pulak proses masukkan ayam dekat tempat tinggal dorang. benda ni dipanggil brooding. 
lampu-lampu tu untuk bagi anak-anak ayam ni haba supaya dorang tak sejuk. ye la mak tak de, kitoranglah family dorang sekarang. jaga anak ayam ni elok-elok kalau nak ayam-ayam ni membesar dengan sihat ye.
maksud tersirat: jaga anak-anak ayam ni kalau nak dapat untung banyak. hehehe. i see $$$

penat sungguh ye malam tadi. semoga keringat aku dan rakan-rakan terbayar dengan $$$. huahuahua. tak de la, aku tak de fikir pasal duit je. seronok wei buat semua benda ni. even aku bukan orang bandar. family aku tak pernah bela ayam. ni first time aku nak buat semua ni. excited tau. 

kepada orang yang pernah gelakkan aku sebab ambik bidang ni, gelakla. korang tak rasa seronok yang aku rasa. usaha yang real macam ni lagi best dari belajar teori. aku tak kisah penat, asalkan aku puas hati. eh, jadi emosional pulak.

chill wei!!! jaga ayam best! sape gelak kat aku meh aku bawak tolong jaga sama-sama. mesti korang berenti gelakkan aku. kita gelak sama-sama pulak. hahaha!


Wednesday, September 28, 2011

don't let people blow your confident

semenjak aku masuk universiti ni, banyak ragam students yang aku dah jumpa. ada yang stylo, ada yang skema, ada yang lurus bendul, ada yang smart, ada yang perangai macam #$%^&* dan macam-macamlah.

semua jenis-jenis tu, ada je yang jadi kawan aku. kalau aku pon, kadang-kadang aku rasa aku ni skema, kadang-kadang aku rasa aku ni gangster, kadang-kadang aku rasa tak betul, cuma jarang-jarang aku rasa smart dan stylo. *sigh*

yang aku nak cakap sekarang ni, pasal yang skema. aku ni memang takde masalah pon dengan budak skema ni. ye la. sebab kadang-kadang aku pon skema. ape? skema tu ok what. 

setahu aku, perkataan skema tak ada pon dalam kamus dewan edisi 1 atau 2 atau 3 atau 11. bila aku masuk asrama masa form one dulu, aku pon blur, apela maksud skema ni, yang aku tau, skema ni, tak reti langgar peraturan, pakaian pon smart je, lepas tu time free asyik nak belajar je. 

so? apa yang tak eloknya jadi skema? tak de life? come on la, life la sangat kalau baju buruk gila nak mati pergi kelas lepas tu pakai selipar lepas tu malas belajar lepas tu kerja asyik nak berjalan je time free. 
*ouh, i terasa oke, tapi i tak pakai selipar la pergi kelas* 

cumanya, yang aku tak berkenannya, dah la skema, tak de pendirian pulak tu. buat kerja semua benda tak confident. sabar je. orang kata A, dia mengangguk, orang suruh buat B, dia mengangguk, redha je. ala, tak payah budak skema, kadang-kadang budak hot mana pon, tak berani jugak nak tegakkan pendirian dia bila ada orang dah mula arah-arahkan dia. terasa? nasib...

bukan lah aku nak ajar korang menjawab bila orang suruh ke apa. tapi bila korang rasa ada yang tak betul, jangan takut untuk luahkan. tegas.
kalau dah takut nak luahkan, biasalah, balik cerita kat kawan, tak puas hati itu ini, mengumpat sana sini. dosa tau. 
yang ni lagi satu aku tak berkenan. *macam la aku tak buat* 
aku dah insaf oke.

aku bukanlah aku nak kata aku ni confident sangat kerja nak pangkah orang je. tapi kadang-kadang kalau aku rasa tak puas hati, luahkan, suarakan, so you can let people know what you're thinking. betul tak?
nak terima pendapat aku atau tak, belakang kira. at least, aku dah bagitau. 

sebab tu jugak orang selalu kata aku garang. 
garang? aku garang ke?
itu aku pon tak tahu. 
adakah ketegasan aku tu dikatakan garang? *bajet power*
oh ye, tidak lupa juga kepada satu lagi nama panggilan aku, laser.

yang pasti, aku tak suka mengumpat, aku tak suka cakap belakang. *konon baiklah*
 aku tak suka, aku straight je cakap, aku tak puas hati, aku bagitau, aku rasa ada yang lagi elok, aku try jugak suarakan. tapi cakap elok-elok lah, jangan tengking-tengking atau tinggi suara. *ouh terasa lagi*

trust me, bila kita tegas, orang tak kan ambil mudah dengan pendirian kita atau nak mainkan kita atau gelak ke apa.

tak kan ada apa-apa yang akan jadi kalau kita cakap belakang je, be confident, tell everybody about your opinion. kita puas hati, orang pon tau apa kita nak. jangan angguk angguk geleng geleng dia dia saya saya... ops, ternyanyi pula. jangan angguk geleng je tau. cakap... 

contoh, aku bagi contoh situasi aku lah. jangan kata aku poyo pulak. by the way, poyo is another word that I only know when entering high school days. 

aku memang pantang lelaki mengendeng dekat aku, duduk rapat-rapat lepas tu langgar-langgar. bukan aku nak kata ramai lelaki nak mengendeng dekat aku, but guys like that, they do exist. kadang-kadang dorang ingat aku layan dorang kira aku on je la nak duduk rapat-rapat langgar bahu apa semua. hei, dengan kawan perempuan aku pon tak macam tu tau.

so, nak buat apa lagi, cakaplah. terus terang, aku tak suka, ko buat lagi aku flying kick ko sampai ke lubang jamban. oke yang part flying kick tu tipu. tapi kalau orang macam tu tak faham bahasa jugak, flying kick je, jangan ragu-ragu. suka hati je nak mengendeng dekat anak dara orang. 

one more example, dalam discussion, ada sorang student yang berlagak ketua walau tak dilantik cuba mengaturkan tugas untuk rakan-rakannya. tiba-tiba, dia memberikan part paling tak best untuk anda, lalu, anda boleh menyatakan pendirian anda untuk memilih part yang anda suka atau jika anda lebih hebat lagi, take over the discussion. be confident. apa nak takut. 
yang penting, tegas, jangan takut dengan orang yang tak boleh ambik apa-apa tindakan dekat anda kalau anda menjawab. I mean, bercakap. cuma jangan menjawab dengan ibu bapa atau guru-guru lah. tu tak elok. 

Tuesday, September 27, 2011

sok sek sok sek

suddenly feel really sad.

last saturday, my beloved GD, TOP and Seung Ri came to Malaysia but i can't see them.

reasons?

not enough money to buy ticket + too much assignment + my mom will never gives permission to attend the concert + I don't really interested to other performer + Big Bang didn't came as five members.

 you know how long I've waited for them to come here but I can't grab the chance because off those reasons.

so sad yo! they were so close to me, can you imagine, they were performing less than 100km distance from me. but still, T______T

okay, i'm already redha now. but watching others comment about how fun they were made me feel so jealous!!!

I really want to meet y'all my Big Bang!
Item Thumbnail

please, come again and i'm sure i'll meet you there.
or... i'm gonna fly to meet you at your country? sigh. dream again.

i'll see y'all there!!!!!!!!

sorry for the broken english.

Monday, September 26, 2011

my ideal husband (english assignment)

Sometimes assignments are the worst thing to do when we already dreaming to enjoy the holiday especially after a week struggling in the classes, laboratory and farm (agriculture student), right guys...

When it comes to holiday, of course la we just want to lay on the bed, or hang out with friend or shopping or ……. (Fill in the blank with your answer).

But, as a university student, like me, I always haunted by this kind of thing and for sure I can’t run from it. Unless if you love to be called by the lecturers asking for your assignment, or you like to get zero for your course work mark.

For this semester, English for academic writing is the only subject that I’m pleased to do the assignment. Why? Thanks for my lecturer for thinking of interesting topic as our homework for every week even though you already gave us another assignment before.

 The other assignment, yeah, pleased to do so, but the topics are just not as interesting as my English homework.

Have you read my love letter? If not, it’s okay. That’s also part of my English assignment. Interesting right? Especially for girls like me, first time in my life, writing love letter, but have to submit to the lecturer L.

Last week, we got 3++ task, all the topics are so exciting.

Example, write a list of your ideal husband.

Hey! That was an appealing topic to be discussed okay!
It’s not like I’m gatal or I’m searching for a husband or things like that. Hell no!
Tell me, is there any other time when a lecturer asking for your ideal husband? Kan kan?

Since the topic is already awesome like this, what about listing my ideal husband here? Mana lah tau, kot-kot ada yang tersangkut. Kekeke… just kidding.

My Ideal Husband

1.       Alim
a.       This one I didn’t put in the list for my lecturer because she is an Indian woman.
b.      Of course la I want yang alim… this one, for sure will become my dad’s favourite calon menantu.
2.       Rich
a.       There’s no need to be too rich, he just need to have some saving for our/my future. J
b.      We don’t have too worry if suddenly we need a large sum of money.
Item Thumbnail

3.     don't worry dear, i will not spend your money if you let me work  
     Handsome
a.       At least like Josh Duhamel J
b.      I will always happy to see his face. Especially when I’m stress.

at least, dapat macam ni jadi lah.
who says handsome and tall macam ni dapat orang cantik je. fergie tak cantik pon...
4.       Tall
a.       I want to save my current generation.
b.      My family come from short height generation

5.       Not the only child in the family
a.       He will always stick to his mother.
b.      He need to know the feeling of having a large family
6.       Not a talkative person
a.       The only one that will always talk is me.
b.      I’m already a talkative person.


After reading all the points that I’ve listed, someone may say. “She can only dream…” okay, I’m agreeing.
But hey, that is the joy of life for dreaming like that. Who knows it can be real?

This is so why I love doing this kind of assignment, I love to write something that seem like nonsense but it is so fun to imagine things like this. Thanks to the not more than 70 words rule by my lecturer, the imagination stop there, as usual, of course I’d like to write more.

p/s: beria tulis ideal husband, sekali jatuh cinta, sebijik list pon tak kena. Ye la, dah suka, memang tak heranlah, kaya  ke miskin ke, hemsem ke hodoh ke. Tapi doakan aku dapat sebijik-sebijik impian aku yang kat atas tu. Kekeke. Impian ok, bukan berangan.

Sunday, September 25, 2011

the separated YEKKKS

*ini entry penuh gambar

kalau siapa yang follow blog aku, mesti pernah dengar aku sebut kompeni Yek atau akademi yek ata Yek and The Jiran. kalau tak pernah dengar, baca je la entry yang ni.

sebenarnya entry ni aku tribute untuk ahli lembaga pengarah akademi Yek yang dah berpecah ke merata-rata blok sejak sem baru ni start. yang bukan ahli pon boleh baca, boleh boleh...
antara ahli lembaga pengarah bersama rakan-rakan
kenapa yek? sebab?

perangai kitorang semua memang Yek. tapi sesama kitorang je la. tak la dengan orang lain. kenapa letak akademi depan Yek tu? kekeke

menurut imaginasi kitorang yang tinggi mengalahkan Twin Tower ni, akademi Yek ni merupakan akademi yang melatih pelakon-pelakon baru untuk menjadi hot bagaikan brad Pitt, Angelina Jolie dan sebagainya. mereka semua telah berjaya dibawah didikan kami. untuk makluman Tuan dan Puan, kami juga mengendalikan perkhidmatan kaunseling batu belah tak bertangkup yang dijalankan di Bukit Ekspo UPM. oh ya, jika anda perlukan kelas pengacaraan juga kami akan jalankan. presiden kami juga mempunyai sebuah sub-akademi yang bernama, Cumi's academy dan menjadi pengetua disana. 

itu semua imaginasi. but yeah, we made everything we did soooo interesting. we laugh at everything and no fighting. ok tipu. fighting jugak kadang-kadang, tapi semuanya settle dalam sekelip mata.

semangat? yeah!!!

zaman tak tau malu

the end of asasi days

what so ever, everything started will have the end. and that is what happened to us, we've been separated to different blok, but there is no end to our happy academy. the presiden and the board of directors also will still have our  usual meeting.


at times like this, we can still meet each other. masa ni perjumpaan blok. ok boleh jumpa, time makan, ok kalau free boleh jumpa, nak keluar? roger-roger je la. maknanya, dah bertukar bilik pon boleh together gether lagi.


 so tak payah susah-susah hati kalau kita terpisah jauh dengan kawan-kawan kita, banyak saluran yang kita boleh pakai untuk contact satu sama lain. kalau yang tak contact tu, jangan terasa-terasa, entah-entah kawan kita tu busy, banyak hal dia, tak kan asyik sibuk nak contact kita je.

so? be cool!

kalau kawan kita tak contact kita, kita contact dia. kalau kita dah contact, kawan kita tu tak nak layan, cari kawan lain. tu baru cool!

Wednesday, September 21, 2011

love letter: dear Mr. rice

dear mr. rice,


        thanks from the bottom of my heart for the love that you give to me. it's been a long time since we talked to each other. i wonder how you're doing each and everyday. i'm so sorry that i had to stop seeing you for a while.


         forgive me for leaving so abruptly. however, i have my own reason for doing that. the truth is, your never ending love had made me too happy until i forgot to take care of my body. i've gained weight and need some time to get back my slender body.


        i still love you and probably always will. it just that i can't see you now. i promise to try my best to always look gorgeous in your eyes. until then, i really hope you will wait for me. 


p/s: don't worry, i will be with miss Vegie for the time being. 


your love,
jeniper lopes.


ignore grammatical error. aku sure banyak gila salah.

kalau siapa baca ni, mesti ingat aku gila tulis surat cinta tiba-tiba macam ni. tapi aku memang gila. aku dah gila. gila!!!!




mr rice



hahaha. gila.

tak la. ni surat yang aku kena hantar dekat lecturer aku. lecturer aku kata hantar love letter with simple sentence. mana la aku reti nak buat ayat simple-simple ni. dah nama surat cinta, mesti la aku nak ayat beria sikit. tapi tak boleh la. kan dah terbantut idea aku. lepas tu, lecturer aku tak suka essay panjang-panjang ni, lagila terbantut idea aku. aku kan suka tulis panjang-panjang.

tapi surat aku tu surat cinta la sangat. tak de cinta-cinta nya. kawan-kawan aku lagi serius ber emo-emo tulis surat tu. aku yang tak cukup perasaan cinta ni tulis la apa yang terlintas dalam kepala otak aku. lantak la. tak de nye lecturer nak marah aku...

first time tau I tulis surat cinta in english... keke... bajet pernah tulis yang bahasa melayu. tapikan, mana tau? kot-kot aku pernah tulis. har har har. lupakan.

Sunday, September 18, 2011

the isolated faculty

dah basuh kain? check. susun buku? check. mop lantai? check. kemas meja? check. homework? check. eh tak. ada report tak siap lagi.

gaya aku check check kat atas tu macam nak tunjuk rajin je kan? padahal. tu la padahnya waktu hari pendaftaran masuk dulu pon nak keluar berjalan lagi. satu apa barang pon tak sempat nak kemas. kemas la satu-satu time free. tak pon korek-korek beg kalau nak pakai apa-apa. hari khamis dengan jumaat dah free gatal pergi menyopping lagi. sekarang puas sikit hati aku semua dah ada depan mata. tak payah korak-korek. habuk pon sudah tiada. oh segarnya udara.

sibuk-sibuk minggu ni, dah seminggu dah aku duduk UPM ni, menjelajah fakulti baru yang isolated lagi tak lengkap. seronok memang la seronok dapat fakulti baru, lawa, ada lif, ada kafe sendiri, dikelilingi oleh padang ragut yang cantik serta lembu-lembu yang sedang meragut. auwww. sejuk mata memandang.

namun fakulti yang tak lengkap lagi dengan perabot ni memang la isolated gila dari fakulti lain. siap dekat tepi highway lagi tu. memang tak kenal la budak fakulti lain yang dekat main campus apatah lagi nak kenal jodoh. *wink*

lepas tu kesian dekat student yang susah payah nak gerak dari fakulti baru ni nak pergi fakulti lain naik bas. tak pon nak pergi lab dekat jabatan lama. dalam 45 minit baru sampai. mana tak nya, bas kena transit, itu pon kalau terus ada untung la, kalau bas tak sampai-sampai lagi?

million thanks to kawan aku nabila sebab ajak aku dengan kengkawan naik honda city dia pergi kelas. tapi sekali-sekala kena jugak naik bas, tapi thankfully bukan time-time yang mencekik sebab aku dah susun jadual dengan power sekali. oh sukanya.


dean, pinjam gambar, aku lupa snap gambar pintu gerbang.
ni pintu gerbang fakulti baru. tengok pondok pak guard yang bulat tu. dalam dia serius cantik. tangga pusing-pusing, ada tv plasma, ada air-cond. rasa nak pindah duduk situ pulak.


ni bilik seminar yang tak muat untuk satu kelas aku. bilik-bilik lain ada yang tak cukup kerusi meja lagi so terpaksalah satu kelas aku yang 45++ tu disumbat dalam bilik seminar ni. 


yang gambar atas ni, dalam Dewan kuliah. serius macam masuk cinema. dah la tempat duduk tinggi, screen besar gila, uih, tidur pon sodap. cantik, kadang-kadang rasa macam dalam aeroplane pon ada sebab ada tempat tulis boleh lipat-lipat. jakun kan? tapi sape masuk dalam dewan kuliah ni memang terkejut punya la. tengok la kat gambar tu macam mana tinggi nya dewan ni... tak nampak orang belakang kalau dah duduk.

tengok bangku dia, sakit bontot ooo duduk lama-lama


kalau aku interview student-student lain mesti ada macam-macam jawapan untuk dibuat testimoni untuk minggu first dekat fakulti baru ni. tapi yang dekat atas ni semua testimoni aku dengan kawan-kawan aku yang satu kelas. eh bukan semua. dua tiga orang je, siapa nak melawat fakulti baru ni boleh la singgah UPM. dekat tepi highway, dekat dengan padang ragut. jangan pergi padang ragut pulak.


Tuesday, September 13, 2011

Memoirs of tudung bawal

assalamualaikum...

ini bukan entry advertorial.

dulu masa zaman aku sekolah, berebut-rebut orang beli tudung bawal. tambah yang duduk asrama macam aku ni. lepas tu ada pulak fesyen yang batu lip lap yang dah boleh tengok dari jauh tu. ada jenis batu manjalara la, batu lipan la. macam-macam la. lepas tu pulak lagi tudung bawal ni boleh digayakan, boleh silang, boleh lepas, boleh lilit. kira masa tu memang dah tak cool la sape yang pakai tudung corak-corak yang cotton tu. tambah yang ikat kat tengah lepas tu buat reben. 

tapi satu aktiviti wajib yang girls suka buat bila pakai tudung ni, tiup keatas  sebab nak betulkan tudung tu. asalkan tersenget sikit, tiup, macam terlari sikit tiup. lepas tu, asal jumpa cermin, tengok tudung ok ke tak. kadang-kadang kalau pakai tudung yang lembik dengan susah nak bentuk tu, memang penat la asyik nak betul je. 
bila tudung tak betul, sure lost confident especially kalau dalam kelas, nak buat presentation pulak. alamak!!!  bila keadaan ini terjadi, mulalah orang ramai ambik inisiatif sendiri nak bagi tudung tu stay dengan selawa mungkin. so, the best way to maintain the tudung is like, letak lilin, or spray iron starch, or pakai plastik letak kat tudung macam masa dekat sekolah rendah dulu, and so much more...
dulu kemain bayar ratus-ratus sebab nak tudung yang kilat-kilat. tapi sekarang dah murah sebab dah ada fesyen lain.

*
*
*
*
*

beberapa tahun kemudian,

fesyen selendang kembali jadi perhatian lepas zaman orang letak selendang dekat bahu dah berlalu....

fesyen ni memang cantik, ada yang ada coklat M&M dekat selendang tu, ada yang corak pelangi, ada yang lembut, keras, lubang-lubang dan banyak lagilah.

tapi yang penatnye fesyen ni kadang-kadang panas, kadang-kadang menyusahkan, lilit sana, lilit sini,kadang-kadang tak jadi, macam -macam lah kadang-kadangnye.

tapi buat insan yang rajin, memang mereka rela, demi bergayalah katakan. 

aku? dah lama surrender. kalau rajin je aku pakai. tak pun time aku rasa macam nak melawa. time lain agak malas aku nak pakai. ye la, karang nak sembahyang lagi, nak lilit-lilit. serius buang masa.

 
model hasil tangkapan uncle google

di samping itu,

disamping meningkatnya kemasyhuran selendang, dan menurunnya populariti tudung bawal, terdapat satu lagi pesaing yang juga meningkat naik.

ya! tudung awning!

walaupun nama tudung ni diambil dari nama bumbung, tak pe lah. 
tudung awning juga didatangkan dengan pelbagai corak, warna, dan jenama sesuai mengikut usia. kalau mak cik-mak cik, mungkin suka tudung yang ada banyak batu batan berkilat melekat diatasnya, kalau muda-mudi, mungkin sukakan tudung yang simple dan comel.

tudung ni banyak gelarannya, ada kawan aku panggil tudung ni tudung malas. no way man! tudung ni still kena iron kena cuci, cuma pemakaiannya lebih senang dan lebih menjadi. 

kalau pakai tudung ni, tak payah nak tiup-tiup betulkan dah. tak bergeraknya awning tudung ni. just kena make sure rambut tak keluar dengan tak senget je. cukup.

so sekarang, aku nak cerita, tudung ni paling senang aku nak pakai dan aku memang pakai tudung ni je pergi kelas atau mana-mana. senang. kalau nak sembahyang bukak, lepas sembahyang, sarung dan blah. 

walau bagamanapun, tak semua orang lawa bila pakai tudung ni. macam aku, serius tak lawa sangat. lawa sikit je. kehkeh.... kalau pakai tudung ni  memang habis terkeluar seluruh pipi yang aku sorokkan selama ini.

tapi aku tak peduli. biar tak lawa asal tak rimas. ye, aku memang noob. aku dah malas nak runsing-runsing tudung tak jadi lepas tu tak de mood sepanjang hari.


yang aku nak cakap sebenarnya, lantak la nak pakai tudung bawal ke awning ke saji k, suka hati lah. fesyen tu memang boleh, tapi jangan berlebihan dan sila tutup aurat sebaik mungkin. sekian.

Wednesday, September 7, 2011

cruel journey of getting license...

orang lain dah tak yah tampal P kat kereta dah, aku baru nak ambik lesen.

dah nak habis cuti baru nak ambik pulak tu. ni semua sebab short sem yang tak bagi faedah kat aku tu. kat aku je, orang lain dapat faedah tu sebab result dorang elok. result aku? jangan ditanya. rasa macam nak pinjam mesen mase doraemon balik pergi time before exam.

lastnye, tak sempat ambik test JPJ sebelum balik cuti ni. tak merasa aku nak round-round dalam UPM bawak kereta sendiri.

oh, yang tu masih belum cruel lagi. aku dah redha semenjak awal tahun dulu lagi. tak pe lah. mungkin ada hikmahnya semua ini jadi begitu.

paling cruel sekali bila latihan 10 jam untuk bawak kereta tu start.

aku ni dah la lambat belajar, bengap pulak tu. beria instructor aku mengata orang yang slow masa belajar masa mula-mula ajar aku dulu. lastnya, semua tu kena kat aku balik. serius bengap aku ni. bawak jauh-jauh punya la terrer, siap boleh speeding lagi, tapi masuk je litar, habis hancur bakat memandu aku.

aku pon tak tau la apa masalah aku. mula-mula problem dekat bukit. lepas tu ok la. dah reti control dah clutch. tapi bila masuk je tang 3 penjuru dengan parking, enjin asyik mati je. sampai hilang mood aku nak bawak. punya la aku hati-hati control clutch tu, mati jugak... Ya Allah... aku serius rase macam nak turun kereta dah. kaki aku tak sampai ke? ke aku lengai sangat tak ingat nak tekan clutch tu?

i hate you

masa ni la aku harap sangat yang kereta Viva yang aku bawak tu auto. semua problem aku ni takkan jadi kalau aku drive kereta auto. sekarang aku faham kenapa kawan-kawan aku dah tak bawak manual lepas dapat lesen.

tapikan tapikan, mungkin sebab dia dah bosan enjin asyik mati je, bila instructor aku turun then biar aku drive sorang-sorang dekat litar tu, boleh je!!! serius tak mati enjin. aku gembira sangat sampai instructor lain semua perasan muka gembira aku. tapi... bila instructor aku naik je balik kereta tu, terus enjin mati. apesal??? 
aku nervous ke? kenapa? 

bukan aku tak ingat kena tekan clutch tu. aku tak tau ape problem aku. dah la lagi sebulan baru test JPJ. maunye aku lupa nanti. adooiii...

segan tau kereta asyik stop dekat tempat yang sama setiap kali try. tiga penjuru ok dah tapi parking pulak problem. adakah aku dah ditakdirkan untuk pakai driver satu hari nanti?

wahai rakan-rakan, sila la doakan kejayaan aku untuk dapatkan lesen impian aku untuk sekali test je. tak sempatnya aku nak ulang banyak-banyak kali...

doakan aku ye. aku aminkan...

Sunday, September 4, 2011

Ucapan pasca raya


Assalamualaikum.

Lepas Ramadhan ni, aku akan ucap salam dalam setiap entry aku. Itu baru namanya perubahan menuju kebaikan. Alhamdulillah…

Sungguh alim-alim tikus intro ucapan aku ni.

Sesungguhnya, raya tahun ni, banyak gila kejutan menanti aku. Paling sedih, masa balik kampong belah bapak aku, jumlah kutipan duit raya berkurang dengan amat rapid sekali sehingga memaksa aku pergi beraya ke rumah-rumah jiran tetangga atok aku yang aku tak kenal sama sekali. Ada ke patut, duit raya dapat dekat kanak-kanak mumaiyiz dengan yang sekolah je. Adakah pelajar university tak memerlukan duit belanja? Kami perlu! Oh, sungguh emosional perenggan ini. Walau bagaimanapun, nasib masih menyebelahi aku, keluarga sebelah mak aku masih bermurah hati nak bagi duit raya lebih sikit. Bukan niat aku nak compare sedara belah mak atau bapak. Ini cuma keluhan hati.

walaupun duit raya cuma secoet, aku tetap gembira pulang ke kampung halaman.
Tahun ni jugak, amatlah jarang sangat aku pergi beraya jauh-jauh. Yang tu aku tak peduli, sebab memang tiap-tiap tahun aku tak pergi raya merata-rata. Sebabnya orang yang datang rumah aku tak pernah sikit. Ramai, so khidmat aku memang la diperlukan dekat rumah. Cuma tahun ni, memang aku tak jalan ke rumah sanak saudara sebab aku dah raya dekat kampong.

raya kedua, hilang semua baju kurug dengan baju melayu.
Tahun ni jugak, setelah dua tahun, aku reunion dengan rakan-rakan sebaya masa dekat MRSM yang sangat aku rindu. Seronok dapat jumpa. Tapi aku agak terkilan sebab first time, ramai pulak datang rumah aku.  So agak awkward sikit la aku. Bukan aku tak suka tapi dengan condition aku yang tak sihatnye, tambah ada pulak yang lelaki, serius aku segan, nak senyum pon aku segan. Ye la, mana pernah aku ada kawan lelaki sampai rumah. Even aku baik dengan korang  mase dekat maktab dulu, kedatangan korang memang membuatkan aku terdiam terkelu. ewah! Sorry sangat especially dekat skel, ajim dengan nuar. dah lama tak jumpa korang mestila aku nak sembang dengan korang. tapi apakan daya, kesegananan dah melampaui batas. Tahun depan datang lagi ek.

kanak-kanak comel. samalah macam kakak sedara dorang. XD
By the way, raya tahun ni, aku sangat takut nak keluarkan duit raya dari sampul sebab aku takut terbelanja. Tambah keadaan kewangan aku yang tengah nazak sekarang ni. Kang terbelanja, tak makan aku dekat UPM nanti. Takkan asyik nak mintak dengan bapak je.

 Lagi satu, berat juga, naik dengan beria sekali gara-gara banyak sangat makanan dekat rumah. yang akan jumpa aku dekat UPM nanti, jangan gedik kata aku tembam, sedih tau. nanti aku diet la balik. dah terlanjur tertembam, memang ambik masa nak normal balik.

terserlah ketembaman aku. ish.

Oh ye, aku nak ucap terima kasih dekat puhak Astro B4U sebab tayang cerita Hindustan best raya ni, especially yang ada SRK.

kuih raya yang first time aku buat dalam hidup juga habis dan licin dengan jayanya. bekas-bekas sekali hilang. tak mane dorang campak tah. ingat nak simpan sikit untuk kengkawan tapi nampak gayanya tak merasalah korang wahai kengkawan...




Akhir kata, syaitan dah lepas, semoga sifat tak elok aku tak start balik setelah Syawal bermula. Jom kekalkan ibadat yang kita dah buat masa bulan Ramadhan dulu. selamat hari raya!!!

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails