Saturday, December 31, 2011

checklist of wishlist

masa hujung bulan 12 tahun lepas, aku pernah post pasal wishlist aku untuk tahun ni, 2011 kat sini. memandangkan hari ni hari terakhir untuk tahun 2011, meh kita cek sikit sama ada dah terlaksana ke belum wishlist aku untuk tahun ni.

yang tulisan hitam tu wishlist aku tahun lepas. yang tulisan merah tu komen aku terhadap wish tersebut.
  • untuk tidak lagi selekeh seperti tahun2 sebelum ni. 
    • sungguh tidak best kan azam aku ni? biarkan... selekeh di atas bukan bermaksud aku punya appearance macam orang yang suka merayau-rayau di tepi jalan tu. selekeh aku bermaksud, lepas ni, pandai-pandai la pakai baju matching sikit dengan tudung ke kasut ke seluar ke... ini tak, kalau tudung hitam je yang dah iron, tudung tu je la yang aku tibai nak ke kedai ke ape ke. tambah dekat rumah. lagi la...
    • untuk first sem, aku memang rajin nak bergaya. pakai selendang, pakai kemeja pergi kelas. tapi malangnya, untuk second sem, bila aku mula discover tudung yang senang nak pakai tu, aku mula jadi serabai macam selalu. next sem, aku akan cuba jadi style balik. bosan la jadi serabai.

  • menjadi lebih bergaya dan style sikit dari biasa
    • lagi satu azam tidak best tetapi best kepada aku. lepas beberapa tahun aku jadi stalker, aku mendapati rupanya ramai insan kat malaysia ni yang daring nak bergaya. aku bukan la nak bergaya macam mereka tu, tapi, style sikit la... boring aku asyik ulang style same je. tukar sikit. boleh kan?
    • macam yang aku dah cakap dekat bahagian tulisan merah dekat atas, ni semua salah tudung senang nak pakai tu... sebab tudung tu, aku malas nak lilit selendang, aku malas nak iron tudung bawal. dan akhirnya, baju kolej menjadi pilihan bila pergi kelas dan tudung senang nak pakai menjadi uniform kalau nak pergi mane-mane.
  • beli boot impian
    • ini adalah azam yang membazir. ok, boleh hold dulu sementara aku miskin ni. tapi bila aku tengah kaya nanti, sila jangan terlampau terkejut tengok aku ok.
    • power tak pergi reban pakai boot kaler ni???
    • aku beli aku beli!!!! yang ni wish yang paling berjaya di abad ini. boot yang aku usha waktu aku pergi Parade dulu secara tiba-tiba menjadi murah sebab nak habiskan stock. tapi sebab tak de keje aku nak pakai boot pergi berjalan, akhirnya boot aku dipakai ketika ke reban. sungguh bergayakan aku bersama ayam-ayam sekalian???


  • beli jacket impian
    • ini juga azam yang agak membazir sebab aku dah survey, jacket sehelai, yang cantik, not less than rm30! hoho... namun, untuk melaksanakan azam no 1 dan 2, endure sikit ek.
    • ni pon berjaya!!! tapi yang aku impikan ialah jaket berwarna army green. yang aku beli warna beige sebab yang warna army green hanya terdapat di butik-butik berjenama yang amat mahal sekali. huhu... tak pe la, janji ada kan.

  • tidak menonton pada weekdays
    • ini mesti, untuk mendapat pointer cgpa yang baik lantas mendapat scholarship, meh la kurangkan menonton dan belajar bersungguh-sungguh.
    • ini juga berjaya! wehu!!! tapi walaupun aku tak menonton, aku tetap tak dapat scholarship. memang cgpa aku meningkat, tapi tak de la semeningkat mana. still tak layak untuk mintak mana-mana scholarship... mungkin sebab aku tak belajar bersungguh-sungguh walaupun tidak menonton???

  • baca nota lepas kuliah
    • ini juga perlu, hanani ni, kalau sekali kuliah habis, apa yang dalam kepala otak dia ni pon akan habis jugak. justeru, bacalah nota lepas kuliah...
    • ini tidak berjaya sebab aku dah penat menyalin dalam kelas. nak tengok balik nota pon tak larat... lastnya, esok nak test baru baca. walau bagaimanapun, kalau aku rasa nota yang aku salin bagai nnak gila tu menarik, aku akan pandang la sekali lalu. tapi pandang je la...

  • senyum
    • aku tak tau sekarang, tapi dulu, masa sekolah dulu, orang selalu takut dekat aku sebab mereka kata muka aku muka sombong. adakah sebab aku tak senyum. baiklah, aku akan sedekahkan senyuman paling manis dekat korang lepas masuk new year nanti.
    • senyum juga aku berjaya lakukan. tapi entahlah, aku rasa aku dah senyum habis dah. tapi ada jugak orang takut dengan aku. ape lagi yang harus aku lakukan???

  • tambah aktiviti sunat di tengah malam
    • insyaAllah... lately ni, atau lepas masuk UPM, aku dah jarang buat aktiviti sunat di tengah malam sebab lupa diri tengok movie sampai 2 3 pagi. ingatkan aku kalau aku terlupa.
    • alhamdulillah, first sem aku rajin bangun malam. patutlah cgpa aku menaik. tapi sem ni, roommate dah bertukar. lepas tu keluar pulak cerita blok yang aku duduk ni ada bilik yang menyeramkan. memang aku tak keluar la pukul 4-5 pagi. takut...

  • tidak perlu kurangkan makan
    • sepatutnya ini terjadi. penat je aku tahan makan. berat aku same je. so, aku ambik keputusan, nak makan apa je yang aku nak tanpa risau berat badan aku. penyelesaiannya, ada di bawah.
    • aku praktikkan aktiviti ni masa first sem. tapi hasilnya, pipi aku mengembang dengan semangat sekali. berat apatah lagi. akhirnya, aku terima akibatnya pada second sem tahun ni. aku tak boleh ambik dinner langsung even aku lapar. semuanya gara-gara nak turunkan berat yang dah terlebih masa first sem dulu...

  • exercise
    • mesti... bila aku kata aku nak makan suka hati aku, mesti ada something yang kena kontrol aku. skipping hanani! at least 100!
    • mula-mula je semangat. tapi kesian orang tingkat bawah. pening kepala dorang kalau aku melompat dekat tingkat atas. jadi, cancel.

  • kurus! keding...
    • tak perlulah sampai keding, tapi asalkan berat aku turun sudah. cuti semester hari tu, berapa kilo berat aku naik. ni semua gara-gara mak masak sedap...
    • ini memang fail yang paling berjaya sekali. dah la tak kurus, makin tembam pulak tu. benci...

  • kumpul baju cantik2
    • aku memang suka bab-bab membazir ni. mak aku suka marah kalau aku beli baju lagi. tapi aku mane boleh tahan. aku tengok baju je aku rase nak beli. susahnya...
    • aku ada la beli. tapi tak de la kumpul. mengamuk mak aku kalau tengok aku membeli sesaja. demi menyelamatkan nafsu buas aku ni, sem ni aku tak jejak langsung kaki dekat Times Square. dan selamatlah duit aku...

  • cipta sejarah baru, 4 flat please...
    • banyak pengorbanan aku kena buat ni... sila beri semangat kepada aku.
    • ni pon fail. belajar malas nak 4 flat. dalam mimpi je la...

  • tidak menghabiskan duit untuk makan
    • memang aku kata boleh makan apa sahaja yang aku nak tapi, sila berpada-pada ok!
    • ini menipu. sekali keluar memang aku tak pandang langsung dah McD dengan KFC. konon tak elok untuk kesihatan. tapi pergi berbelanja dekat Subway, secret Recipes, The Chicken Rice Shop dan banyak lagi... memang sem ni duit aku habis dekat makan je la...

  • kurangkan perasaan lapar sentiase
    • aku yang tak pernah kenyang, sila selalu kenyang.
    • aku memang kenyang, tapi roommate aku yang sentiasa lapar memaksa aku melahap bersama-sama mereka. dan lastnya aku yang over makan dari dorang. tapi sem ni, aku selamat. tidak lagi melahap sentiasa.

  • kembali menjadi anak dare yang amat rajin sekali
    • aku makin malas ke? entah. tapi lepas adik aku dah besar ni macam seronok pulak jadi mandur. rase macam supervisor yang ade banyak power tapi masih takut kepada penguasa yang lagi power iaitu mak aku.
    • yang ni aku tak sure dengan diri sendiri. adik-adik aku dah besar-besar. semakin gembira pula menjadi pengarah terulung untuk adik-adik aku bila perants aku tak de. tapi tugas aku sebagai tukang cuci rasmi dekat rumah tu tak pernah ada pewaris. asal bab-bab cuci mesti muka aku. yang ni aku buat bukan sebab rajin, tapi terpaksa. ye lah, tak de pewaris...

  • bangun tidur seperti mase form three and before
    • dulu aku bangun awal... tak macam sekarang ni. betul, dulu aku gila disiplin la... sebab, dulu tak de laptop... tak boleh tengok tv sampai tengah malam sebab bapak marah. sabar2...
    • yang ni berjaya sikit je. kalau tima aku kena pergi reban memang aku bangun awal. tapi kalau time free, aku memang sayangkan katil aku.

  • kembali menjadi student cemerlang ( aku pernah cemerlang ke? pernah kot...)
    • suatu masa dahulu, aku selalu gembira dengan result exam aku. kini tidak lagi. elok-elok dah banyak subjek markah elok, mesti ade black hole satu. isy, tak best betul.
    • tahun ni aku cemerlang sedikit. sedikit je la. dan sem ni, menurut result test aku dan carry mark aku. aku sedikit yakin untuk result sem ni. tapi bila masuk je study week, semua keyakinan musnah begitu sahaja. tu la, malas sangat nak belajar kalau tak de paksaan...

  • isi blog ni dengan perkara berfaedah
    • aku ni kan suka merapu, taip je ape yang aku rasa tak larat nak cerita dekat kengkawan aku dan selalu menaip tanpa sedarkan diri. lepas ni, semoga blog ni padat dengan isi yang berhikmah lebih dari biasa.
    • ini terpulang pada pembaca. berfaedah tak isi blog aku?

  • tak malas nak pergi jogging
    • tapi memang aku malas pon, untuk pergi jogging aku kena tukar seluar dan baju yang sesuai, malas nak pakai tudung, malas nak keluar bilik, malas nak basuh baju banyak-banyak kalau dah peluh. so, better stick to jump rope je la...
    • nak joging... tapi tak de siapa nak teman aku. nak pergi sorang-sorang takut. ada anjing... besar-besar pulak tu. karang aku bukan joging. tapi lari pecut jarak jauh sebab kene kejar dengan anjing.

  • tak copy and paste lab report org lain lagi
    • ini kerja aku dari sekolah menengah lagi. tapi sem 3 asasi dulu ada improvement sebab orang pulak yang tiru lab report aku. ini buka sebab aku hebat atau yang sewaktu dengannya,  tapi sebab aku cepat nak reka ayat sendiri dengan  aku dah cari siap-siap ayat tu dalam reference book. tak pe kan, yang penting aku buat sendiri.
    • full improvement for this year. aku buat sendiri semua lab report aku. tapi ada la rujuk sikit-sikit lab report orang. tapi aku tetap bangga dengan diri sendiri sebab aku tetap berusaha untuk lab report aku sendiri. hahaha

tu je la wishlist aku tahun lepas. ada yang berjaya, ada yang fail. tahun ni, aku malas nak wish apa-apa. cuma berharap yang terbaik untuk apa je yang aku buat. semoga berjaya!

p/s: jutaan terima kasih dekat orang yang bagi hadiah untuk birthday dekat aku tahun ni. ingat tak de sape nak bagi. ada rupanya. tenkiu tenkiu...

Wednesday, December 28, 2011

i've turned 20...

akhirnya, semalam aku masuk jugak ke alam 20-an...

terasa muda bila birthday hujung tahun, tapi sedikit menderita sebab buat IC lambat, tak dapat buat pengesahan sendiri waktu kawan-kawan semua dah 18 tahun, nak mengundi pon lambat lagi...

tapi apa aku kisah, asalkan birthday aku masa cuti hujung tahun. cuma tahun ni je birthday aku bukan waktu cuti, tapi aku cuti kan jugak sebab dalam masa study week.

terima kasih tak terhingga buat kawan-kawan dan family yang wish dekat aku even tau birthday aku dekat facebook je...
kurang-kurang rajin jugak la lagi nak taip wish tu kan. thanks...

untuk yang janji nak bagi hadiah, sila bagi untuk mengelakkan aku tuntut sampai tahun depan. ok, tahun depan lagi beberapa hari lagi.

ok, cukup dengan kisah bahagia.
nak cerita kisah hati sedih pulak.

masa birthday aku, ramai sangat orang dekat rumah. so orang pon ingat-ingat lupa je hari tu birthday aku. isk isk isk... nasib baik aku ada dekat rumah. dengan family aku. tak de la nak sob sob sorang-sorang... nak sob sob pon segan.

malam pulak, mak bapak aku sibok ada meeting. maklumla, pilihan raya dah nak dekat. kemain busy mak bapak aku. kalah wakil rakyat.
so, tak de la sambut macam selalu. sedih...

tadi, lepas sampai kat kl sentral, lalu tepi kedai kek. tiba-tiba hati jadi sayu. huhu... nak kek... walaupun aku tak suka sangat makan kek tapi nak jugak rasa sikit kek mahal kat kedai... haha. berlagak. nak kek mahal je... semalam ada jugak aku berangan kot-kot ada orang nak buat surprise kek dekat aku. tapi berangan je la. aku kan memang kesian orangnya...
biarlah. yang penting, umur aku dah masuk umur genap yang memaksa aku jadi dewasa sikit dari sebelum ni. ok la, i try my best untuk jadi lebih mature okai....

Sunday, December 25, 2011

tak nak...

pada suatu petang yang tak berapa nak hening...

mak aku bercerita dekat bapak aku, masa dekat kenduri tadi ada orang tanya,

orang tu: anak yang mana dah bertunang tu???
mak aku: mana ada sape bertunang lagi... belajar lagi semua...

bla... bla... bla...

lepas bercerita, aku, mak aku dengan adik aku sembang-sembang la pasal aku tak de boyfriend lagi bla bla bla....
tiba-tiba mak aku berkata,

tak payah ada boyfriend, nanti mak cari je dekat kome...

dan aku dan adik aku sepakat membalas,

tak nak!!!! biarlah kami cari sendiri... nanti kalau mak cari tak best....

dan tiba-tiba juga, bapak aku menyampuk,

bapak aku: dah la tu sembangnya, pegi mandi.
aku dan adik aku: ok.

nak sembang lebih sikit pon tak bley. ape pon tak bley.

Sunday, December 18, 2011

love, proposed, engaged, married...

dah tengok video dekat bawah ni?



ramai betul share video ni dekat facebook. aku tau pon sebab kawan aku suruh tengok. dah tengok? jealous???

mula-mula aku hesitate nak tengok. bukan apa, aku tak nak bila aku tengok, aku mengharap, aku berangan yang aku dapat lelaki macam ni, orang proposed macam ni, hidup aku bahagia macam ni. takut nanti aku yang kecewa.

well, bagi aku belum masa untuk aku fikir benda-benda macam ni. kalau aku ada cakap-cakap tu, gatal-gatal tu, it's all joke. in fact, aku belum layak untuk fikir pon.

lepas aku tengok video ni, tiba-tiba aku susah hati. aku start fikir bukan-bukan, sempat ke aku rasa hidup macam ni? yes, ajal maut di tangan Allah. tapi kalau aku tak sempat rasa?
sebab tu aku tak nak mengharap.

memang aku malas nak fikir pasal semua ni sekarang, tapi perempuan mana tak nak kahwin, perempuan mana tak nak rasa indahnya bercinta, perempuan mana tak nak hidup dengan lelaki yang boleh comfort kan hati dia bila hati dia runsing.
aku perempuan kan, of course la aku nak rasa semua tu.


tapi sekarang bukan masanya lagi, mungkin orang yang dah ada insan yang bertakhta dalam hati dia akan excited lalu berharap insan tu akan buat benda sama atau lebih romantis lagi dari tu.
tapi bagi seorang perempuan yang belum pernah ada lelaki yang masuk dalam hidup dia kecuali family, macam aku, semua ni menakutkan.

aku takut nak fikir masa depan yang macam ni. aku takut nak mengharap, macam mana kalau apa yang jadi totally opposite dengan apa yang aku harapkan?

jodoh, aku serah dekat Allah, kalau dah ada depan mata, aku serah dekat mak bapak aku untuk tentukan. insyaallah aku tak de masalah untuk tu.

yang aku nak, suami, bukan boyfriend.
so sekarang, bukan masanya lagi. doa je lah semoga aku dapat yang terbaik.
insyaallah...

p/s: 9 hari lagi, genaplah umur aku 20 tahun. its time to become a real mature me. doakan aku akan jadi seorang wanita solehah yang layak untuk dapat suami yang soleh macam orang lain.

Friday, December 16, 2011

Bola Bola Kaki

ehemmm... tangan mula menaip sambil membetulkan tekak yang perit selepas menjerit dengan beria sekali petang tadi.

bukan selalu aku nak tengok bola secara live macam tadi. tapi yang tadi, serius tak rugi.

haritu, lepas dengar announcement pasal final match antara kolej aku dengan kolej yang jugak jiran tetangga kolej aku, aku rasa macam best je kalau pegi. dengan jumlah merit yang on the line nye, apa kata aku pegi. kata aku dalam hati.

mula-mula pegi macam tak semangat sangat sebab kena naik bas, hujan pastu kena bawak payung. tapi, luckily, fello aku yang membawa BMW ajak tumpang pegi stadium. huhuhu! best oi!

lepas dah sampai, player tengah warm up lagi. ouw! mereka nampak semart dengan gaya mereka.
jika dilihat dengan clear, gambar ini nampak blue sedikit. maaf, wrong timing.

masa ni tak ramai lagi yang datang. so suasana tak meriah lagi.

and last,

saya memang sukakan atlit-atlit macam ni. auw! team kolej saya berwarna merah ye.

the game started.

maaf gambar masa game tak de. semangat terlebih sebab kolej aku dah start meriah.
budak kolej lagi satu macam terkedu sedikit sebab team dorang tak score langsung. so, tak terlawanlah sorakan kolej aku yang over tu.

sepanjang match, menjerit je kerja aku. ye la, tengok bola, tak kan nak senyum je kot. tapi, semua kesalahan yang player buat, semua aku tak faham. mak oi, tak berilmu pasal bola langsung aku ni... yang paling aku tak faham sekali, offside. dah bertahun aku dengar perkataan tu, baru hari ni lah aku tergerak hati nak tau offside tu apa. jenuh aku perhati match tadi, ape benda offside tu haram aku tak tau. 

lalu aku search la dekat internet, tak faham jugak. tak pe, nanti aku tanya sape-sape. 

walau bagaimanapun, sekalung tahniah buat team kolej aku bersama dengan tukang soraknya, victory is ours! team kolej aku kalahkan team lawan dengan keputusan 2-0. berbaloi aku isi masa petang jumaat aku.

banyak part-part lawak masa match tadi. player cool je, tukang sorak yang over. normal la tu kan.


the end of match


antara tukang sorak yang terlebih semangat.

setelah perlawanan ni berakhir, satu perkara yang dapat aku konklusikan ialah, budak kolej aku best. aku sayang kolej aku.
*ayat budak tak nak kena buang kolej.*

tapi serius, bagi je apa-apa event dekat budak kolej aku. dorang akan buat dengan semangat sekali. suruh lari, lari... suruh sokong, sokong... suruhlah apa sahaja.

balasannya, merit. walaupun kadang-kadang ada kambing sebagai balasan istimewa.
memang mula-mula hampir semua akan terlibat sebab nak merit, tapi bila dah mula, semua akan lupa niat sebenar and enjoying the game. ni semua sebab budak kolej aku adalah best and i'm one of them!



Mission Impossible: Ghost Protocol. Must Watch Movie!!!

selalu pulak aku review pasal movie baru keluar ye. jangan risau. sem ni last aku boleh ronggeng-ronggeng macam ni. sem depan jangan harap.
okay. hari tu aku bias sebab bagi rating tinggi dekat Ombak Rindu hanya kerana Aaron Aziz. hari ni aku tak bias kot sebab Tom Cruise bukan bias aku. keminatan aku dekat beliau sedang-sedang saja.

cumanya aku nak cakap, this movie is totally amazing!!!
hoho!

i don't have to back up this movie just like what i did to Ombak Rindu, but the casts of this movie really prove to me that a good movie don't really need to have 18SX scene just to make the movie interesting!
and this is why i love this movie. no bed scene, eventhough there are bed in the scene.

this movie also show us various amazing skills that are acted by its own director and main cast, Tom Cruise! wowow!!!
Watch Mission Impossible 4 online
hemsemkan beliau!

scene yang paling power of course la dekat Burj Khalifa, Dubai... siapa berani melekat dekat tallest building in the world semata-mata nak bagi movie jadi power. but Tom Cruise did it! ada yang kata dia buat stunt tu sendiri, ada yang kata dia pakai stuntman. biarlah, asalkan output dia the best...

nerve wrecking scene from our hot Tom Cruise

oh ya, Anil Kapoor made an appearance in this movie! yeah! one of my favourite Bollywood actor! even appearance dia sekejap je, tapi dia berjaya mencuri hati penonton untuk gelak bersama-sama menyaksikan aksi dia.
enough. nak tau lebih pergi tengok sendiri. trailer banyak di youtube.

selamat bergembira!

Wednesday, December 14, 2011

kerenah pak cik driver bas UPM yang lawak sekali

sebelum ni aku pernah cerita dah pasal kerenah pak cik bas ni...

tapi pak cik yang aku mention dulu dah berhenti dah. aku tak sure la dia yang nak berhenti atau dia diberhentikan. redha la sekejap telinga student UPM dari mendengar bebelan pak cik bas yang merepek tu.
tapi sekarang semenjak fakulti baru aku siap, ada lah dua tiga orang pak cik bas baru untuk bawak student UPM pegi fakulti baru yang kemain jauhnye.

dan macam biasa, bebelan-bebelan pak cik bas kembali berkumandang. bukan semua la... ada yang cool dan kesian dekat kami sebab kene pegi belajar fakulti jauh gila. lepas tu panas-panas kena tukar bas. yang tu ok...

cumanya, yang aku tak faham ni pak cik yang asyik nak salahkan student bila naik bas. pak cik ni ikhlas ke tak nak bawak bas ni sebenarnye?

kadang-kadang nak je aku cakap, pak cik, kerja pak cik kan bawak bas. bawak je la... nak bebel apanya lagi...
tapi adab sopan aku yang masih menebal memaksa aku untuk mendiamkan diri di samping takut pak cik bas tu suruh turun dekat tepi highway lepas tu jauh lagi nak balik kolej.

macam tadi. dah la pak cik tu biar student tunggu dekat bas stop panas-panas sebab dia nak pergi makan. kalau ye pon nak makan, bukakla pintu bas tu... tak de nye student nak bawak lari bas tu, kami tak reti pon nak drive bas...
lepas tu, bila pak cik tu dah naik, ada sorang student suruh pak cik tu tunggu kawan dia kejap. pak cik tu kata, " tunggu apanya, pak cik nak cepat ni, pak cik tak de masa ni, pak cik bukan banyak masa sangat nak tunggu-tunggu. pak cik nak makan pon kena curi-curi."

eh, bukan kerja pak cik jadi driver bas memang kene tunggu penumpang ke? pak cik tak banyak masa pak cik nak buat apa. kitorang ni lagi lah tak banyak masa pak cik. nak tunggu bas lagi, nak lari-lari pergi kelas lagi. UPM ni dah la kemain beso nye.

lepas tu bila dah sampai, ada la sorang dua student tengah tunggu bas yang pak cik tu tengah bawak. tiba-tiba, pak cik tu sekali lagi bersuara, " isy! kalau tunggu bas tu sorang-sorang. cuba kalau keluar tu ramai-ramai. masa tu tepat la sikit."

aku dengar nak gelak pon ada, nak marah pon ada. ade ke pak cik tu suruh student tunggu bas ramai-ramai apekehal???

dah la waktu tu tengah hari, bukan waktu puncak pon. memang la tak ramai. lepas tu bukan semua student UPM nak pergi fakulti pertanian. pak cik ni ingat semua jadual student sama ke...

aku faham la kot pak cik tu tak pernah masuk U. tapi logik la, bukan kitorang ni kenal sangat student lain sampai nak janji naik bas sama-sama. tak kan nak mesej dulu kot...

aku tau, pak cik bas tu tak baca pon blog aku, tapi kalau korang nak buat apa pon, ikhlas la sikit. tambah kerja yang berbakti dekat pelajar macam kami ni, pahala besar tau...

p/s: adik-adik yang nak masuk UPM jangan risau, bukan semua pak cik bas macam ni. yang lain cool...
p/s: dialog telah diolah oleh aku. tak ingat sebijik sebijik pak cik tu cakap apa.

Thursday, December 1, 2011

Ombak Rindu yang best sekali

assalamualaikum...

sekali lagi hari ini aku berjoli di The Mines lepas mengalami kekecewaan yang amat parah masa test biostatistik tadi. bayangkanlah, biostatistik ada soalan teori, nak terpengsan aku jawab tadi. dah la objektif, tanda je la jawapan dengan redha. 

maka hari ni, habislah semua test 2 untuk semua subjek bagi sem ni. nak yahoo, tapi still ada final lagi. so dengan cool nye, aku melangkah keluar dari UPM untuk berjimba. hahaha...

untuk pertama kali sejak dari first time aku jejak kaki dalam panggung wayang, ni la first time nya aku pergi tengok movie melayu masa hari pertama filem release pawagam. 
aku memang dah lama teringin nak tengok movie ni sebab hero kesayangan I berlakon, tambah pulak aku dah baca novel ni dari aku sekolah rendah lagi. mesti lah aku excited. nak jugak tengok bayangan aku masa baca novel tu dulu sama tak dengan movie ni. novel tu pon dah hilang dah kulit dia aku rasa.

  aku rasa lah, semenjak dua menjak ni, filem melayu dah semakin ok la kualiti dia. cuma please lah, slow down sikit pengeluaran cerita-cerita hantu yang boleh merosakkan akal fikiran kita semua. buat cerita yang ada moral sikit. bosan aku tengok hantu-hantu dekat Malaysia ni. stop la dulu. aku tengok preview tadi, sampai 2 3 cerita hantu tengah tunggu nak release.


untuk movie ni, rating aku bagi 4.5/5. kurang 0.5 sebab aku tak pasti latar belakang masa dalam movie ni. zaman sekarang kah atau zaman mak aku dulu kah? aku tak sure. sebabnya, pencahayaan dalam movie ni macam cerita zaman mak aku, tapi aku tengok style selendang dia pakai macam zaman sekarang. entah la, tapi jangan risau, kualiti gambar still tak de apa-apa masalah yang boleh aku pertikaikan. *bajet pengkritik pro je*

lepas tu, movie ni ada sedikit kelainan dari novel yang aku baca dulu. seingat aku Hariz tinggal Izzah dalam kondo, tapi dalam movie ni dalam villa yang macam rumah kampung je. ye la, nama pon adaptasi kan, tak kan nak sama sejibik-sejiban. lepas tu aku konfius lagi, cara Izzah pakai tudung mula-mula macam zaman mak aku, tapi dua tahun lepas tu dia pakai macam memang dah zaman sekarang. pening aku. 

mungkin Maya Karin nampak macam tak sesuai jadi Izzah sebab cara dia cakap je dah nampak sangat bandar nya, tapi lakonan Maya memang power. kira jadi la. 

Aaron heroku, tak payah komen lebih-lebih. tengah mengamuk pon still nampak comel. oh abang Hariz... 

Lisa Surihani, memang perempuan yang cool dalam movie ni. ada jugak part-part lawak yang unexpected dari Lisa ni. satu panggung jugak lah gelak. tapi bila dia mengamuk, boleh diterima lah keseriusan dia berlakon. cool! 

Nenek Jijah, aka Datuk Sufiah, please lah, pakai baju proper sikit tak boleh ke. nak sangat tunjuk cleavage dia tu. baju menantu dia yang glemer tu pon lagi sopan dari baju dia.
lantaklah, orang bukan nak tengok sangat dia.

yang lain-lain pon, great acting. tak de part-part yang nampak awkward. so overall, tak de siapa yang akan menyesal tengok movie ni. oh ye, panggung yang aku masuk tadi full house. even tempat duduk depan sekali yang menyakitkan tengkok tu pon ada orang nak duduk jugak.

bak kata Lisa aka Mila dalam movie tadi, redha tu ikhlas, pasrah tu menyerah. oh, aku menyerah rupanya jawab biostat tadi. bukan redha...

lepas ni, aku suggest buat movie dari novel Bicara Hati karya Damya Hanna. kalau movie ni keluar, serius aku orang pertama beli tiket movie ni. calon pelakon untuk watak Tengku Syahran, mestilah heroku yang comel lagi gagah perkasa Encik Aaron Aziz!

P/s: aku baru tau novel Bicara Hati aka diadaptasikan jadi drama. tapi hero nye serious tapi menepati citarasa aku. tak best la cam ni... nak abam aaron yang berlakon....

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails