Thursday, December 27, 2012

terima kasih daun keladi.

sempena hari ke 21 tahun aku hidup di dunia ini, aku nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang wish dekat aku dari malam tadi sampai malam ni. tak kiralah di facebook, di twitter, di SMP, di blog, di instagram, di whats app, di sms, di talifon, di mana sahajalah. terima kasih semua. even mostly tau hari ni birthday aku sebab ada notification, tak pe, aku tetap hargai. yang mana berjanji nak bagi hadiah sila tunaikan, yang mana tak berjanji optional nak bagi ke tak. what so ever, doakan yang terbaik untuk aku sepanjang aku menjadi 21 dan seterusnya.

Wednesday, December 26, 2012

last day of being 20.

esok, kalau mengikut kalendar masihi yang Malaysia pakai, berakhirlah tahun ke 20 aku dilahirkan ke dunia dan secara officialnya aku akan jadi 21 macam kawan-kawan aku yang lain.

selama ni aku kata aku 21 tapi ikut tahun la. mungkin kalau ikut kalendar hijrah dah lama dah kot aku 21. entahla.

kalau nak ikutkan, sepanjang aku menjadi 20, banyak benda aku dah buat, banyak decision yang aku dah buat. macam-macam aku dah buat.

and insyaallah, hopefully there will never be any regret for those decisions.

decision paling berat aku pernah buat sepanjang aku menjadi 20, ialah bila aku buat keputusan untuk tinggalkan Malaysia for four months eventhough there will be so much risk awaiting me when i came back to Malaysia.

tapi aku anggap keputusan aku pergi Indonesia tu lah yang bagi so much precious moments and experiences. experiences yang tambah pengajaran dalam hidup aku yang kata don't do these, don't do that. do like this, do like that.

umur 20 ni jugak la umur yang paling banyak kali membuatkan aku muhasabah diri aku yang dah jauh melencong sebab berlagak sangat masa sempat jadi orang kaya masa kat Indonesia hari tu.

dugaan yang aku rasa masa umur aku 20 ni la yang berjaya mengubah aku sekarang walaupun sikit je sebenarnya perubahan tu. but at least i've changed. more towards the good. Alhamdulillah.

sebenarnya aku sayang umur 20 aku ni. sayang nak jadi paling muda dalam kelas, sayang nak jadi orang yang tak boleh mengundi, sayang nak lepas umur remaja. sayanglah.

tapi kalau dah nak mentua tu mentua jugakla. goodbye 20, ahlan wa sahlan 21. i love you 20, i'm sorry i couldn't protect you. aisy, dah macam berpisah dengan kekasih pulak.


anyway, I have to promise to myself to do better while I'm reaching 21. I'll be more confident, try harder for everything and never be afraid to try another new thing. better late than never kan. semoga tahun ke 21 aku tidak sia-sia.

so, 21 aku datang.  sambut aku dengan perkara baik-baik. jauhkan aku dari segala perkara yang membawa kepada kemungkaran. amin...

ya 20, aku pergi.

Tuesday, December 18, 2012

hai wanita



Assalamualaikum.

entri hari ni khusus untuk wanita.
yang tak wanita juga bisa baca.
lepas tu boleh berpesan-pesan pada yang tak membaca.

hai wanita,
kau rasa bahagia ada teman lelaki temankan kau?
24 jam sedari subuh, tengah hari, petang malam, sampai ke tidur.
telefon, SMS, Skype, what's app, facebook.
semuanya medium perhubungan kau.
mesti kau seronokkan malam kau tak sunyi macam malam aku.

aku selalu bincang dengan kawan aku.
couple yang pegang-pegang, peluk-peluk ni memang tak tahu itu dosakah?
atau sengaja buat-buat tak tahu?
tak kan tak tahu, tak pergi sekolah agamakah?

mak bapak couple yang bahagia ni,
anda tak risaukah anak dara anda bersendiri dengan lelaki yang belum tentu jadi suami?
kalau-kalau pulang tidak suci lagi?
mesti wanita bangga ada mak bapak yang cool macam ni.
boleh bawak balik teman lelaki lagi sekali.

hai wanita,
kau pulang ke rumah,
bangga cerita,
malam tadi kau dan teman lelaki tertidur dalam kereta.
gara-gara berbincang hal masa depan.
kau lupakah?
apa yang kau buat itu menghampiri zina.

aku dan kawan-kawan aku masih single.
masih jomblo bukan kerana tak laku.
tapi kami tak nak sia-siakan perasaan kami dekat orang yang belum tentu jadi suami.
janji lelaki, bukan tak bagi percaya.
sedangkan janji wanita pun belum tentu boleh percaya.

hai wanita,
sudah-sudahlah.
buat teh cair pun kau tak reti,
apatah lagi nak menyapu pasir selambak dalam rumah.
ada hati nak kahwin.
belajarlah dulu apa yang patut.
jangan malukan diri kau lepas kahwin nanti.

facebook ada, instagram ada.
bukan untuk kau tunjuk kisah cinta kau dengan teman lelaki.
kau ingat orang suka nak tengok?
kau peluk, sandar pada teman lelaki.
loya tekak tahu.

bukan dengki, bukan jealous.
tapi risau, apa nak jadi dengan wanita zaman kini.
mudah sangat serah diri.
memang belum tahap serah body,
tapi bolehlah nak kata menghampiri.

hai wanita.
jangan kau bangga ada teman lelaki.
selagi dia belum sah jadi suami.

Dulu, sekarang...

Assalamualaikum...

dulu kan, waktu aku kat maktab, aku ni nak kata pandai, tak de la pandai. kalau time exam tu ada je subjek yang tak perform, tapi adalah jugak dua tiga subjek yang aku selalu dapat high score. dari form 1 sampai form 3, aku selalu score subjek geografi, bahasa melayu, agama, english, sains adalah sekali. yang lain tu ada time ok, ada time kena panggil dengan cikgu.


naik form 4, aku masih lagi score subjek bahasa melayu, agama dengan english, lepas tu fizik dua tiga semester, matematik moden, sejarah pon tetiba aku nak score kan dulu. dulu lah. bangga hei dapat markah tinggi. selalu cikgu announce highest score dalam kelas, kembang kuncup hidung aku bila dengar nama hanani kena sebut. hihi.


tapi bukanlah semua result aku ok. aku kalau aku suka subjek tu memang aku usaha betul-betul sampai kalau boleh aku nak nama aku atas sekali. tapi subjek yang aku lemah tu serius memang menjatuhkan pointer aku. markah tu nak rendah, memang rendah betoi. berapa kali jugak aku pernah fail kimia, tapi cover balik waktu final. add maths, dah cukup bersyukur kalau aku dapat markah lebih 40. yang tu pon cover balik waktu final.


untuk aku dapatkan highest marks dalam kelas tu, dengan untuk aku cover balik subjek-subjek yang aku problem masa sekolah dulu, aku tak tau la macam mana kuatnya aku usaha. nota, buku teks, buku latihan, merata aku usung. time prep malam, merata kelas, staff room aku pergi, nak tanya soalan. cikgu, ustazah yang ajar aku semua kenal aku. habis prep malam, berterabur latihan cikgu bagi dekat atas katil, nak siapkan. sabtu ahad, time orang tidur aku sanggup pergi kelas nak study. betapa dedikasinya aku demi nak dapatkan apa yang aku dapat masa SPM dengan PMR dulu. even aku selalu melepak dekat bilik TV, meronggeng dekat gerai jualan kengkawan PUM, tu je la masa aku nak relax nya pon. waktu lain ada kelas tambahan, seminar semua.


ni aku dok cerita ni bukan nak riak ke bangga diri ke apa. tu semua cerita dulu. dah tak de maknanya aku nak bangga. point aku sekarang, aku nak cerita aku yang sekarang.


aku yang sekarang, sangat pathetic. macam tak pernah sekolah. pemalasnya ya amat. esok nak exam, hari ni baru nak buat nota. lepas tu dok risau kenapa markah aku dok tang tu je. come on la, bukan aku tak tau kenapa markah aku tak macam dulu. dah masuk degree ni, tak pernah sekali pon aku dapat highest mark. see, how much I've changed during these time. aku macam dah tak de semangat.


 bukan susah mana pon sebenarnya exam, notes lecturer bagi, siap ada extra notes lagi, soalan keluar sebijik dalam notes. apa lagi nak... memang aku kena mengaku, aku sangat leka semenjak aku masuk degree ni. tu pasal CGPA aku lebih kurang je tiap-tiap sem. average. tak tinggi, tak rendah. tapi puas ke aku, dapat result macam tu. sekali sekala aku nak jugak anugerah dekan, canselor.


satu masalah aku, laptop. susah betul aku nak berenggang dengan benda tak bernyawa ni. lepas tu aku tengok kawan relax, aku pon relax. tapi dorang score, aku tak. paham tak betapa down nya kau bila kawan kau yang kuat tidur, tapi result lagi power dari kau yang sangat jarang nak tidur kalau bukan malam. tapi aku tak de pulak inisiatif nak berubah. tu lagi satu masalah. sepatutnya banyak masa aku boleh luang untuk belajar, sebab aku tak suka tidur siang. malam pulak selagi tak pukul dua belas tak mungkin aku tidur. tapi aku yang leka lagi lagha ni sedap je mengulang movie yang dah berapa ratus kali tengok sebab hero hensem. mengulang baca Quran tak nak pulak.


dulu kalau pergi staff room, sebab aku dah belajar dekat maktab aku tu dari form 1, ramai jugaklah cikgu yang kenal aku, sekarang. dua tiga orang je kenal aku. Academic advisor aku sendiri tak kenal aku tau. mana lecturer nak kenal kalau dalam kelas mulut macam kena zip. waktu sekolah dulu, kemain, siap boleh argue lagi dengan cikgu. sekarang, oh my, santunnya aku dalam kelas.


lagi satu, aku rasa macam iman aku dah tak kuat sangat. aku tau, siapalah aku nak kata iman tu kuat ke tak. tapi memang amalan aku sangat kurang kalau nak compare dengan aku masa sekolah dulu. waktu sekolah dulu, pukul 4-5 pagi aku mesti bangun, qiamullail, lepas tu study sikit-sikit. sekarang boleh dikira berapa kali je aku bangun malam dalam sebulan. serius lagha. dulu, rajin solat jemaah. sekarang, huh. my bad. selalu tak sempat nak kejar jemaah dekat fakulti. bukan tak sempat pon. kadang-kadang aku sengaja lambat-lambat pergi surau. Ya Allah...


thats why, aku kena disiplin balik diri aku. kalau dulu, dekat maktab, dekat PLKN, ada peraturan nak disiplinkan aku. sekarang, aku kena ada peraturan sendiri. disiplin sendiri. tak payah nak lagha macam orang lain. aku tak macam orang lain yang bertuah belajar last minit pon dia still perform, aku kena usaha. usaha macam waktu aku dekat maktab dulu.



doa rabitah

Allah, penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap ya Allah...

Sunday, November 25, 2012

#doodle

semenjak dua menjak ni, secara tiba-tiba, aku terkorek bakat terendam. bukan lah bakat mana pon, tapi boleh la nak isi masa lapang ke, nak asah bakat ke. macam tu lah.

bakat apa?

doodle! nama pon doodle kan, jadi doodle je lah. without any idea. start first, and lepas tu baru terkeluar-keluar idea nak sambung macam mana.

asalnya aku bukan suka pon melukis. tapi sebab terpengaruh dengan senior asasi aku, kak ari, lepas tu adalah dua tiga orang celebrity yang rajin doodle jugak. aku pon apa lagi, try la.

Photo: Express yourself #doodle  


Photo: Tah mende la aku buat ni... #doodle  








semua yang kat atas ni aku buat sendiri. ada la lagi yang aku simpan tak sempat nak snap. 

nak kata cantik tu memang lah tak. ye la, aku ni mana lah pernah nak ada bakat melukis. satu-satunya bakat yang aku ada hanyalah melukis organ haiwan untuk subjek anatomi suatu masa dahulu.

tapi nak melukis cantik-cantik tu tak lah kot. entah apa kena dengan tangan aku, nak buat garisan pon tak reti. dah macam parkinson aku rasa. 

tapi bila dah start doodle, seronok pulak aku rasa. sampai addicted jugak la... tapi aku still tak mampu nak doodle macam orang lain yang lebih berseni. tak pe, beginner. nanti lama-lama pro lah kot. kot...

Doodle Embroidery Design #1

macam ni, cantikkan? pic courtesy by www.needlenthread.com







kerdilnya rasa kalau nak banding dengan doodle kat atas ni. 

semoga bakat aku terasah sampai aku dapat lukis macam ni. InsyaAllah....



Saturday, November 24, 2012

wonder woman

just finished watching My Sister's Keeper. a great movie about a strong little girl, and her sick sister with their  very devoted mother. 



don't misunderstood woman as a weak person. but don't misunderstood woman as a strong creature as well




appreciate your mother, sisters, wife and so on so on. they are the greatest creature on the earth.







Tuesday, November 6, 2012

hijaber hijabster hijabista hijabon

Assalamualaikum,

sekarang ni macam trend pulak orang pakai tudung. lepas tu mengaku diri hijaber, hijabster, hijabist and so on so on.

baguslah sebenarnya bila ramai terbuka hati nak sahut seruan untuk melaksanakan kewajipan yang teramat-amatnya dituntut ni. artis pon dah ramai nampaknya mula bertudung atau famous lagi berhijab bak kata orang zaman sekarang ni lah. tapinya tapinya tapinya...

orang yang so called berhijab ni, kadang-kadang tak layak dipanggil berhijab. bukan aku nak condemn atau apa, supposed berhijab ni bermaksud complete cover of everything except face and hands. it goes beyond the head scarf people!

tapi, kadang-kadang, yang ditutup cuma rambut. aurat kita bukan cuma rambut sayang-sayang ku sekalian. leher juga aurat. bahkan, aurat bukan hanya perlu ditutup, tapi dilindungi dengan kain yang longgar, bukan dibaluti kain yang ketat sehingga menarik kaum adam menonton kita dengan hawa nafsu.

i'm not sure la yang pakai pembalut aurat ni faham atau tidak sebenarnya konsep menutup aurat ni.

O children of Adam! We have indeed send down to you clothing to cover your shame, and (clothing) for beauty and clothing that guards (against evil), that is the best. This is of the communications of Allah that they may be mindful.   (Al-A'araf, ayat 26)
kan... to cover your shame kan... tapi kenapa la pakai tudung tapi masih tak cover your shame. rugi...
memang la, orang yang baru berubah ni selalu kata, slow slow la... satu-satu la...
boleh, bukan tak boleh. memang la kalau perubahan yang terlalu mendadak tu agak bahaya, tapi kadang-kadang kita ambik kesempatan dengan perkataan yang kita ucap bila kita mula berhijab tu.

bukan tak boleh nak bergaya bila kita berhijab, cumanya, bersederhanalah. jangan berhias dengan niat untuk menunjuk-nunjuk atau untuk menarik perhatian kaum lelaki. itu lah yang namanya kesempatan tu.

sangat memalukan, bila lelaki mempersoalkan cara kita berpakaian, bila lelaki menjadikan kita sebagai topik perbualan hanya kerana cara kita menutup aurat.

And say to the believing women, that they cast down their looks and guard their private parts and not display their ornaments except what appears thereof, and let them wear their head-covering over their bosoms...              (An-nur, ayat 31)
see, covering over their bosoms. tutupilah dadamu, labuhkan hijab mu.

ni kadang-kadang, hijab tu dah macam topi keledar. besar semacam je dekat atas kepala. tapi atas kepala je lah. lehernya, dadanya, terbuka.

 

well, i'm still at phase 7 sometimes 6. T_T. my bad. tapi tetap malu nak pakai baju yang membaluti. still trying my best to get to no 8. but since I'm a farmer, I have to wear seluar to do most of my works. tapi ok lah kan, masih menutupi segala yang perlu ditutupi. InsyaAllah...

justeru itu, I really really hope, pada yang masih berada di phase 4, 5 dan 6, marilah kita bersama-sama berusaha ke arah yang lebih baik lagi. jangan sia-siakan pahala yang kita sepatutnya dapat tapi terbazir macam tu je sebab kelalaian kita sendiri.

pakailah pakaian yang melindungi, bukan membaluti


Friday, October 19, 2012

this is for you close minded people...

be strong agriculture people.
 u're so important to this world so just ignore that ignorant people whom saying we are nothing.


i learn this quote from my future doctor friend faraway in republic chezch. betul tak eja??? thanks dear!!!

sebarkan!!!

Sunday, September 30, 2012

keep cool and keep praying

Assalamualaikum

Puas dah aku gembira masa dekat Indonesia last four month. sekarang ni tibalah masanya untuk stress pulak.  ya, memang sekarang masanya. problems come and go in our life kan. tak mungkin la orang boleh happy sepanjang masa. okay, except orang gila ok ok.

aku ni sebenarnya tak de la kuat sangat orangnya. lembik jugak kadang-kadang. well, perempuan kan. nampak aku gelak ketawa atau kadang-kadang aku act like terencat tu bukan bermakna aku tak stress. tapi disebabkan visi aku adalah untuk menjalani kehidupan yang cool, jadi aku cuba untuk menjalani kehidupan yang cool even masalah bertimpa-timpa mengelilingi jiwa. ok, aku merepek. sorry.

tapikan tapikan... tak salah kalau nak mengalirkan air mata bila kita stress. sangat tak salah. lelaki pon, nak berlagak cool macam mana pon, menangis je. tapi jangan menangis dekat tempat yang salah, jangan menangis dekat boyfriend girlfriend...

menangislah dekat Allah. Allah maha mendengar dan melihat. satu yang aku pasti, Allah akan sentiasa tunaikan permintaan hambaNya. sooner or later je.

kalau orang yang selalu muhasabah diri, dia akan nampak, bila ada masalah, mengadu dekat Allah dan Allah tunaikan setiap permintaan dia. once in a day, luangkan masa, fikir balik. apa yang kita pernah mintak dulu dan apa yang Allah dah tunaikan. then, syukur... and, rajin-rajinkan buat sujud syukur. bila kita rajin berterima kasih, Allah pon rajin lah nak bagi kita macam-macam...

memang lately ni aku mengalami depression yang amat sangat la compared to yang dulu-dulu. tambah-tambah bila aku tau problem aku boleh effect future aku lagi la nak meroyan aku rasa. nak cool pon macam tak larat je.

jadi penyelesaiannya, aku muhasabah diri. fikir balik dosa-dosa dulu. ya aku tahu, aku sangat-sangat lagha sem lepas. aku tahu...

berubahlah. dekatkan diri dengan Allah. istiqamah dengan perubahan yang dah dibuat. dan doalah banyak-banyak. Allah is always listening to us. anggaplah setiap masalah tu ujian dari Allah. bukan anggap, memang semua tu ujian pun...



walaupun aku tak nampak lagi penyelesaian masalah aku, tapi dari hari ke hari, aku dah boleh adapt dengan masalah aku. aku boleh senyum bila fikir masalah aku. dan aku dapat rasa Allah mudahkan jalan aku. satu demi satu...

justeru itu, marilah kita beramai-ramai menjalani kehidupan yang cool macam aku. ahaks! nescaya otak kita pon tak penat nak fikir macam-macam.



Wednesday, September 26, 2012

edisi makan: the musafir

Assalamualaikum...

dah lama sunggoh aku tak post apa-apa. Busy memanjang la katakan. sebenarnya busy tu 40% je, malas tu yang ya nya. tapi tak jugak tapi entah la. bila aku dah rajin online pakai phone, memang campak ke tepi je la laptop usang aku ni. oh sedih, nak laptop baru...

biasalah, bila aku ada idea apa-apa, beberapa minggu lepas tu baru sibuk nak post. memang basilah cerita aku ni sebenarnya tapi aku tak peduli. aku nak jugak post mengikut suka hati aku. 

this is 3 weeks ago punya story ya tuan-tuan dan puan-puan. normally kalau family aku hantar aku balik UPM kitorang (baca: aku) suka pergi jalan-jalan after pendaftaran dekat kolej pepagi tu. tapi memandangkan semester ni aku duduk luar, tak payah sibuk nak daftar kolej lagi dah. so, my family and I just stayed in my kampung in Felda Sg Behrang before sending me to my house. lepas gerak ke KL, terus ambik my big brother dekat office beliau and keluar makan-makan at the nearest restaurant. 

masa ambik abang aku tu, beliau sibuk cerita pasal nasik arab yang beliau makan dekat rumah-rumah terbuka yang beliau hadiri sepanjang bulan syawal hari tu. so we listened to the story dengan penuh kesabaran yang tinggi sebab menu rumah terbuka tu sangat mengagumkan. haha

so, kalau dah cerita, tak kan nak biar je air liur his family ni meleleh begitu sahaja, jadi beliau pon bawalah family beliau ni ke Ampwalk untuk makan makanan Arab yang enak sekali.



 this is the restaurant. sesuailah buat para musafir macam we all yang datang jauh dari Perak ni.


sebenarnya teringin nak makan dekat Flora Cafe ni, tapi memandangkan datang dengan family, macam tak sesueilah nak makan dekat sini. nak mengajak boipreng, boipreng pula tiada. jadi future hasbeng, take note. I nak makan dekat sini lepas kita kawen nanti. ihik ihik...


setia menunggu order sampai dengan perasaan berdebor-debor takut nanti tak sedap rugi bayar mahal.


aku rasa lah kan, since menu dia memang adalah makanan arab, so mostly menu dia akan based tu meat macam beef and lamb. so peminat setia kambengs macam aku ni. datang ke restoran ni bagaikan rahmat yang mencurah-curah ke dalam jiwa gitu. terima kasih abang yang sudi belanja walaupun harga nya ya Rabbi mahal nak mamp. aku nak datang sendiri memang mintak maaf la bebanyak.


ni menu paling sedap dekat kedai ni. aku tak tau nama tapi nak cerita sedapnya, kuah dia pon terasa manis kambing tu. fuuuhhh! marvelous! yang gambar first tu aku punya, second bapak aku. semua hidangannya seriously menggiurkan wei... heh, ape ke jenis bahasa aku ni.



mujurlah ya amat nya, makanan dia serius sedap. memang rakus lah aku makan even dah kenyang makan nasik sebelum tu sebab rasa kambengs dia sangat terang lagi bersuluh. sedap tak tipu. pinggan dia pulak besor-besor baq hang. adik aku yang tak de la suka sangat dengan lamb pon sama rakus dengan aku.

justeru itu kepada peminat-peminat kambing di seluruh dunia, silalah datang kedai ni sebab memang sedap pon makanan dia. mahal-mahal pon tak menyesal nak bayar. aku sebagai peminat nombor satu hidangan berasaskan daging kambing sesungguhnya mengiktiraf restoran ni sebagai antara restoran terbaik yang aku pernah pergi. sekian, terima kasih.

Monday, August 27, 2012

kimbap malaysia.

update: detail secara bergambar boleh di baca dekat http://sishannaryotoma.blogspot.com/2013/03/kimbap-malaysia-2.html

assalamualaikum dan salam sejahtera tuan- tuan  dan puan- puan sekalian. hari ini saya, chef hanani akan menyediakan resepi terbaru saya iaitu kimbap versi malaysia. ya tuan dan puan sekalian. tu pon kalau tuan puan nak feeling- feeling kpop la. kalau nak feeling jpop nak panggil sushi pon boleh lah ye tuan dan puan.

tuan puan yang saya hormati sekalian, saya dah malas nak merapu.

***********


resepi ni aku belajar waktu aku study kat indonesia dulu. ceeeee study...

thanks la dekat akak-akak jakarta yang selalu ziarah aku dekat bogor dulu aku rajin nak buat benda benda macam ni.

aku ni bukanlah selalu sangat nak masak macam-macam dekat rumah. tapi makanan merepek-repek aku rajin la nak buat. kimbap ni ke, spaghetti ke, asalkan bukan makanan ruji rumah aku ni, aku rajin la.

selalu adik aku yang minat sangat sushi/kimbap roll ni. pantang nampak dekat tesco tu mesti nak beli. ni aku dah buat sendiri memang laju je la dorang telan sebijik- sebijik yang aku dah buat.

ok, now apa yang penting kalau nak buat benda ni.

firstly, nasi. tak perlu lah nasi dari jepun atau yang susah nak cari. kalau dah orang Malaysia tu, pakai je nasi biasa. kalau guna yang leftover lagi bagus. tak membazior kata perakman.

seterusnya, seaweed. seaweed ni aku jumpa dekat tesco. murah je. aku tak ingat jenama dia sebab plastik nya dah selamat berada dalam tong sampah. tapi yang aku ingat seaweed yang aku pakai tu ada tanda halalan thoiyiban la.

next, olive oil atau sesame oil ke mana-mana sukahati. yang lain aku tak sure. yang pasti jangan pakai minyak kelapa sawit sudah. aku tak nak bertanggung jawab kalau ada yang kembang tekak nanti.

garam. ini juga sangat penting. kalau tak de, tak tau apa akan jadi tapi sangat tak pro kalau tak letak garam dalam masakan. even resepi ni tak payah skill memasak langsung. tapi tak pe. salt is still compulsory.

***

baiklah, sekarang kita beralih pula kepada bahan yang tak berapa penting dan optional tapi sangat berpengaruh dalam menentukan tarikan resepi kita kali ini. 

ada setengah orang, dia akan guna inti tuna dengan salad dalam kimbap dia. ada jugak yang pakai telur sahaja. ada jugak yang nak letak sayur-sayuran. suka hati. kalau agak-agak nak buat kimbap tu dari nasi lemak, boleh pakai sambal tumis. tapi untuk better tak menyusahkan diri, pakai je apa yang ada dekat dapur rumah kita. senang. 

disebabkan aku nak bagi adik-adik aku makan, sudah pastilah aku akan pilih inti kimbap tu mengikut selera adik-adik aku. jadi aku gunakan bahan yang menarik lagi enak lagi simple untuk kimbap ni.




waktu kakak-kakak jakarta buatkan kimbap dorang dulu, rasanya dorang pakai nugget. tapi sebab aku pakai apa je dalam peti ais, ni yang aku jumpa. goreng lah berapa banyak pon. kalau ada extra, boleh masuk mulut.



kemudian telur. aku pakai dua bijik je. estimate sendiri lah nak berapa bijik. yang aku dadar ni memang cukup-cukup je untuk seaweed yang ada. bentuk telur dadar tu tak perfect pon tak pe. tak payah semangat sangat nak flip telur tu dalam kuali beria-ria.

lagi satu benda yang optional, timun. yang tak suka sayur tu tak payah la letak. tapi aku suka bunyi kruk-kruk waktu aku makan jadi aku letak timun. actually better pakai timun jepun sebab dia lagi rangup. tapi koleksi timun jepun dekat rumah aku dah licin dibedal oleh keluarga aku sebab dorang buat ulam. timun biasa pon tak mengapa lah. yang penting bahagian bijik tu, buang.

ok sekarang, cara memasak pula. oh, bukan memasak.

first and foremost, kita sediakan nasi dulu. sambil-sambil tu bolehlah nak goreng jejari ke nugget ke telur ke... nasi ni aku tak tau nak bagi tau banyak mana. agak-agak je la. tapi nasi yang aku guna dalam sederhana besar punya mangkuk.

then gaul-gaul nasik tu, sampai dia jadi seroi. you know seroi? ala... yang jadi seketul-seketul tu. sambil tu campur sesudu garam, dengan sesudu olive oil. olive oil ni pon aku tak tau nak explain jenis yang mana. aku pakai apa yang ada je. jenama Filippo Berio. nak pakai Bertolli pon boleh. suka hati.

kalau siapa yang suka bijan boleh campur dengan bijan yang hitam tu sekali. tapi aku tak suka so aku tak letak.

secondly, hiris segala bahan yang kita dah sediakan tadi, jejari/nugget, telur, timun. knife skill is very important for this step. semoga tak terhiris jari sendiri masa nak tunjuk skill ya.


hiris halus-halus macam ni. 




ok, i have to admit, i got a very good knife skill. *puji diri sendiri*



then telur yang dah dadar tadi. gulung-gulungkan and hiris macam ni. 

now, we will talk about how to make a very nice roll of kimbap. 

untuk jadikan kimbap yang tergulung dengan cantik, kita perlu ada sushi mat.siapa yang selalu tengok drama korea atau jepun mesti tau pasal sushi mat ni. tapi aku malas nak pergi beli sushi mat, jadi aku yang kreatif ni jadikan alas pasu hiasan mak aku yang belum guna lagi jadi sushi mat, sama je hasilnya. tapi aku lupa nak snap gambarnya. pandai-pandai, la korang kreatifkan diri fikir macam mana nak gulung kimbap tu.

pic courtesy: google

untuk siapa-siapa yang pakai sushi mat atau alas pasu macam aku, mula-mula bukak sushi mat tu, bentangkan. then letakkan sekeping seaweed dekat atas mat tu. melintang. yang kasar ke dalam. lepas tu, susun semua bahan-bahan yang nak letak dalam kimbap tu dekat bahagian paling hujung seaweed. after that, ratakan nasi dekat atas seaweed tu tapi jangan sampai hujung. sebab nanti tak melekat pulak seaweed tu kalau nak potong. then, roll... masa tengah roll tu, tekan betul-betul supaya nasik tu jadi padat dalam seaweed.


ni hasil tangan amatur macam aku. berterabur nasi. panjang pendek kimbap tu pon tak sama. asal aku siap je gulung, ada je tangan gatal nak potong. nak rasa lah kononnya.


ni pulak kimbap yang dah siap potong. nak potong, pakai pisau yang tajam kalau tak nak nasi tu berterabur keluar.


kimbap ni akan jadi best kalau kita angkut waktu nak picnic ke berjalan ke... sebabnya, dalam kimbap ni semua dah ada. kalau orang korea jepun cicah kimbap/sushi dekat dalam wasabi atau kicap manis, aku orang malaysia cicah sos. mmmm... enak sekali.



adik bongsu aku memang gedik jadi dia makan kimbap tu dengan chopstick sebab nak feeling-feeling oversea sikit.



bapak aku lepas makan seketul beliau berkata, " kalau dah tak de makanan langsung barulah bapak akan makan benda ni..."

ok foineee.... janji adik-adik aku suka. licin ok.


Friday, August 10, 2012

syukur


Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai;  dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.  Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu).
(Al -Ahqaf [46] : 15)







basah mata aku bila tengok iklan ni tadi. yeah, i know, semua orang dah tengok lama dah. tapi aku asyik lupa je nak tengok. lepas tengok iklan Bernas tadi baru teringat.

forget about the handsome Erman or better known Redza Minhat in the commercial. ye la, siapa tak tertawan tengok Erman yang struggling dalam iklan tu? atau aku je yang tertawan? eh.

no no no... i got teary eyes not because of him but really because of the meaning behind the commercial. seriously. i've had experienced it before.

aku tahu, bukan aku je yang pernah belajar oversea berbulan-bulan. orang lain bertahun-tahun tak kecoh pon. ye dak? but it's not the problem. the thing is, aku sangat bersyukur sebab aku ikut exchange program ke Indonesia last 4 month. banyak yang aku belajar dekat sana. maybe post-post aku sebelum ni tak tunjuk sangat apa yang aku belajar, tapi seriously, sangat tak sia-sia aku pergi sana even there's so much consequences I will face someday. i mean now.

pergi Indonesia, negara yang totally different dengan Malaysia. aku tak kata Indonesia tu negara miskin macam dalam iklan ni. tak... tapi dengan total penduduk hampir 300juta, imagine macam mana rakyat dia survive dekat negara yang bagi aku tak semaju Malaysia.

aku syukur, masa aku pergi sana, aku nampak betapa selesanya hidup rakyat Malaysia kalau nak compare to rakyat Indonesia. bila first time aku naik angkot, the famous public transport dekat sana, jumpa pengamen merata-rata, peminta sedekah also everywhere, dekat kelas tak de air-cond, kipas pon sikit gila, bayangkan macam mana semangat cintakan negara aku menerjah-nerjah dalam otak, jiwa raga aku.

but still, I'm gratefull for going there. what if they sent me somewhere to Europe or Korea or Japan. mesti berlagak sombong bila balik. mesti dalam otak fikir, oh apa kelas Malaysia...

and because of that, I started to appreciate everything I got here, in Malaysia. aku tak menangis langsung bila kali terakhir aku jumpa dengan classmates aku yang dah banyak tolong aku dekat sana. mungkin feel tu tak datang lagi kot. tapi bila bas yang aku naik tu tinggalkan je asrama yang aku duduk 4 bulan tu, air mata aku tumpah. sebanyak-banyaknya. syukur, aku rasa jugak semua ni. terima kasih dekat semua yang bagi aku peluang rasa pengalaman berharga macam ni.








thanks to them, I really had fun while I experince so much thing in my life, at once...


bila balik Malaysia, bila aku jumpa semua benda yang aku rindu sepanjang aku dekat Indonesia, aku senyum sendiri, syukur, aku masih ada peluang untuk rasa semua ni. so Malaysian, learn to be grateful for everything you got but don't afraid to try something that will challenge you. and don't forget to thank everyone who stay with you during the journey...

Sunday, June 24, 2012

thanks for all...

And I want to thank you for giving me
The best day of my life
Ohh, just to be with you is having
The best day of my life
                                       -dido-

Saturday, June 9, 2012

Curhat di malam hari...

Assalamualaikum...

rakyat negara yang aku tengah menetap ni memang suka sangat meng-short form-kan setiap perkataan yang macam panjang walaupun aku rasa tak de la panjang mana pon. tapi sebagai pendatang asing bervisa dekat sini, terima je la dengan redha semua short form yang telah dicipta  untuk memudahkan rakyat dia menyebutnya.

contoh short form yang paling aku rasa tak logik sekali tu ha dekat tajuk tu. Curhat. short form bagi curahan hati.

yang aku tengah nak bincang ni, aku nak tanya ni, manusia ni expect orang jadi apa dengan dia sebenarnya?

masa zaman mulut puaka aku dulu, orang komen, aku baik tapi puaka. what the fish???

kalau dah puaka baik apanya lagi? I terasa tau.


salahnya aku dulu, hidup terlalu berterus-terang. tak puas hati cakap, bengang cakap, tak suka cakap. well, memang kadang-kadang orang geram dengan aku. tapi at least, masalah dapat diselesaikan dengan cepat tanpa dosa di kemudian hari.

tapi semenjak aku masuk degree ni, aku cadang nak jadi baiklah sikit. jadi low profile, malas nak peduli dekat orang lain, orang buat apa pon buat lah. tapi lama-lama, dia jadi tak syok. kalau sakit hati tapi simpan, rasa nak terkeluar jantung tau.

aku tak de problem apa-apa sebenarnya, tapi ada sorang member aku ni, dia pon sama lah macam aku. cuba bersabar selagi dapat bertahan. tapi, sakitnya hati tu, Tuhan je yang tahu. kesian tau. ye lah, kadang-kadang orang yang kita sakit hati ni tak jauh mana pon. kadang-kadang dekat sangat dengan kita.

orang yang macam ni, nak terus-terang dengan dia, kawan, nak biarkan, makin melampau, nak tahan, makin sakit hati. tu lah perempuan, complicated sunggoh. tu pasal lagi seronok kawan dengan lelaki. kengkawan aku yang perempuan pulak, semua jenis cool macam aku. eh?

tak tak, tu bukan point aku. point aku, adakah semua mangsa-mangsa menahan perasaan macam member aku ni, kena jadi macam diri aku yang dulu?

terus-terang, cakap dekat orang yang dorang sakit hati ni, "hoi, ko tau tak perangai sebenarnya macam shitto tau tak????"

aku tau, tak elok cakap terlampau keras dengan orang. kita orang melayu ni memang dah dididik untuk cakap berlapik. tapi masalahnya, sesetengah orang Melayu ni, tak makan saman. orang cakap elok-elok, dia kata kita nak buat pasal dengan dia.

so, cadangan aku, alang-alang dah buat pasal, biar berpasal-pasal terus. biar dia tahu apa yang dia dah buat selama ni. puas hati.

tapi tu cadangan aku sebelum aku insaf dulu. sekarang, aku sudah tidak punya cadangan lagi. cewah!

aku tak tau nak tolong kawan aku yang tengah sakit hati dengan perangai orang yang macam shitto ni macam mana. hal ini demikian kerana, pendekatan yang aku selalu pakai dulu, macam ganas sangat pulak. tapi macam tu lah aku dulu. tu yang sampai berjaya sandang title puaka tu. tahniah la buat diri aku. *bergenang air mata*

so cemane ni? macam ni lah,
 buat insan-insan di seluruh dunia, berhentilah buat perangai annoying kalau rasa diri tu masih lagi memerlukan sahabat yang sanggup bersama susah dan senang...

Wednesday, May 30, 2012

What Makes a Good Presentation

Assalamualaikum...

alhamdulillah, semalam aku dapat highest mark for presentation untuk kesekian kalinya. being the only presenter who got 100 for yesterday presentation really make me proud of myself. ye la, siapa lagi nak bangga dengan diri aku kalau bukan aku ye dak?

aku bukan nak riak ke apa, tapi setiap kali aku mewakili group aku untuk buat presentation, aku tak pernah nak kecewakan groupmate aku. walaupun kadang-kadang aku tak rela nak present, tapi  kalau dah terpilih tu, apa lah salahnya kalau aku buat yang terbaik kan?

macam semalam, aku tak rasa groupmate aku harap sangat dekat aku untuk buat presentation semalam. ingat senang nak present bahasa Indonesia? tapi sebab dorang nak sangat tengok macam mana aku present, dorang suruh jugak aku. dan aku, dah orang nak sangat tengok, aku tunjuk la. hasilnya, sangat tak mengecewakan. sekalung tahniah untuk diri aku. *forever alone*

seronok-seronok aku bangga diri ni, tak pernah la pulak aku nak mengajak orang jadi cemerlang sama-sama dengan aku. nak jadi cemerlang seperti aku? meh sini aku cerita. ayat-ayat dekat bawah ini akan jadi skema sedikit ya.



# perkara paling penting bila nak present ialah slide for our presentation. tak kisahlah nak pakai flash ke, powerpoint ke, word ke, yang penting, pastikan slide anda menarik untuk dibaca. jangan penuhkan slide dengan ayat-ayat yang panjang macam karangan. please don't.


# kalau boleh, sediakan graphic yang boleh memudahkan audience untuk faham apa yang anda cuba sampaikan. tak kisahlah nak letakkan graph ke, chart flow ke, table ke. buat sesimple yang mungkin. dan menarik.


# satu lagi, saya merayu buat semua presentor di seluruh dunia, sila jangan COPY & PASTE sebijik-sebijik apa yang anda jumpa di internet. itu adalah perangai yang sangat jelik sekali. kalau nak buat pun, please edit, dan ubah struktur ayat yang anda copy tu.


# gunakan warna yang sesuai untuk presentation anda. dan please make sure tulisan tu boleh dilihat ketika anda present nanti. contohnya, gunakan warna tulisan yang terang untuk background yang gelap seperti hitam and vice versa.


# Font yang sesuai haruslah digunakan untuk menunjukkan taraf anda sebagai seorang pelajar universiti, eksekutif, dan sebagainya. kalau dah taraf pelajar universiti tu serasa saya tak perlulah nak guna font macam Joker atau yang sejenis dengan tulisan macam tu. oh ya, size tulisan juga penting untuk memudahkan audience membaca slide anda.


# kalau terasa diri tu dah besar gajah, tak payah la nak pakai background gambar-gambar yang serabut mata. pakai yang satu warna dah cukup elok dah. tak perlulah kartun-kartun atau animasi yang bergerak dalam slide tu. dah masuk universiti, fikir logik, tak ke pening audience nak tengok slide yang berterabur macam tu?


# selain itu, penampilan anda juga penting untuk menarik hati audience. khususnya untuk pelajar universiti, sila jangan pakai selipar dan t-shirt tak berkolar semasa presentation anda. aku sangat anti dengan student yang macam tu. yang lelaki kalau boleh, pakai kemeja untuk menunjukkan kewibawaan anda semasa presentation dan untuk perempuan bolehlah nak pakai baju kurung atau kemeja atau blouse yang formal untuk prsentation anda.


kalau dekat sini, present kene pakai baju batik Indonesia




# use a louder voice to make sure people hear your voice in case you don't have a microphone. but for me, it is more appealing if you use your own voice if you presenting in a smaller room. I mean, no microphone. 




# don't bring load of notes when you are going to present. before presentation, write your notes in small pieces of paper in case you forgot what you want to say. silalah jangan bawak satu document penuh untuk dibaca masa presentation anda.


# jangan baca seketul-seketul apa yang ditulis dekat slide kerana audience anda tidak buta huruf. mereka juga pandai membaca. olah ayat mengikut pemahaman anda.


# gunakan bahasa yang formal. dan jangan terlalu banyak mengeluarkan perkataan yang menunjukkan anda ragu dengan point anda seperti errrr, mmmm, aaaaa dan sebagainya.


# jangan gelabah.


# kalau dah nampak ada yang tidur semasa presentation anda, itu bermakna anda adalah membosankan. untuk selamatkan diri anda, kuatkan suara agar mereka terbangun dan cuba berjenaka untuk menarik perhatian audience. but still moderate joke. jangan over.


# Last but not least, CONFIDENT. kalau tiada confident, tiada maknalah anda dah ready macam mana pon untuk presentation tu. buat yang sebelum ni menjalani kehidupan sebagai seorang presentor yang membosankan, silalah berubah. walaupun anda masih pelajar universiti, kalau tak mula dari sekarang bila lagi? macam mana anda nak appeal orang lain bila dah bekerja nanti kalau audience yang merupakan kawan-kawan anda sendiri pon anda tak boleh nak appeal?


terima kasih kerana dah berjaya membaca tips-tips aku ni sampai habis. kalau ada apa-apa yang kurang lagi, aku akan tambah dari semasa ke semasa. dah baca, apply lah. dan kalau boleh, sila sebarkan apa yang aku dah sampaikan ni sebab mengikut apa yang aku dah perhatikan selama ni, bukan sikit student yang ada masalah untuk presentation. ramai... mungkin masa masuk universitilah first time dorang kene present, tu yang banyak sangat masalah tu.

kalau aku, terima kasih sangat-sangat untuk cikgu-cikgu dekat MRSM dulu sebab bagi aku buat presentation tiap-tiap minggu. jadi aku dah tak kekok sangat untuk bagi presentation masa masuk universiti.

buat bakal majikan, silalah pilih saya sebagai pekerja anda jika anda mahu presentor cemerlang macam saya. hehehe. sekian terima kasih.

Tuesday, May 29, 2012

Doakan aku mampu mendapatkannya

aku tak tahu kenapa semenjak dua menjak ni aku jadi tak rajin nak update blog yang dah usang lagi tua ni. kalau update pon tengoklah panjang mana je. yang panjang pulak gambar je lebih. tah la. mood tu tak banyak sangat kot. ye la, aku sorang-sorang dalam bilik yang membosankan ni memanglah terbantut semua idea nak tulis. I guess la sebab dia macam tu. tak sure pulak kalau ada sebab lain. eh?

seriusly, aku rindu nak mencurahkan idea aku tulis artikel bermacam jenis macam dulu, tapi semenjak aku datang sini, aku mula aktif twitter. sebelum ni terbiar je twitter tu. sebabnya, sini nak online pakai phone sangatlah mudah sekali, so ada apa-apa idea memang aku lepas kat situ je la. nak tulis balik kat blog dah malas.

ok, back to the main point. aku duduk sini semua orang ingat aku kaya. yes, maybe mulanya aku kaya. duit jutaan rupiah berlonggok dalam bank. tapi ingat aku tak kena keluar duit ke? banyak hoi! nama pon duduk oversea. mestilah duit paling banyak nak pakai even negara ni barang dia murah-murah. ada sebabnya la kerajaan Malaysia bagi duit sebanyak tu.

semua orang ingat lagi, aku datang sini senang lenang tak de masalah. hehei, kitorang datang sini beramai-ramai dengan risiko tau. tak cakap je. risiko macam kena buang kolej, course outline berterabur, dan macam-macam lagilah. risiko result belajar kat sini lagilah aku tak tau nak kata apa. walaupun aku ambik empat subjek je dekat sini, belajar dalam bahasa yang aku tak pernah guna memang sangat susah.

tapi itu semua bukan sebab aku cakap pasal duit ni, aku sebenarnya tengah risau ni, dengan semua orang nak mengikis duit bebudak Malaysia ni, mampu ke lagi tah aku nak beli Samsung Galaxy Note ni. aku dah berangan lama, tapi bila cek akaun bank, macam dia tak bagi beli je. balik ni dah la kena settle pasal rumah lagi. semua tu duit tu. tapi takkan aku nak biar impian aku terkubur macam tu je. nak mintak sponsor bapak aku memang tak la, itu impian aku, so aku nak pakai hasil usaha aku sendirilah kan. so macam mana ni?

sila doakan aku dapat beli jugak SGN ni...


p/s: minggu ni minggu last kelas. huhu! gumbiranya rasa di hati!!!

Sunday, May 20, 2012

Cita-cita terbaru

aku memang terkenal sebagai anak mak aku yang paling suka tukar cita-cita. tapi ok la, at least ada cita-citakan? setiap kali aku belajar sesuatu yang menarik mesti aku nak tukar cita-cita aku ikut minat terbaru aku tu...
ni cita-cita terbaru aku, nak jadi penyelamat harimau Bengal. binatang ni comel woi, sayang je kalau pupus. walaupun aku banyak lagi belajar pasal lembu kambing, tapi aku sangat berharap dapat selamatkan haiwan comel ni...

Friday, May 18, 2012

Bogor Days - Series 13 *Wedding*

Assalamualaikum dan Salam Perantauan. ewah!

minggu lepas, aku dengan kengkawan berpeluang untuk merasa pergi kenduri warga Indonesia dekat sini. bertuah kan? tapi macam dah lambat sangat baru aku nak cerita. but still, at least aku nak jugak ceritakan? tu la, malas sangat nak transfer gambar dari kamera ke laptop. padahal cucuk USB je pon.

kitorang bebudak Malaysia ni dijemput khas oleh salah seorang staff International Collaboration Office kat IPB ni. ye la, dah selalu menyebuk tanya itu ini dekat staff tu, tak kan dia tak jemput kot kan. hei hei, tu la untungnya berbaik dengan ramai orang. tak rugi...

dah la, aku tak tau nak cerita macam mana, minggu lepas punya cerita memang tak lekat sangat dalam kepala aku. nasib baik ada gambar, boleh aku explain sikit-sikit.

with Pak Hudry, staff ICO yang jemput kitorang tu.

pic courtesy from Syuhadah Rahman. 

sebelum majlis dimulakan haruslah ada persembahan sikit.

bride and groom with both side of parents.

aku suka cara diorang bagi mak bapak pengantin duduk sekali dekat pelamin. ye la, patutnya kan mak bapak tu la diraikan sekali kalau anak kawen. kalau tak de mak bapak tu, tak de la pengantin tu.

kadang-kadang aku agak kesian dengan cara kenduri dekat Malaysia, pengantin sedap-sedap bersanding, mak bapak busy layan tetamu. pada aku, biarlah mak bapak dilayan jugak macam pengantin, hal layan melayan tetamu ni, biar mak bapak sedara uruskan. 


kat sini tak de meja makan macam kita, cara nak makan berdiri je atau duduk dekat kerusi yang disediakan. tapi makanan dia memang marvellous. especially eskrem durian. sedap hoi!

sate ayam ni macam tak best sangat tapi ketupat dia sangat meruntun perasaan aku. enak dan lezat bak kata orang sini.


pak cik ni bagi ucapan apa pon aku tak tau, aku dok pikir bila nak makan je dah waktu ni.

yang ni aku rasa benda paling kreatif aku jumpa kat sini. kat kenduri ni, air sejuk dia sediakan sikit je, kalau nak lagi, ambik la air mineral yang bersusun ni. kan senang, tak yah bancuh-bancuh dah.

tidak lupa juga, gambar salam perantauan mesti ada seketul.

meh aku cerita sikit turutan acara masa majlis ni.
mula-mula pengantin sampai, sejenis tarian yang aku tak sure jawa ke apa dipersembahkan depan pengantin macam dalam gambar tadi. lepas tu, pak cik yang kat dalam gambar tadi bagi ucapan disusuli dengan doa. then, acara bersalaman dengan pengantin dan mak bapaknya, disebabkan kitorang memang tak pegang lelaki yang bukan ajnabi, semua pakat sawadikap-sawadikap je la dengan lelaki-lelaki dekat pelamin tu. lepas tu baru MAKAN!!! tu je pon niat sebenar kitorang pergi kenduri selain daripada nak tengok sendiri majlis tu. tapi kalau dah pergi kenduri, mesti la kene makan kan? tak kan nak biar je kot makanan sedap-sedap depan mata. 
kesimpulannya, hari tu kitorang memang sangat artis sebab dijemput tangkap gambar beramai-ramai dengan pengantin lepas tu baju semua lain dari yang lain lepas tu bla bla bla... perasan je tu, jangan peduli ke aku...


sekian sahaja dari saya, pelajar Malaysia yang akan pulang kembali ke Malaysia bulan 6 ni. tak sabo hohoi!





klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails