Sunday, February 27, 2011

kenapa dengan nama aku?

tadi, tangan aku yang gatal ni rajin pegi Google nama aku nak tengok aku famous amos ke tak.
setelah beberapa saat,

apesal ramai sangat orang malaysia nama nur hanani ni?

ok, ramai rupanya orang sama nama dengan aku. tapi aku macam attracted nak tekan satu link ni. tajuknya, Nur Hanani. ok, itu nama aku. satu demi satu perenggan aku baca tiba-tiba, sampai dekat sini.


ma. mane dapat name NUR HANANI ek ma???

mamaku : dulu... pak ngah suggest name NUR AIN
pak ude suggest name NUR HANANI

* dipetik dari blog beliau*
ops.................................


kenapa sejarah kitorang macam sama? 


mengikut dialog aku.
mak, kenapa nama kakak Nur hanani ek?


mak: dulu... bapak suggest nama nur ain
pah@mak@tok (tak sure) nak nama nur hanani.


why...
lagi satu cerita,


aku lahir 27hb 12, *sila ingat*
sama tarikh dengan jiran setangga bilik aku. namanya ain, ok farah ain.


so now?
persoalannya, kenapa nama aku mesti ada kena mengena dengan nama Ain?
sedangkan Ain adalah musuh ketat aku dizaman sekolah rendah dulu?


aku pelik... tapi tak pe lah. nak buat macam mana... apa-apa pon, setelah di Google, rupanya nama aku memang famous amos sebab ada maksud lain. maknanya, hanani memang famous. hahaha *gelak jahat*




see... arashi pon pakai nama aku...

Friday, February 25, 2011

feeling sooooo Japan.... auw!!! (penjelasan bagi status facebook aku)

serius... feeling Japan yang melampau-lampau hari ni. uhuhuhu...
feeling jepun tu bukanlah feeling aku berada di jepun atau feeling gembira setelah menonton drama yang dilakonkan oleh mamat handsome dari jepun.

ok, aku akan berasa sangat best kalau dapat keluar dari kawasan UPM  tapi berada di luar UPM bukanlah kemuncak kepada keseronokan aku.dan hari ni aku meronggeng di Mines yang terletak di luar kawasan UPM.

hari ni, pagi-pagi lagi, dengan penuh semangat, aku bersiap-siap dengan penuh cantik dan lawa untuk ke Mines walaupun aku tak keluar dengan boyfriend. hari ni, misi aku ialah:

1.tengok wayang
ok, mission accomplished. ingat nak tengok Sanctum, tapi sebab movie tu 3D, oh, tidak jadi. mahal sangat dan tak boleh pakai student card. tak boleh... sila gunakan kelebihan yang ada. pilih pilih pilih, nampaklah board I'm number four... macam best, ok try. sangat best. recommended to people who like to watch action film without porn. kissing ringan-ringan boleh dielakkan dengan menutup sebahagian mata ok. siapa suka tengok movie orang putih yang ada porn, not recommended.
opssss... lupa, ada misi lagi satu. ni misi 1.1,
before entering the cinema, my friend and I went to Giant. kitorang ingat nak beli roti sebelum ngadap movie yang tak tau best ke tak tu. sekali, aku nampak nasi goreng buatan Giant terbungkus enak dihadapan aku. lantas aku cakap dekat kawan aku,

kalau aku makan nasi goreng dalam panggung, pelik tak?

kawan aku kata, makan la. dan, aku anggap itu satu misi yang perlu diselesaikan. woho!!! masa dalam panggung, mula-mula makan roti, lepas tu aku pandang kiri, ok, kawan aku. kanan, aiseyman... ada pak cik tiba-tiba duduk selang satu kerusi dengan aku. kawan aku kata, makan je dan aku pon mula makan... lepas tu kongsi sampai habis... wow! misi berjaya. moral, jangan pedulikan orang lain di tempat gelap.

tapi, lepas aku makan, aku disajikan lagi denga persembahan 2 ekor manusia sedang syok bercomolot dekat belakang aku. bila lampu bukak, tau pulak nak berenti. buat je la, boleh aku tengok detail sket ape korang buat. moral disini, sila ada perasaan malu walau di tempat gelap kerana aku boleh kesan korang buat apa walau dalam gelap. *dalam panggung je la*

2.makan okonomiyaki
wowwww!!! so yummy baby! tapi sebelum tu,terdapat satu kejadian yang telah mebuatkan aku sedikit terpinga-pinga dekat situ. kalau dekat Dana Dani dekat Mines tu, boleh makan dekat situ terus. sambil tengok mak cik tu masak, lepak-lepakla dekat situ. tiba-tiba, ada sorang budak perempuan, tak de la budak sangat, lebih kurang aku je, keluar dari bawah dapur tempat mak cik tu masak takoyaki. aik! bila pulak budak ni masuk bawah tu? yang peliknye, budak tu keluar, nangis-nangis bila mak dia datang, peluk mak dia, dan blah macam tu je. yang lagi peliknya, mak cik yang masak takoyaki tu tiba-tiba menitiskan air mata.aku pon kata,

hei! what the hell is going on?

ok aku tipu. aku dengan kawan aku macam ada tanda soal banyak-banyak dekat atas kepala. apesal diorang ni. aku nak tanya, macam busy body. tapi benda tu jadi depan kitorang, tak kan nak buat bodoh je kot. tapi belum sempat kami tanya, okonomiyaki tercinta siap dihidangkan. lupa terus kisah pelik tersebut. lantak la korang, aku peduli hape. *hipokrit gila...*

sila tonton hidangan lazat ni dengan sepenuh jiwa ye...
masa mula-mula sampai. aku malu-malu nak ambik.

lepas kerat dan letak dalam pinggan aku, perasaan malu hilang sedikit demi sedikit.

tiada langsung perasaan malu disitu
erk.... kenyang... gila full...

3. ok, next mission, ops, sembahyang dulu... ok, next... 
ok, yang ni sebenarnya tiada dalam senarai misi yang dibincangkan semasa di dalam bilik. 
karaoke... isy, mak aku tau ni, i can die... mak, sori pegi tak bagi tau. kakak pegi dengan wanita sama jantina je... bukan orang lain...
walaupun suara aku bagai kura-kura memanggil hujan sebab aku tak boleh tarik high note, aku memang tetap akan suka memanggil hujan bersam katak-katak lain.
6 lagu je... tak sempat hilang suara pon... bantai lagu ya maulai dengan umbrella, ade sikit sikit perasaan spastik di situ.

4.beli barang-barang dapur
oh tidak, bilik aku tak de dapur. beli barang je. shopping-shopping kejap dalam Giant, dan aku ternampak sebijik kasut yang ada iras-iras Crocs tapi ade heals sikit, tersantai indah di depan pintu masuk Giant. nak... ok, cek beg duit. dan T___T... perasaan sedih datang bertalu-talu. aku tak mampu. kalau aku beli, aku dah tak de duit belanja dah lepas ni. 

5. beli takoyaki untuk Muna
jangan tanya siapa muna. 
ousy... meleleh air liur ku disitu

takoyaki yang handsome, i love you

mi amor...

ai aishiteru...
6. naik bot dan pulang dengan gembira... wehuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!
tiada penyesalan hari ni...

balik pulak, menjamah pizza, takoyaki dan sushi milik roommates aku. huhuhuhuhuhuhu... konklusinya, I feel sooooo Japan!!!

Wednesday, February 23, 2011

bagai kacang lupakan kulit

hah sudah...
siapa kacang? siapa kulit?
mari kita bersama-sama mengupas isu ini.

aisy... mood presentation ye sekarang ni. aku rasa macam nak cakap bahasa baku je setiap masa sekarang ni. best ape... ingat bahasa baku ni tak syok ke nak sebut. syok, cuba try cakap dengan kawan sekali. mesti korang gembira. walaupun nanti ada risiko kawan korang akan pandang dengan dahi yang berkerut, tak pe... jangan risau. cakap je.

apahal dengan kacang dan kulit tu?
*ok, diingatkan kepada semua pembaca, entry ini adalah entry paling berlagak pernah aku hasilkan. sila tinggalkan umpatan anda untuk aku di ruangan komen. terima kasih.

hari ni, direct dua presentation kena buat. first presentation, aku jadi wakil kumpulan aku bersama sorang lagi kawan aku. pandai budak group aku, suruh present sikit je, lepas tu dorang tak payah present. memang sikitla yang aku present, macam dalam 2 minit macam tu. entah, aku tak kira masa. tukar slide, tunjuk-tunjuk slide and bagi sedikit info, selesai. dapat sebijik tepukan. ok, sila mengumpat aku sekarang.

sebelum second presentation, baru kawan aku ni perasan yang pendrive dia tertinggal dalam laci dekat bilik. mak oi!!! lagi 40 minit nak present baru kau perasan. tak pe, kitorang pon berlari-lari anak menuju ke bus stop untuk pulang ke kolej. kitorang? kenapa tak dia sorang? oh, kami, susah senang diharung bersama. tak pe tak pe. tapi nak dijadikan cerita, aku dengan kawan aku lagi sorang je yang sempat nak lompat dalam bas yang sarat dengan penumpang. dan bas itu juga amat menyakitkan hati sebab aku rasa pak cik tu bawak 30km/j. stress tak? aku rasa macam nak tolong pak cik tu tekan minyak walau aku tak reti bawak bas. sampai-sampai kolej, kawan aku merasakan aku boleh berlari seorang diri dan stop di tepi jalan. lalu tinggallah aku sorang yang mengharungi badai yang melanda. bayangkan, aku lari dari pintu pagar kolej, naik tingkat tiga, turun balik, dan lari lagi ke bus stop. panas jangan katalah, dah nak pukul 12 tengah hari, agak-agak, suhu malaysia berapa waktu tu?

masa tu mungkin aku dah bermandi peluh, tak mengapa. asalkan presentation berjalan dengan lancar. didan, tak payah rasa bersalah.

point aku bukan nak cerita semua ni sebenarnya. kalau cikgu tanda tulisan aku ni, mungkin aku dah dikira sebagai lari tajuk dan boleh dapat c je.

point aku yang sebenar.
aku rasa la kan, aku macam dah tak reti nak buat presentation bahasa melayu. kalau dulu aku pernah dapat full mark untuk presentation bahasa melayu, sekarang aku sedikit ragu ragu.
*kan aku kata, ni entry berlagak

ye la... can you imagine, 3 sem, semua subjek dalam bahasa inggeris, present bahasa inggeris, slide bahasa inggeris.
masuk degree, kebanyakan subjek pakai bahasa melayu, so present pon mesti bahasa melayu kan.
macam pelik je aku rasa tadi, serius aku rindu nak present bahasa melayu. tapi kalau dulu aku tak payah bawak note nak present, sekarang berhelai-helai note aku bawak, siap tulis nombor lagi nak ingat turutan.
*lagi sekali aku berlagak

masa present, aku rasa macam aku gagap sikit, bukan sebab nervous, tapi macam dah tak reti pulak nak explain bahasa melayu.
*gila annoying ko hanani
 kiranya, kat sini, kacang tu adalah aku dan kulit adalah bahasa melayu.
got it?

habis present, lecturer aku tak kata apa-apa. selalu beliau wrap kan kelas dengan apa-apa ayatla, tapi hari ni, buat peringatan sikit and finished. aku sedikit kecewa. at least, komenla sikit... ok ke, terrible ke, sukati la... tapi nak buat macam mana, nasik telah habis dimakan selepas menjadi bubur...
lihat, ada unsur-unsur semangat disitu

ni yang tertinggal pendrive tu, jangan marah dia, dia yang paling semangat di situ
ok, siapa rasa aku annoying sila angkat tangan.
nur hanani yang annoying dan berlagak sekali sedia dimaki.




sangat sempat untuk berposing ye
undilah saya, saya takkan lompat parti
insan semangat sedang menerangkan manifesto beliau


dengan ini saya mengumukan bahawa...

Monday, February 21, 2011

pilihanraya Kampus UPM

bila aku tengok bloglist aku, semua pakat nak buat entry pasal PRK. nak buat jugaklah memandangkan ni first time aku mengundi dekat U kan. sebelum ni mengundi BWP je. siap buat undi rosak lagi sebab undi adalah rahsia. tapi kat sini tak boleh buat undi rosak sebab sistem canggih. pakai komputer semua.
ulasan aku pasal PRK tahun ni.
agak gempak, macam-macam kontrovesi aku dengar. macam-macam provokasi aku nampak, dengar. macam-macam-macam manifesto aku baca.

komen aku, akak, abang yang bertanding nak jadi MPP, please la... ada kesedaran sivik ke tak? yes, uollss dah bekerja keras taip flyers, print, dan distribute kepada orang ramai secara banyaknya. tapi berkesan ke cara tu? come on la... ingat kitorang student ni nak baca ke? sanggup tampal poster dekat tempat duduk dekat bus stop. tak rasa hina ke orang duduk atas muka sendiri? tak rasa membazir ke bila kertas-kertas tu melayang merata-rata dan menyepahkan alam sekitar? kesian mak cik and pak cik cleaner nak cuci. lepas tu, ada yang selit kad-kad kecik dekat celah pintu bilik aku lepas tu bila bukak pintu berterabur kertas. serius aku takkan undi orang tu.

cara nak kempen, pergi la tempat yang ramai orang dan beramah mesra dengan orang ramai tu. baru orang recognise you as a good leader. ni tak, pas flyers merata-rata lepas tu blah macam tu je. apehal? nak semangat lagi, pakai haler, cakap suruh semua orang undi anda. itu baru betul semangat.

lagi satu, slogan, biar la yang sesuai. ni tak, ayat merepek-repek. nak jadi MPP ke MLM?
manifesto, biar yang sesuai dengan status anda sebagai student. jangan ajak orang pergi hancurkan U ni supaya boleh bina U baru.

contoh manifesto yang sesuai.
*kalau hari cuti umum, kelas yang ada hari cuti tu tak payah ganti
*ugut kakak abang yang jual dekat Food Court supaya harga makanan tak lebih RM3.50
*hari jumaat semua orang boleh cuti.
*yuran dikurangkan sampai separuh and tak payah tolak duit PTPTN.
*bas sentiasa ada pada setiap masa
*pelajar yang pakai meal plan boleh dapat diskaun sebanyak 20%.
*dsb

macam tu la... baru student semangat nak undi. survey dulu problem student. ini macam nak menyusahkan student lagi adalah...jangan vote orang macam ni. tak de wawasan.
akhir kata, pergilah mengundi. jangan sebab satu undi, orang yang tak layak naik jadi MPP.

entry gambar berketul-ketul

sabtu: aku yang semangat telah pergi ke Fonesta UPM untuk cari jodoh support budak kolej aku dalam Pesta Idol. lalu, disana, tengokla jodoh aku  peserta-peserta pesta Idol yang semangat menyanyi, ada yang ok, ade yang tak boleh bla. tapi aku balik awal sebab macam dah tak larat.
cari barang tersembunyi
yang atas tadi tu bukan tajuk utama. tapi ada point disitu yang amat penting untuk dihighlight kan. heeeeee....
ok, di sini aku, ingin mengucapkan berjuta ribu thrillion infinity kepada kiah jiran tetangga aku sebab sudi belikan aku takoyaki yang aku teringin dari beberapa bulan yang lalu. ok tipu, 2 sebulan lebih je. 
tenkiu so much, muchos gracias, arigato gozaimasu, khamsa hamnida and the very terima kasih to you. tau tak aku dan ahli company YEK yang lain amat teringin sekali mengunyah takoyaki sambil melepak-lepak di ruang tengah bilik kitorang? thanks kiah, kau telah melaksanakan impian kami semua. walaupun ko hanya beli sebungkus je, dan kami ada 5 orang. tapi aku barjaya membahagikan takoyaki tersebut sehingga sorang boleh dapat 8 kali suap! tahniah!
tak macam orang lain, bila aku kata teringin, dia beli, lepas tu menunjuk dekat aku tapi tak nak beli untuk aku. ok, tak perlu beli untuk aku. tapi jangan cerita dengan penuh perasaan ko dapat takoyaki lepas tu aku tak dapat. sedih tau. tau tak betapa sadisnye keadaan aku bila aku teringin satu-satu benda? tak tau? aku pon tak tau...
anyway, tenkiu sekali lagi sebab prihatin dengan aku. trimas!

takoyaki impian. 4 ketul bahagi 5 orang dapat 40 bahagian. percaya tak?
ok. kembali kepada waktu sebenar, hari ini. 
this morning, we went to Puchong, Pusat Akuakultur UPM to visit and learn more about aquaculture. here we go. jalan-jalan sebelah kolam fiber glass, lalu lalang atas kolam 40tan yang ada induk ikan, dan pulang bersama pengalaman. ok tak?





the animal sciences 
lepas je balik dari puchong, terus ada kelas. dalam hati ada perasaan nak skip kelas anatomy sebab nak pergi mengundi tapi kantoi. sampai-sampai je lecturer terus suruh masuk kelas. kan aku kata, aku tak boleh buat salah. mesti tak jadi.
tapi lain pulak ceritanya masa dalam kelas. belajar tajuk dah macam menarik, male reproductive anatomy. tapi sebab slide tu banyak gambar and kitorang tak faham apa lecturer tu cakap, ada la yang dah pejam-pejam mata, keluar masuk pegi toilet, tangkap-tangkap gambar and aku tengok lecturer pon macam tak larat je nak mengajar. batuk-batuk... tu la... lecturer pon macam atok-atok je memang la aku kesian. tapi kalau dah apa yang atok lecturer tu cakap pon aku tak faham, nak buat apa lagi kan.

tau tak tu gambar ape?

last but not least, HAPPY BIRTHDAY my dear brother Muhammad Hakim!!! dah 18 adik aku ni, aku baru masuk 19 hujung tahun dulu, adik aku dah 18 awal tahun ni? ouh...

dah 18, bukan bermakna boleh tengok porno
ala lupa... nak buat entry pasal PRK sebenarnye... dah terlajak pulak. ok, next entry la...

Sunday, February 20, 2011

awat hang suka sangat simpan kuku panjang-panjang?

bahasa tersebut bukan bahasa ibunda aku. aku anak Perak jati. cuma ada ketika aku pakai bahasa tersebut. 
ok, back to the main point. kuku yang aku maksudkan dekat atas tu ialah kuku dekat jari kelingking. jangan kata tak tau. ala... yang orang pakai waktu buat pinky swear tu...
pic courtesy from Google

tak pelik ke, orang suka sangat simpan kuku panjang dekat jari kelingking tu. kalau semua, tak de la pelik sangat  tapi still tak elok kan. tapi ni ha yang jari kelingking ni. nak buat apa? korek hidung? korek gigi? tak jugak, kadang-kadang aku tengok, ibu jari pon orang jadi nak buat korek hidung. *maaf, agak sensored sedikit*
tak boleh ke nak korek jugak kalau kuku tu pendek? syok ke biar syahaiton sekalian tu bergayutan di kuku anda? i'm confuse. (read: kenfius).

lagi satu, cantik ke kuku panjang dekat jari kelingking? style ke? kalau dah panjang tu, bersih ke? never mind...

tapikan tapikan, tak rasa geli ke tengok kuku macam tu, for me, only people yang tak jaga kebersihan diri je nak buat macam tu. tapi tak tau la pulak kalau anda pembersih dan nak simpan jugak terpulang la kan...
sebab tu jugak orang kata orang yang kuku panjang ni, anak-anak dia berisiko jadi bodoh bengap. ye la, dah dibagi makan benda dari tangan yang kotor. kalau tak de anak lagi, mungkin anda yang berkuku panjang ni berisiko jadi bengap jugak. boleh fikir sendiri kan... kita orang islam, jangan sebabkan beda remeh temeh macam ni jadikan kita bengong bengap. rugi. kuku aku pon kadang-kadang terpanjang jugak tapi cepat-cepatla potong. lepas tu, jangan nak gatal bagi alasan period sebab tak potong kuku. aku kerat jari ko nanti. dah la diri tu tengah kotor, boleh pulak nak simpan-simpan kuku tu macam tu. lagi kotor adalah. 

konklusinya, potong kuku setiap hari Jumaat dengan Isnin. sure tak sempat panjangnye. kalau panjang pon sikit-sikit je.

Friday, February 18, 2011

aku dah besarkah?

entry ini bukan untuk cerita pasal saiz aku.
baru hujung tahun lepas aku masuk 19. tiba-tiba tahun ni, sorang kawan aku dah bertunang, sorang lagi dah kahwin.  aku bila lagi? ouw!!! 
baru first year wei... aku tak sangka aku akan pergi majlis resepsi kawan aku masa umur macam ni... tarikh gambar ni semua semalam ye. aku yang tak sedar diri esoknya ada exam yang paling susah di alam semesta, boleh ronggeng lagi pergi majlis kahwin pulak. hari ni jawab exam, muka redha. padan muka. mak aku, semangat nasihat jangan tersangkut kat mana-mana Datuk kat majlis tu. haha. gelak sikit. memang la aku nak dekat orang kaya, tapi yang umur lebih kurang dengan aku la...
baru sampai dah main tangkap-tangkap gambar

konon-kononnye kitorang comel tau

muka sabar tunggu makanan
-jangan pedulikan muka aku yang sebesar pinggan tu-
nasibla kawan aku ni kahwin dengan orang kaya. merasalah kitorang ramai-ramai pergi naik bas ke sana. dekat Galeri Sejarah sebelah Pusrawi tu... ingat dekat ke dari UPM?

ok, sekarang gembira sebab dah kenyang
makanan? ok, cukup-cukup untuk sumbat dalam perut yang tengah lapar.

pengantin. yang perempuan tu kawan aku. yang lelaki jangan tanya aku
disebabkan kebanyakan tetamu yang datang adalah kawan-kawan batch aku yang baru tahun satu ni, perangai pun macam budak darjah satu ada jugak. kecoh gila. "dijemput tetamu menjamu selera", terus beratur semangat nak makan. tengok la gambar dekat bawah ni. confuse sedikit, ini dinner ASPer ke majlis kenduri kahwin.

Asper first wedding ceremony

tengok, siapa yang semangat sekarang

see, budak tahun satu la katakan...

oi! dinner sape ni sebenarnya?

mmm... baru betul...

no komen

YEK's and the jiran

balik jom...

kalau dah ade kamera tu, kat mana-mana pun jadi...
well... seronok memang seronok. exam esoknya ada jugak. sakit-sakit kepala aku sebab bangun tidur bangun tidur. terima je la, nak periksa gatal nak berjalan lagi. hari ni, senyum redha...

Wednesday, February 16, 2011

Quotes- Think&pink

mengenang kembali buku sejarah tingkatan 4,
kalau sebelum Renaissance,

i think therefore i damn
quotes tu menunjukkan kalau orang dolu-dolu fikir lebih-lebih, habis la kau...

quotes sekarang,

i pink therefore i ham
kalau tak lawak, jangan gelak. tapi bagi yang rasa benda ni lawak, macam aku yang aku rasa, sila gelak macam orang gila. quotes yang second ni aku jumpa dalam readers digest tapi aku sorang je yang gelak bila baca. aku memang kesian.

dah, esok dan lusa ada exam killer. nak study, babai.

Sunday, February 13, 2011

mode Celine Dion: ballad always the best

mesti orang yang kenal aku sikit-sikit tak percaya kalau aku cakap macam ni.
eh Nanie, bukan ko suka lagu rancak-rancak ke? tanya mereka.
aku jawab, lagu rancak tu aku dengar time dia baru keluar je. bila dah sepuluh  dua puluh kali dengar, dah la. nak dengar banyak kali buat apa.
habis tu Big bang tu bukan hip hop ke? rancak je lagu dorang, tanya mereka lagi,
aku jawab lagi, lagu rancak diorang aku dengar time gembira-gembira je. time nak feeling-feeling aku dengar lagu ballad diorang. got it?

*dialog olahan aku tanpa sedar*

ye... aku suka Big Bang, NewS, dan banyak lagi tu. tapi lagu diorang yang aku dok ulang tu, lagu ballad je. lagu rancak memang pekasam la. lepas aku dengar sampai aku hafal lirik dia dah la.

tapi, kalau ballad singer, serius, aku ulang 300 kali pon tak pe. siap kuatkan volume sampai maximum lagi sebab nak dengar high note diorang dengan beria-ria. syok ooo... dapat pulak lagu Celine Dion dengan Ziana zain, mak oi, time tu la suara sumbang aku ni sebok nak try high note 3 4 octave tu... *jangan pedulikan aku merepek kalau tak faham*

lagu rancak memang best, tapi kebanyakan yang best tu adalah muzik nye, bukan vokalnya. aku prefer vokal dari muzik. yes, lagu yang bagus ialah kalau dengan pakai piano je, lagu tu dah sedap. that's the truly music.
big Bang? nasib baik vokal dan muzik dua-dua sedap.

bila pulak aku start layan lagu-lagu feeling ni...
jap aku fikir, haaa.... ingat tak masa tahun 90-an sampai awal 2000++ dulu, selalu ada lagu-lagu orang putih kat tv. ala... yang dekat tv2 tu... masa tu la aku kenal whitney Housten, Faith hill, Celine Dion, Marc anthony, Robbie William dan ramai lagi penyanyi power-power. Westlife pon time tu jugak kot. mmm... time tu la.

masa tu, tiap-tiap hari aku balik sekolah aku bukak tv2 nak dengar lagu-lagu tu. semangat kan? sebenarnye aku bukak tu sebab nak tunggu drama Sepanyol kat tv2. ala... cerita Catalina y Sebastian, El Amor no es como lo pintan and so on tu kat zaman tu... sambil-sambil la...

tapi perangai tu lekat sampai sekarang. aku prefer lagu ballad kalau time aku tengah lepak sorang-sorang ke tak pun nak study benda-benda yang perlukan feeling *ade ke?* didalamnya...

seronok tau feeling-feeling sorang ni... ye la, aku pakwe mana ade... nak feeling time-time ni la... sampai ada lagu yang mata aku berair-air kalau dengar. macam lagu Because you loved me_ celine dion. aku tak tau ape yang sedihnye. tapi macam tu la, memang la emo kan aku. heeee.... *poyos gler aku...*

 ei, lelaki pon boleh dengar la ballad. tak yah la segan. dengar je. jangan la ko jadi pondan pulak lepas dengar lagu ballad, itu dosa wei. oh ha, lagi satu, aku ada baca satu buku ni, muzik akan jadi haram kalau kita goyang-goyangkan kepala masa dengar lagu tu. tapi kalau dengar ballad, sempat pulak ko nak shake your head masa dengar lagu tu. make sure ko dah sembahyang masa dengar lagu tu, ok la kan? lagi pon penat la dengar lagu yang heavy-heavy ni. sakit otak. yes, aku dengar heavy metal jugak kadang-kadang. tapi aku just aka dengar kalau lagu tu ada unsur ballad macam Nightwish, tapi tak larat dengar banyak kali tak larat.

tak percaya ballad best?
meh dengar sebijik dua,






serius, Celine Dion is the best ever singer i've known. aku sanggup tunggu sorang-sorang dalam bilik tv yang gelap masa dekat sekolah dulu sebab nak tengok concert Celine dion. siapa yang tak kata Celine Dion best. konsert tak pernah tak penuh. hensem r sape yang nak ajak aku g tengok konsert dia ni...


nak tau lagi ballad singer yang best, pergi Google sendiri. malu nak dengar lagu perempuan, dengar sung si Kyung atau Lee seung Chul, tak pon December. tapi ni korea la. aku suka sebab suara jantan mereka sangat best untuk didengar. ok, tak suka korea, kalau nak retro sket, boleh dengar Frank sinatra, nak mengenang zaman remaja, ada westlife, nak moden ada Usher. suka hatilah.

Friday, February 11, 2011

tak suka air bergas, pelikkah?

sedang aku mengunyah kerepek yang bapak aku hantar tadi, tiba-tiba aku ternampak ubat gigi spare dekat bawah meja aku. lantas, terdetik lah hati aku untuk tulis taip entry baru... oh ye... tadi bapak aku datang, bersama rakan-rakannya. ade hal dekat KL dan singgah ke sini. mmm... T___T ingat nak ajak bapak aku makan cendol kat Seri Serdang tadi, tapi kalau dah bersama rakan-rakannya, malu lah I... sekejap je bapak aku datang, sembang sikit-sikit lepas tu bapak aku balik.

dah melalut pulak.
ok, back to the main point. ya, I don't really like soft drink. in fact, aku tak pernah sekalipon rasa air coke, 100plus atau pepsi dan kebanyakan soft drink yang lain. bau je pon aku dah tak boleh terima, apetah lagi rasa. so, aku ambik keputusan untuk tak nak cuba pon air macam tu. ada orang kata aku tak minum soft drink sebab nak jaga kesihatan. tak la... aku tak kesah pon sebenarnya pasal tu. tapi alang-alang dah aku tak minum, aku terima je lah fakta aku tak minum sebab nak jaga kesihatan.
aku rasa lah kan, istilah tepat untuk soft drink sebenarnya ialah hard drink. tapi sebab takut sama dengan minuman keras, dorang tukar jadi minuman lembut. lembut ke? kalau aku minum air stroberi gas pon, masa air nak lalu kat tekak aku adalah saat paling mencabar bila aku cuba minum air gas. ye la, tak rasa ke bila air tu lalu dekat tekak kita air tu macam garu-garu tekak kita. ouch... tak suke tak suke. baik aku minum air kosong sejuk, lagi lembut dan menyegarkan. ouh...

tapi, perangai aku ni kadang-kadang menyusahkan orang jugak. tambah kalau pergi rumah orang dan hidang air sarsi atau air gas. oh ya, one more facts, i hate Sarsi or any kind of rutbeer taste.
kalau dah aku tak minum air tu, takkan la aku nak paksa diri untuk minum kan. mungkin aku boleh muntah kalau minum air tu, siapa tau? so, untuk menyelamatkan diri aku, aku biar je la air tu. kadang-kadang bila orang tanya kenapa aku tak minum, aku terpaksa terus terang walaupun rasa bersalah menghantui diri. aku innocent wei... bukan aku sengaja. and lastly, air kosong jugak menjadi pilihan aku.
lagi satu, kalau dekat McD atau KFC, nak order set, mesti kena sekali dengan air gas. yes, boleh tukar dengan air lain. tapi tak worth la... bayangkan, milo secawan yang pekat dan tak sedap sangat tu pon sampai RM3.00++?!! air oren yang masam gila tu pon mahal. tapi nak buat macam mana, dari aku bazirkan akir coke yang tak sedap langsung tu, baik aku tukar dengan milo pekat yang mahal.

orang kata aku pelik. dan rugi. maybe, tapi aku tak rasa rugi menikmati benda yang memudaratkan diri aku sendiri. biarla... banyak lagi jenis air yang ade untuk aku nikmati even selalunya aku still akan prefer air kosong.
kau terlalu istimewa...
tiba-tiba rasa dahaga. 
haaaa...
lagi satu, pelikkah bila aku tak suka benda-benda yang berangin. 
contoh, chewing gum wrigleys, ais krim perasa mint, minyak cap kapak, ubat batuk dan ubat gigi.

yeah, i hate this just like how i hate air pepsi. tapi kalau ubat gigi tu, tak boleh nak buat ape la kan...tapi, benci-benci pon aku dekat ubat gigi, aku still gosok gigi right after aku bangun pagi. selagi aku tak gosok gigi, selagi tu la aku takkan cakap dengan orang lain. aku rasa mulut aku macam jamban kalau aku tak gosok gigi lagi. Yek kan?
tapi, yang aku tak fahamnye, kenapa still ade orang yang suka makanan ade mint, gosok gigi macam gila pagi-pagi, tapi mulut lagi busuk dari jamban. kadang-kadang aku nak tegur takut dia segan, tapi nak cakap dengan dia dekat-dekat lagi aku segan, bau, Ya Rabbi... tak sanggup nak explain.. Come on la babe, setiap masa, test bau mulut kau kalau tak nak orang kata mulut kau bau longkang.
so how? macam mana nak tau mulut kita berbau atau tak? 
macam ni, first, jilat belakang tangan kau dan biarkan kering. then bau. kalau bau macam t**i gigi yang bertebaran dalam mulut kau, silalah gosok gigi. atau, minum air masak. kadang-kadang mulut berbau bukan sebab tak gosok gigi. tapi sebab mulut kering. lupa nak cakap, make sure belakang tangan kau tu bersih. jangan lepas basuh b*r*k ko g jilat tangan tu. got it?

isy, panjang pulak entry aku hari ni, anyway, thanks sebab baca. kalau anda baca perenggan ni, mungkin anda dah baca satu entry ni. muchos gracias yo! maaf kalau bahasa aku agak terkasar. this is me, walaupon begitu, aku masih lagi seorang anak dare yang ayu dan pemalu euw euw...

Wednesday, February 9, 2011

kembali kepada yang azali

gila, tajuk nak gempak sesaje. tapi isi entah ape-ape. ye, jangan pedulikan repekan aku yang tak pernah boleh stop ni.

point sebenar. aku rasa macam aku nak start balik dengar lagu-lagu Melayu dan orang putih secara serius.

boleh diterimakah?
*sigh*
aku dah lama menjadi frog under the shell. kalau aku dengar je lagu Melayu atau orang putih, aku akan jadi terpinga-pinga. nak nyanyi pon tau bahagian korus je. nak karaoke? semua lagu lama yang aku tau. lagu baru?
aku dah lama tak dengar radio, so, koleksi lagu-lagu aku terhad kepada jpop dan kpop sahaja. sebab, tu je yang aku nampak dekat senarai lagu baru.

tapi sekarang, aku rasa macam nak start dengar balik. itupon kalau lagu tu sedap. kalau tak sedap, mungkin aku stay dengar lagu yang aku dok layan sekarang. semalam, aku dengar satu lagi ni. tak sure tajuknya, tapi ade lirik macam ni, "tiada kata, secantik bahasa..." dan aku nyanyi sama-sama dengan lagu dalam radio tu... lepas tu, tiba-tiba kawan aku cakap, "eh Nanie, ko tau lagu ni?" kagum pulak dia dengar aku nyanyi lagu melayu baru. tak de nye baru, aku tau lagu tu sebab lagu tu remake kan. kalau tak, memang aku senyap je la dengar...

aku suka ballad, tapi lagu Melayu sekarang banyak yang menjerit-jerit tak pon nyanyi macam orang  malas. memang la aku tak dengar. tapi tak pe, aku nak try dengar. mane la tau kot-kot aku suka.

itu pon, thanks to Era.fm yang dah jadi best balik sekarang ni. actually, dulu aku suka dengar Era, tapi bila DJ dia suka cakap merapu lepas gelak macam pontianak, bapak aku tak bagi dah aku dengar. lepas tu, aku terus stick dekat Jpop. tapi sekarang, macam best pulak aku dengar. adik aku la ni, suruh aku dengar. macam pagi tadi, aku dengar Riuh pagi Era. semangat aku, bangun pagi-pagi dengar radio. oh, best! nanti aku dengar lagi.

well...
NewS, Big Bang, akak Nishino Kana, 2ne1, dan anda semua yang lain, i'll never leave you all. lagu korang semua sentiasa best di telinga aku.
klik dekat link kalau tak percaya mereka best.

newS

Big bang
2ne1



Nishino kana
lagu ni je yang lepas dekat youtube, yang lain semua kene delete dengan company dia
mereka nombor satu dihati aku.

maths tought me there's not only one solution for any problem...

never mind my grammar error, aku yang tak sedarkan diri esok ada test 5 tajuk masuk dan aku tak baca apa-apa lagi dan aku sedang menaip dengan senang hati di sini. *jangan tiru aksi ini*

kejap... je. aku nak taip ape yang terbuku dekat hati aku ni dari kelas maths tadi.

ok, think, 1 divide by 2, we got ____________?
fill in the blank with the correct answer.

anda rasa? aku rasa?

betul tak kalau aku cakap 1 bahagi 2 dapat 2?
ok, ade yang bantah, ada yang kata, 1 bahagi 2 dapat 1/2.

answer? which one?
aku kata dua-dua betul. tak percaya?
ok, aku yang tak sedar diri ni sanggup buat sebijik lukisan sebagai ilustrasi untuk membantu pembelajaran menjadi lebih efektif.
pedulikan lukisan dari Paint yg hodoh itu

see? berdasarkan saiz, mungkin jawapannya adalah 1/2, tapi based on jumlah, jawapannya adalah 2.
kan? kan? kan?

lagi contoh,

1/1=1
2/2=1
3/3=1
0/0=?

what is the answer? 0 or 1?

ok, one more illustration
jika anda belajar kalkulus, anda mungkin lebih mengerti...
ok last example, sebelum aku merepek dengan lebih banyak lagi.
1+1=2...
really?
no doubt, betul dah. tapi, banyak lagi jawapan sebenarnya...
ikut fakta matematik, ye, 1+1=2. kalau yang ni kau kata salah, go back to your primary school.
lagi?
dalam family tree, 1+1= mama+papa,
so, what is the answer? 2? 3?
kalau dah mama beranak sampai 7? 1+1=?
lepas tu, kalau papa kawen lagi satu, means, 1+1+1= mama+papa+bini papa yang baru
sepatutnya jawapan boleh jadi 3 kan? tapi kalau mama je beranak, bini papa yang baru tak nak beranak sebab nak jaga body, the answer can be less or more than that, right?

gambar hiasan semata-mata
macam dalam gambar tu, itu kalau anak dia sorang, kalau ramai? masih boleh diterimakah fakta 1+1 jawapannya hanya 2? 

konklusi:
see? dalam satu masalah kita boleh jumpa lebih dari satu solution and answer.
untuk example 1 and 2, itu ikut maths, yang 3rd example, tengok everyday life. logikkan?
so, ada masalah?
think more, widely, and happily. insyaAllah, you'll find the way...
*sempat lagi masukkan lirik Maher zain*

wah... terima kasih kepada encik mathematicians kerana memberi saya idea di tengah malam buta disaat esok saya ada exam dan baru sahaja menghabiskan 5 tajuk. oh ye, first paragraph tu ditulis 3 jam yang lalu.

sekarang, mari kita berdoa supaya aku boleh jawab test esok dengan gembira.

Monday, February 7, 2011

TOP masuk Mangga!!! oh no!!!

kalau selama ni aku cukup tak suka tengok artis-artis bergambar dalam Mangga, terbukak sana sini, terbelah sana sini, duduk tepi kolam, peluk-peluk, seksa seksi, sekali, TOP, my sexy baby, masuk Mangga???!!!
aku juga tidak percaya... namun gambar di bawah ni adalah kenyataan...
nasib baik kau seorang yang sopan...
nasib baik TOP sopan orangnya... calon menantu mak aku la katakan... tak de lah, aku tipu. tapi mak aku tau aku nak jadikan dia menantu mak aku. ok stop. aku berangan.
tapi... why? macam tak sesuai je TOP dalam majalah macam ni. bukan aku burukkan majalah ni tapi majalah ni kan... tak tau nak cakap ape. yang penting aku tak suka TOP dalam majalah tu. ye, nur hanani tengah berlagak macam bini TOP.

TOP suka perempuan bertumit tinggi? apekah? bukan patutnya kasut bertumit tinggi ke?
I'm VIP to the core... jangan marah aku berperasaan begini...


TOP adalah yang berambut silver...

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails