siapa kacang? siapa kulit?
mari kita bersama-sama mengupas isu ini.
aisy... mood presentation ye sekarang ni. aku rasa macam nak cakap bahasa baku je setiap masa sekarang ni. best ape... ingat bahasa baku ni tak syok ke nak sebut. syok, cuba try cakap dengan kawan sekali. mesti korang gembira. walaupun nanti ada risiko kawan korang akan pandang dengan dahi yang berkerut, tak pe... jangan risau. cakap je.
apahal dengan kacang dan kulit tu?
*ok, diingatkan kepada semua pembaca, entry ini adalah entry paling berlagak pernah aku hasilkan. sila tinggalkan umpatan anda untuk aku di ruangan komen. terima kasih.
hari ni, direct dua presentation kena buat. first presentation, aku jadi wakil kumpulan aku bersama sorang lagi kawan aku. pandai budak group aku, suruh present sikit je, lepas tu dorang tak payah present. memang sikitla yang aku present, macam dalam 2 minit macam tu. entah, aku tak kira masa. tukar slide, tunjuk-tunjuk slide and bagi sedikit info, selesai. dapat sebijik tepukan. ok, sila mengumpat aku sekarang.
sebelum second presentation, baru kawan aku ni perasan yang pendrive dia tertinggal dalam laci dekat bilik. mak oi!!! lagi 40 minit nak present baru kau perasan. tak pe, kitorang pon berlari-lari anak menuju ke bus stop untuk pulang ke kolej. kitorang? kenapa tak dia sorang? oh, kami, susah senang diharung bersama. tak pe tak pe. tapi nak dijadikan cerita, aku dengan kawan aku lagi sorang je yang sempat nak lompat dalam bas yang sarat dengan penumpang. dan bas itu juga amat menyakitkan hati sebab aku rasa pak cik tu bawak 30km/j. stress tak? aku rasa macam nak tolong pak cik tu tekan minyak walau aku tak reti bawak bas. sampai-sampai kolej, kawan aku merasakan aku boleh berlari seorang diri dan stop di tepi jalan. lalu tinggallah aku sorang yang mengharungi badai yang melanda. bayangkan, aku lari dari pintu pagar kolej, naik tingkat tiga, turun balik, dan lari lagi ke bus stop. panas jangan katalah, dah nak pukul 12 tengah hari, agak-agak, suhu malaysia berapa waktu tu?
masa tu mungkin aku dah bermandi peluh, tak mengapa. asalkan presentation berjalan dengan lancar. didan, tak payah rasa bersalah.
point aku bukan nak cerita semua ni sebenarnya. kalau cikgu tanda tulisan aku ni, mungkin aku dah dikira sebagai lari tajuk dan boleh dapat c je.
point aku yang sebenar.
aku rasa la kan, aku macam dah tak reti nak buat presentation bahasa melayu. kalau dulu aku pernah dapat full mark untuk presentation bahasa melayu, sekarang aku sedikit ragu ragu.
*kan aku kata, ni entry berlagak
ye la... can you imagine, 3 sem, semua subjek dalam bahasa inggeris, present bahasa inggeris, slide bahasa inggeris.
masuk degree, kebanyakan subjek pakai bahasa melayu, so present pon mesti bahasa melayu kan.
macam pelik je aku rasa tadi, serius aku rindu nak present bahasa melayu. tapi kalau dulu aku tak payah bawak note nak present, sekarang berhelai-helai note aku bawak, siap tulis nombor lagi nak ingat turutan.
*lagi sekali aku berlagak
masa present, aku rasa macam aku gagap sikit, bukan sebab nervous, tapi macam dah tak reti pulak nak explain bahasa melayu.
*gila annoying ko hanani
kiranya, kat sini, kacang tu adalah aku dan kulit adalah bahasa melayu.
got it?
habis present, lecturer aku tak kata apa-apa. selalu beliau wrap kan kelas dengan apa-apa ayatla, tapi hari ni, buat peringatan sikit and finished. aku sedikit kecewa. at least, komenla sikit... ok ke, terrible ke, sukati la... tapi nak buat macam mana, nasik telah habis dimakan selepas menjadi bubur...
lihat, ada unsur-unsur semangat disitu |
ni yang tertinggal pendrive tu, jangan marah dia, dia yang paling semangat di situ |
nur hanani yang annoying dan berlagak sekali sedia dimaki.
sangat sempat untuk berposing ye |
undilah saya, saya takkan lompat parti |
insan semangat sedang menerangkan manifesto beliau |
dengan ini saya mengumukan bahawa... |
7 analisis anda:
aku bebas la...takkan lompat parti...
awek gambar last tue kalau single lagi boleh la kenalkan dengan saya...keh keh
syuhada: aku tau... tu yg ko bkempen beria tu...
Mohd Fakhrurazi Jamaludin: ala... dah tlambat la... dia da berpunya... bkn awak pon da berpunya gak ke...
haha... so camne??? lec ckp ape?? berjaya ah ni?? congrate :)
x ckp pape... aku sdey...
aku anggap je la diri aku berjaya...
nih macam kenegaraan je....aku baru je present semalam...mmg rasa gugup nak present dlam malay...sebab rasa lain sgt2...=P
kan... 3 sem asyk ckp omputih je... nk ckp melayu cm x reti da...
Post a Comment