Wednesday, February 9, 2011

kembali kepada yang azali

gila, tajuk nak gempak sesaje. tapi isi entah ape-ape. ye, jangan pedulikan repekan aku yang tak pernah boleh stop ni.

point sebenar. aku rasa macam aku nak start balik dengar lagu-lagu Melayu dan orang putih secara serius.

boleh diterimakah?
*sigh*
aku dah lama menjadi frog under the shell. kalau aku dengar je lagu Melayu atau orang putih, aku akan jadi terpinga-pinga. nak nyanyi pon tau bahagian korus je. nak karaoke? semua lagu lama yang aku tau. lagu baru?
aku dah lama tak dengar radio, so, koleksi lagu-lagu aku terhad kepada jpop dan kpop sahaja. sebab, tu je yang aku nampak dekat senarai lagu baru.

tapi sekarang, aku rasa macam nak start dengar balik. itupon kalau lagu tu sedap. kalau tak sedap, mungkin aku stay dengar lagu yang aku dok layan sekarang. semalam, aku dengar satu lagi ni. tak sure tajuknya, tapi ade lirik macam ni, "tiada kata, secantik bahasa..." dan aku nyanyi sama-sama dengan lagu dalam radio tu... lepas tu, tiba-tiba kawan aku cakap, "eh Nanie, ko tau lagu ni?" kagum pulak dia dengar aku nyanyi lagu melayu baru. tak de nye baru, aku tau lagu tu sebab lagu tu remake kan. kalau tak, memang aku senyap je la dengar...

aku suka ballad, tapi lagu Melayu sekarang banyak yang menjerit-jerit tak pon nyanyi macam orang  malas. memang la aku tak dengar. tapi tak pe, aku nak try dengar. mane la tau kot-kot aku suka.

itu pon, thanks to Era.fm yang dah jadi best balik sekarang ni. actually, dulu aku suka dengar Era, tapi bila DJ dia suka cakap merapu lepas gelak macam pontianak, bapak aku tak bagi dah aku dengar. lepas tu, aku terus stick dekat Jpop. tapi sekarang, macam best pulak aku dengar. adik aku la ni, suruh aku dengar. macam pagi tadi, aku dengar Riuh pagi Era. semangat aku, bangun pagi-pagi dengar radio. oh, best! nanti aku dengar lagi.

well...
NewS, Big Bang, akak Nishino Kana, 2ne1, dan anda semua yang lain, i'll never leave you all. lagu korang semua sentiasa best di telinga aku.
klik dekat link kalau tak percaya mereka best.

newS

Big bang
2ne1



Nishino kana
lagu ni je yang lepas dekat youtube, yang lain semua kene delete dengan company dia
mereka nombor satu dihati aku.

0 analisis anda:

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails