Friday, February 25, 2011

feeling sooooo Japan.... auw!!! (penjelasan bagi status facebook aku)

serius... feeling Japan yang melampau-lampau hari ni. uhuhuhu...
feeling jepun tu bukanlah feeling aku berada di jepun atau feeling gembira setelah menonton drama yang dilakonkan oleh mamat handsome dari jepun.

ok, aku akan berasa sangat best kalau dapat keluar dari kawasan UPM  tapi berada di luar UPM bukanlah kemuncak kepada keseronokan aku.dan hari ni aku meronggeng di Mines yang terletak di luar kawasan UPM.

hari ni, pagi-pagi lagi, dengan penuh semangat, aku bersiap-siap dengan penuh cantik dan lawa untuk ke Mines walaupun aku tak keluar dengan boyfriend. hari ni, misi aku ialah:

1.tengok wayang
ok, mission accomplished. ingat nak tengok Sanctum, tapi sebab movie tu 3D, oh, tidak jadi. mahal sangat dan tak boleh pakai student card. tak boleh... sila gunakan kelebihan yang ada. pilih pilih pilih, nampaklah board I'm number four... macam best, ok try. sangat best. recommended to people who like to watch action film without porn. kissing ringan-ringan boleh dielakkan dengan menutup sebahagian mata ok. siapa suka tengok movie orang putih yang ada porn, not recommended.
opssss... lupa, ada misi lagi satu. ni misi 1.1,
before entering the cinema, my friend and I went to Giant. kitorang ingat nak beli roti sebelum ngadap movie yang tak tau best ke tak tu. sekali, aku nampak nasi goreng buatan Giant terbungkus enak dihadapan aku. lantas aku cakap dekat kawan aku,

kalau aku makan nasi goreng dalam panggung, pelik tak?

kawan aku kata, makan la. dan, aku anggap itu satu misi yang perlu diselesaikan. woho!!! masa dalam panggung, mula-mula makan roti, lepas tu aku pandang kiri, ok, kawan aku. kanan, aiseyman... ada pak cik tiba-tiba duduk selang satu kerusi dengan aku. kawan aku kata, makan je dan aku pon mula makan... lepas tu kongsi sampai habis... wow! misi berjaya. moral, jangan pedulikan orang lain di tempat gelap.

tapi, lepas aku makan, aku disajikan lagi denga persembahan 2 ekor manusia sedang syok bercomolot dekat belakang aku. bila lampu bukak, tau pulak nak berenti. buat je la, boleh aku tengok detail sket ape korang buat. moral disini, sila ada perasaan malu walau di tempat gelap kerana aku boleh kesan korang buat apa walau dalam gelap. *dalam panggung je la*

2.makan okonomiyaki
wowwww!!! so yummy baby! tapi sebelum tu,terdapat satu kejadian yang telah mebuatkan aku sedikit terpinga-pinga dekat situ. kalau dekat Dana Dani dekat Mines tu, boleh makan dekat situ terus. sambil tengok mak cik tu masak, lepak-lepakla dekat situ. tiba-tiba, ada sorang budak perempuan, tak de la budak sangat, lebih kurang aku je, keluar dari bawah dapur tempat mak cik tu masak takoyaki. aik! bila pulak budak ni masuk bawah tu? yang peliknye, budak tu keluar, nangis-nangis bila mak dia datang, peluk mak dia, dan blah macam tu je. yang lagi peliknya, mak cik yang masak takoyaki tu tiba-tiba menitiskan air mata.aku pon kata,

hei! what the hell is going on?

ok aku tipu. aku dengan kawan aku macam ada tanda soal banyak-banyak dekat atas kepala. apesal diorang ni. aku nak tanya, macam busy body. tapi benda tu jadi depan kitorang, tak kan nak buat bodoh je kot. tapi belum sempat kami tanya, okonomiyaki tercinta siap dihidangkan. lupa terus kisah pelik tersebut. lantak la korang, aku peduli hape. *hipokrit gila...*

sila tonton hidangan lazat ni dengan sepenuh jiwa ye...
masa mula-mula sampai. aku malu-malu nak ambik.

lepas kerat dan letak dalam pinggan aku, perasaan malu hilang sedikit demi sedikit.

tiada langsung perasaan malu disitu
erk.... kenyang... gila full...

3. ok, next mission, ops, sembahyang dulu... ok, next... 
ok, yang ni sebenarnya tiada dalam senarai misi yang dibincangkan semasa di dalam bilik. 
karaoke... isy, mak aku tau ni, i can die... mak, sori pegi tak bagi tau. kakak pegi dengan wanita sama jantina je... bukan orang lain...
walaupun suara aku bagai kura-kura memanggil hujan sebab aku tak boleh tarik high note, aku memang tetap akan suka memanggil hujan bersam katak-katak lain.
6 lagu je... tak sempat hilang suara pon... bantai lagu ya maulai dengan umbrella, ade sikit sikit perasaan spastik di situ.

4.beli barang-barang dapur
oh tidak, bilik aku tak de dapur. beli barang je. shopping-shopping kejap dalam Giant, dan aku ternampak sebijik kasut yang ada iras-iras Crocs tapi ade heals sikit, tersantai indah di depan pintu masuk Giant. nak... ok, cek beg duit. dan T___T... perasaan sedih datang bertalu-talu. aku tak mampu. kalau aku beli, aku dah tak de duit belanja dah lepas ni. 

5. beli takoyaki untuk Muna
jangan tanya siapa muna. 
ousy... meleleh air liur ku disitu

takoyaki yang handsome, i love you

mi amor...

ai aishiteru...
6. naik bot dan pulang dengan gembira... wehuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!
tiada penyesalan hari ni...

balik pulak, menjamah pizza, takoyaki dan sushi milik roommates aku. huhuhuhuhuhuhu... konklusinya, I feel sooooo Japan!!!

2 analisis anda:

Anonymous said...

okeh..first sape muna?

second naik bot...?
bajet cam balik upm naik bot...

okeh sekarang senyuM..!
hahhaaha

hananishikido said...

ko x knal muna aku x tau

eh, aku naik bot sampai tasik depan kolej kite ni kot...

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails