Monday, February 21, 2011

pilihanraya Kampus UPM

bila aku tengok bloglist aku, semua pakat nak buat entry pasal PRK. nak buat jugaklah memandangkan ni first time aku mengundi dekat U kan. sebelum ni mengundi BWP je. siap buat undi rosak lagi sebab undi adalah rahsia. tapi kat sini tak boleh buat undi rosak sebab sistem canggih. pakai komputer semua.
ulasan aku pasal PRK tahun ni.
agak gempak, macam-macam kontrovesi aku dengar. macam-macam provokasi aku nampak, dengar. macam-macam-macam manifesto aku baca.

komen aku, akak, abang yang bertanding nak jadi MPP, please la... ada kesedaran sivik ke tak? yes, uollss dah bekerja keras taip flyers, print, dan distribute kepada orang ramai secara banyaknya. tapi berkesan ke cara tu? come on la... ingat kitorang student ni nak baca ke? sanggup tampal poster dekat tempat duduk dekat bus stop. tak rasa hina ke orang duduk atas muka sendiri? tak rasa membazir ke bila kertas-kertas tu melayang merata-rata dan menyepahkan alam sekitar? kesian mak cik and pak cik cleaner nak cuci. lepas tu, ada yang selit kad-kad kecik dekat celah pintu bilik aku lepas tu bila bukak pintu berterabur kertas. serius aku takkan undi orang tu.

cara nak kempen, pergi la tempat yang ramai orang dan beramah mesra dengan orang ramai tu. baru orang recognise you as a good leader. ni tak, pas flyers merata-rata lepas tu blah macam tu je. apehal? nak semangat lagi, pakai haler, cakap suruh semua orang undi anda. itu baru betul semangat.

lagi satu, slogan, biar la yang sesuai. ni tak, ayat merepek-repek. nak jadi MPP ke MLM?
manifesto, biar yang sesuai dengan status anda sebagai student. jangan ajak orang pergi hancurkan U ni supaya boleh bina U baru.

contoh manifesto yang sesuai.
*kalau hari cuti umum, kelas yang ada hari cuti tu tak payah ganti
*ugut kakak abang yang jual dekat Food Court supaya harga makanan tak lebih RM3.50
*hari jumaat semua orang boleh cuti.
*yuran dikurangkan sampai separuh and tak payah tolak duit PTPTN.
*bas sentiasa ada pada setiap masa
*pelajar yang pakai meal plan boleh dapat diskaun sebanyak 20%.
*dsb

macam tu la... baru student semangat nak undi. survey dulu problem student. ini macam nak menyusahkan student lagi adalah...jangan vote orang macam ni. tak de wawasan.
akhir kata, pergilah mengundi. jangan sebab satu undi, orang yang tak layak naik jadi MPP.

3 analisis anda:

Anonymous said...

serius ko punya menifesto memang gempak.....!
kalau ko jadi calon..aku klik ko lah!

senyumSOYA said...

suka manifesto 1st!!! heheheh

hananishikido said...

nanti bila aku dah layak, calonkan aku ek...

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails