Monday, March 21, 2011

kan best kalau...

bila dalam kelas, kita mengantuk, kita pejam mata dan kita akan mendapati bahawa kita berada di dalam bilik di atas katil dan diselimuti oleh comforter yang amat enak sekali dan lecturer tak kata apa-apa.
auwww!!! indahnya suasana itu...

tu la perasaan aku bila aku mengantuk gila dalam kelas. bayangkan pagi tadi dari pukul 8 pagi seorang lecturer yang berusia mengajar tak berhenti tanpa ada sebarang perkataan lain selain dari apa yang ada dalam silibus. serius mengantuk sampai aku sempat turun pegi toilet and tidur kejap dekat bawah. time-time tu la aku start berangan nak selimut tilam bantal segala macam tu bawak pegi kelas. best gile... dalam air-cond yang segar, aku tidur sambil sambil mendengar lecturer aku bagi syarahan sampai habis masa.
bukan aku kurang asam sangat sampai mengantuk dalam kelas. tapi kalau dah eyeliner jenama syahaiton dah melekat dekat mata, ditambah dengan suasana dingin dan bunyi-bunyi indah dari lecturer aku, memang aku salute dengan siapa yang mata dia segar sampai habis kelas. oohhh...

kawan-kawan, jangan ikut contoh tak elok aku. tapi anda hebat kalau anda tak ikut contoh aku.
ok, sekarang aku mengantuk lagi dan aku nak tido. babai kawan-kawan...



bestkan kalau tengah mengantuk dalam kelas bila sedar kita tegah tidur macam ni...

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails