sedih hatiku mengenangkan aku akan berpisah dengan si dia kejap lagi... ouh!!! sayunya hati ku... belum puas ku bermanja denganmu. belum puas ku dakap dirimu. kini kau akan pergi tinggalkan ku. walaupun kita hanya akan berpisah sehari sahaja, hati ini tetap berat untuk berpisah dengan mu. oh, sayangku, janganlah kau lupakan daku walau ku lepaskan dirimu untuk disentuh orang lain. rasa seperti teringin untuk meyanyikan lagu 'Jangan Pisahkan' nyanyian Phyne ballerz *btoi ke aku eja??* untukmu. tapi apakan daya, kau tidak mampu mendengar kata-kata ku buat kali terakhir sebelum kau pergi. tidak mengapa, kau pergi kerana masa depan kita berdua. aku ku tunggu dirimu di pintu gerbang kolej 13...
semoga esok, kau pulang dengan keadaan selamat dan suci. tiada lagi virus dan dan hang banyak kali. oh LapTOP ku, jangan kau slow-slow lagi bila aku nak bukak banyak-banyak tab. Encik yang akan format LapTOP saya ni, sila bubuh movie maker yang cemerlang perkhidmatan nya tanpa ada time dia not responding agar saya dapat menyiapkan assignmet dan kerja-kerja yang lain.
uh sedih... selamat tinggal kekasihku, selamat tinggal boyfriendku, selamat tinggal lapTOP ku, esok kita pasti bertemu kembali. jangan kau rindu padaku. semoga engkau menjalani treatment dengan gembira sekali. babai...
yang benar,
tuan punya lapTOP
|
credit: Google |
0 analisis anda:
Post a Comment