Monday, March 7, 2011

kembali jadi kanak-kanak tadika

ingat tak dulu masa tadika cikgu akan tulis nombor atau huruf dalam buku korang, lepas tu korang kena tulis balik 10 baris atau kotak? kadang-kadang aku punggah buku aku dengan adik aku dalam kotak dekat rumah mesti jumpa buku-buku masa tadika dulu kan. semangat tulis besar-besar. kalau dah malas, mak pulak sambung tuliskan.

sekarang dah besar. ingatkan tak payah dah buat semua tu. sekali hari tu, lecturer aku mengamuk sebab aku dengan budak kelas aku tak jawab soalan dia. memang la tak jawab, dah tak baca. jangan la marah... kitorang takot...

bila dah mengamuk, memang kena la jawabnya... hukumannya ialah...

cari maksud 4 term yang dia bagi dan ulang seratus kali. mak ai!!!!!!!!!! seratus wei!!! bukan sepuluh... masa tadika pon tak pernah sampai banyak tu... x_x
mati...

tadi aku baru siapkan satu term. 100... aku ni dahla kalau tulis benda yang bukan dalam otak aku, memang jadi slow... kalau suruh tulis karangan, memang la tangan aku akan laju je kalau ada idea. tapi suruh tulis benda yang sama 100 kali... bayangkan, 100 X 4... 400 ayat aku kena tulis...

serius aku tak pernah kena denda macam ni... petang tadi, buat sambil menghadap movie, memang la tak bergerak... 4 jam, 10 ayat je dapat. malam, aku off laptop, concentrate, target sampai pukul 11 dari pukul 9. and... siap! tapi seratus je la. tepat pukul 10.59, habis seratus aku buat. 100 je, itu pon nak berlagak. orang lain entah-entah dah siap dah. ye, aku pemalas. jumaat, aku rehat- serehatnya sambil online, sabtu, joli-jolian sambil shopping-shoppingan. ahad, baru nak start semua benda. padan muka kau hanani... you deserve it...

what so ever la... now, aku nak jumpa huruf x dengan y dengan nombor-nombor je. huruf lain tak diterima. jom ber kalkulus jom!

2 analisis anda:

yong farehah said...

wei... apehal sume lecturer nak mngamok ni? ritu lect aku ngamok psl bdk x pegi kt die buat hafazan. tros potong 50% markah. gile x gile?? harapan la nk dpt A... =.=

hananishikido said...

hari tu masa kalkulus pulak pasal sorang buat salah satu kelas punya markah kena potong. sabo...

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails