"jika anda bank in kan duit sebanyak RM sekian sekian, dan anda sebarkan sepuluh salinan surat ini, anda akan dapati keuntungan yang berlipat ganda di dalam akaun bank anda"
dalam surat tu pulak, siap ada testimoni lagi,
" pada 3 bulan lepas, saya telah bank in duit sebanyak RM sekian sekian ke dalam akaun bank dan saya telah lupa akan perkara ini, baru-baru ini, saya cek akaun saya dan dapati jumlah wang dalam akaun bank saya bertambah berlipat kali ganda"
wow... serius best... aku ni dah la mata duitan, kalau dapat sekali gedebuk banyak macam tu, alangkah bestnye...
tapi persoalannya,
best ke pakai duit yang kita tak tau asal usul, entah-entah duit yang masuk akaun kita tu hasil judi. memang enak la anak bini telan hasil duit haram tu.
tapi itu dulu, benda ni dah tak famous dah sebab orang Malaysia dah makin boleh berfikir secara kreatif dan kritis kan...
sekarang,
MLM pulak... atau nama panjangnya, Multi level Marketing. sedap nama tu kan... rasa macam nak join je...
famous kan benda ni sekarang. nama dah macam style, kalau cerita kat orang kampung ko join benda tu, mesti orang kampung ko menganga sampai tertelan sekor dua lalat atau langau.
dah la macam best, dengar cerita income nya pon boleh tahan. melabur RM40000, boleh untung ratus-ratus ribu.
maka ramai la anak-anak muda teruja untuk menyertai skim ini... nama skim ni mungkin bukan skim cepat kaya, tapi agak cepatla nak kaya dari orang lain yang kerja puluh-puluh tahun baru nak merasa BMW sebijik. orang yang join MLM ni, dalam masa 2 3 bulan je dah boleh beli Lamborghini Gallardo *btol ke aku eja*. lalu dengan berlagaknya, pergi lah mereka yang dah berjaya ni jumpa dengan budak-budak mentah yang poket selalu kering dan menceritakan saat beliau berjaya di arena MLM. and the kids feel so wow!!!
semua orang dah tau rasanya macam mana sistem ni bergerak...
yang innocence sikit sebab tak pernah nak search ape tu MLM, meh sini aku cerita sikit ape tu eMeLeM tu. ok macam ni, satu hari, seorang pemuda atau gadis yang berpakaian smart dan kelihatan beruang, menghampiri anda. beliau berkata, dik, adik teringin tak nak belanja mewah-mewah, pakai kereta macam abang atau bahasa yang lebih innocence nya, nak tolong mak bapak serta family tak?
lepas tu beliau pon mulalah masuk jarum dan tunjuk-tunjuk sejarah kejayaan company tu, produk-produk nye, sampai lah korang nganga-nganga sebab terlampau kagum. lalu korang pon dengan senang hati nya pergi bank dan buat loan atau balik kampung mintak duit dekat mak bapak kata nak bayar yuran dan bayar dekat abang yang
bila kita tanya dekat orang yang jadi tukang promote tu, boleh percaya ke? dengan penuh keyakinan beliau tunjuk profile syarikat tu, produk-produk nya. dan kita pon percaya...
yes, MLM tu datangnya dari company yang berdaftar. sah disisi undang-undang. tapi, produk yang dia tunjuk tu nak buat syarat je... sebuah company macam tu just boleh didaftarkan kalau ada produknya... bukan berkualiti pon, entah dia import dari siam lepas tu tampal jenama company dia, kita pon percaya... ye la... orang melayu, sesama Islam, kan bersaudara... perlulah saling mempercayai...
ok, aku tak kata semua, ada yang berkualiti. tak boleh dinafikan.
kayakah kalau join program ni? yes if you're the first or pioneer generation of this level. tapi kalau dah bawah-bawah tu, selamat tinggal lah romeo, terdamparlah kau keseorangan lepas kau bayar dekat company tu. memang selalu orang yang promote tu kata akan bantu korang untuk berjaya. tapi dia cari sorang dua je la. nak bukan sikit, untuk maintain kaya, kena cari ramai. downline tu penting.
kalau dulu target program ni orang yang baru start kerja, yang baru melangkah dalam alam pekerjaan dan masih berhingus lagi. sekarang target dah tukar. budak lepas SPM dan pelajar universiti. bravo!!! modal pon dah sikit sekarang ni, dulu puluh-puluh ribu, sekarang, ribu-ribu je.
kepada yang dah masuk program ni, dan dah berjaya, mulalah promote dekat rakan-rakan, ajak join sama-sama dengan dia. lepas tu mulalah busy sebab nak luaskan pengaruh but last, pelajaran entah kemana.
memang seronok ada duit... sapa tak suka, aku lagilah suka. tapi kalau dapat duit dengan cara macam ni, puas ke hati?
entah, aku tak join aku tak tau. benda ni dah la makin rancak sekarang. kawan-kawan keliling aku ni pon sebok semua nak join jugak. ok fine. untung dia banyak.
tapi aku memang tak puas hati dengan satu skim ni. Skop Z. *bukan nama sebenar* sistem dia, ajak teman pergi program tanpa bagi tau apa nama program tu, dan tiba-tiba kawan tu kena bayar harga sekian sekian. what the hewwww???
nama dan penerangan dah macam bagus, ajak orang tolong orang jadi pandai, tapi apesal kena bayar-bayar pulak ni? hoh aku tak faham... lain kali cakap je, "ok, saya agen MLM, encik nak kaya tak, kalau encik bayar duit banyak ni, lepas tu encik cari downline banyak-banyak, nanti encik untung la. downline encik tu tolong sorang dua je dah la, buat syarat, yang penting encik untung..."
kan bagus macam tu, terus terang je...
apesal aku anti sangat dengan benda ni? apesal aku macam tau lebih je benda ni? aku pernah join kah?
aku anti sebab benda ni jadi dekat orang keliling aku je, kena tipu puluh-puluh ribu, lepas tu tak boleh tuntut balik. dan hdup tanggung hutang sebab kena bayar loan dekat bank. aku tak pernah join, tapi aku pernah tengok orang buat penerangan pasal benda ni, kereta nak mewah aje, banglo dua tiga bijik, konon hebat. mula-mula contact la tiap-tiap hari tanya perkembangan, lepas tu, try call tak angkat, mesej tak reply. rupanya dah tukar nombor. apa motif dia tukar nombor? think...
dah la tu... dari join MLM, baik korang meniaga, kalau student buat MLM memang aku pantang, tapi kalau dia meniaga, jual la apa-apa pon janji jangan cari downline, aku respect. good luck aku ucapkan. kadang-kadang aku tengok lagi power orang yang jual burger tepi jalan dari orang yang bawak BMW sebab masuk MLM. apa yang ko nak bangga? ko rosakkan orang bawah kau dan kau senang sorang-sorang. uisy... serius aku anti...
p/s: sorry kepada sesiapa yang terasa, tak berniat nak menyakiti hati sesiapa.
kalau anda dalam golongan gambar yang hujung sekali, masih untungkah??? |
0 analisis anda:
Post a Comment