sambung balik point sebenar aku.
dengar kata box office jugak la movie kak limah tu. best ke? tertanya-tanya jugak aku pasal movie tu. tapi aku still tak boleh buang persepsi aku dekat cerita hantu malaysia. and last, aku tak jugak tengok cerita tu.
so bila aku dah tak tengok cerita tu, mesti la aku tak faham apa-apa kan pasal cerita tu. lawak-lawak dari movie tu apetah lagi. sure la aku tak tau. part paling orang suka sebut, 'ce cter ce cter' dengan 'kita bako kita bako'.
mula-mula aku tak faham pon apa yang dorang @ kawan-kawan aku sebut-sebut. serius, masa konflik UPM dulu, aku ingat itu slogan Pro-M ke ape ke. rupanya tak... ape le bengap beno aku ingat itu slogan. dah banyak kali aku dengar, baru aku faham, itu lawak movie kak limah rupanya. ooo...
tapikan, bila dah orang asyik cakap je, mulalah aku tertanya-tanya, best sangat ke kak limah tu? dorang kata ok la, best. ade yang dengan excitednye kata movie itu sangat best. ok fine. semalam aku try tengok. ok, latar belakang kampung aku, macam biasa, movie by Mamat Khalid memang suka shot dekat Kuala Kangsar or Padang Rengas kampungku tercinta. bahasa, banyak jugak slack, tak macam bahasa perak sangat pon ada. tak pe boleh dimaafkan, ok now aku dah faham lawak-lawak yang amat femes sekali tu.
tapi! ade tapi nye... jalan ceritanya, sedikit tidak memuaskan hati aku. apesal suka sangat cari bomoh siam, endon dengan semua bomoh pelik-pelik tu? dah tak de ustaz ke dekat situ? setahu aku la, Kuala Kangsar memang femes dengan perubatan Islamnye. ye, aku faham, takut kang berdosa pulak kalau salah buat, tapi kenapa bomoh yang pakai jampi serapah tu jugak yang menjadi?
suka hati lah.
yang penting aku dah faham lawak-lawak orang ramai tanpa perlu kerut-kerutkan dahi lagi dah. ya, aku ketinggalan zaman. tak pe. asalkan duit aku tak dibazirkan tengok movie yang membuatkan aku tak puas hati.
tapi kak limah tu... boleh diterimala kisahnya. tapi yang perlu dibetulkan, Kuala Kangsar tak sekampung tu. kalau sampai lampu jalan pon tak de, jalan raya tak de langsung, lepas tu kedai makan ada sebijik je dalam kampung tu. ok la, mungkin latar belakang tahun berapa puluhan dulu... tapi sila jangan buat movie yang macam dekat dalam studio even shooting nye merata-rata. ok, sekian saja dari saya, terima kasih.
4 analisis anda:
terbaikkk! saya sayang kuala kangsar yang indah permai. hahaha
me too!!! kuala kangsar bandar diraja ku yang tercinta!!!
ala mamat khalid xbrniat pun nk kata Kuale tu kmpung sgt smpai xde lmpu jln.ko ni emo betul ! chill dh ar. smua bnda nk komen pasal crita org malaysia.
rilek la encik anon... kn aku ckp x kesah sbb myb scene tu taon dulu2... ko yg emo ni... aku komen membina... kalau en mamat khalid baca, boleh dia improve sket...
Post a Comment