Saturday, January 30, 2010

sedikit ucapan

lately ni aku macam malas nak post ape2. x tau la.
x de pape nak cakap kot...
tapi ari ni nak gak cakap.
x kire....

  • pagi tadi, aku dengan penoh semangatnye pegi ladang naik basikal dengan kawan aku...
  • kemudian, sampai2 je dekat sane, keje dah nak siap. biasela, lambat punye pasal...
  • tinggal nak bubuh benih je lagi...
  • buat la kejap. x susah pon. sebab buat style hidroponik so x payah susah payah nak mencangkul ke ape.
  • balik tu, secara tiba2, kitorang teros straight pegi pasar tani dekat mardi...
  • pegila jalan2 kat situ, macam budak sekolah baru balik aktiviti kokurikulum dengan seluar kotornye, pakai track suit dengan sport shoes...
  • orang kat situ pon ingat aku dengan member aku tu budak sekolah, rase nak cakap je, "encik2 dan puan2, kami dah habis sekolah la..."
  • tapi hajat x kesampaian sebab keseganan yang melampau. dah la bawak basikal park kat celah2 motor.
  • lantak la...
  • lastnye lepas 3 kali pusing aku pon beli la keropok lekor, roti john, cendawan goreng dan bla bla bla...
  • mase balik, sekali lagi merentas highway naik basikal pinjam tu...
  • pastu aku try la lalu shortcut yang lain, sekali pintu pagar tu tutup, oleh kerana pagar tu rendah, kitorang fikir r alternatif lain, nak lalu gak kat situ, sekali, maybe Allah nak bagi petunjuk kot, lalu la sorang pakcik ni dengan kakak maybe anak dia, naik basikal cam kitorang jugak, sekali time dekat pagar tu, diorang angkat basikal tu...
  • terus kitorang dapat idea macam mane nak lepas pagar tu...
  • dengan saiz kitorang yang x patut ni, dengan x cukup tinggi dan sebagainye, angkat la basikal tu dengan sepenuh kudrat yang ade...
  • fuh, aku rasa sungguh hebat di kala tu. berjaya mengangkat dua bijik basikal...
  • lastnye mase balik, jumpa budak kelas aku kat tepi jalan... nganga dia tengok kitorang bawak basikal cam budak sekolah rendah...
  • akhirnya, aku selamat pulang ke bilik dan menjamu selera bersama room mate aku yang lain...
  • walaubagaimanapun, kaki aku sungguh terase ingin tercabut sekali... (bahase ape aku pakai ni?)

hanya itulah sedikit ucapan dari aku untuk hari ni...

p/s 1: kaki aku lebih2 ingin tercabut mase nak naik bukit yang bukan sedikit tinggi nya... tapi dah ok...

p/s 2: actually aku nak post pasal rat dissecting part 1 dengan part 2. tapi disebabkan internet yang x boleh dimaafkan, nantila aku post ek. maybe time raya cina nanti...

0 analisis anda:

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails