Tuesday, March 29, 2011

kuala lumpur with foreigner...

ini entry yang penuh gambar. tak larat nak cerita semua. let the picture explain explain everything...
tak pe tak pe... aku bagi intro sedikit...
yesterday aku diajak oleh member aku untuk jadi tour guide mobility students dar China pergi makan angin dekat KL... and the story goes on...
hadiah dari foreigner. asli dari China
mula-mula singgah dekat Istana Negara. dulu aku tertanya-tanya apa la yang orang buat ramai-ramai depan istana tu... bukan boleh masuk pon. pintu tutup setiap masa. lainlah kalau tourist boleh masuk nak tengok keindahan istana tu. aku pon nak... sampai-sampai, aku tertarik tengok guard yang jaga entrance istana tu dekat atas kuda. serius lawak muka dia. ye la, orang sebuk nak ambik gambar dengan dia, gambar dengan kuda actually. sepatutnya muka dia kena maintain serius tapi aku tengok macam penat dia tahan nak senyum. sekali aku jerit, senyum je la!!! terus muka dia lain... mula-mula tahan lagi, lepas tu makin lebar senyum dia...

kalau aku letak gambar ni dia kena buang kerja tak agak-agak?

manusia excited lebih dari foreigner

yang ni boleh naik gaji. muka maintain serius. penat aku buat awak depan dia. maintain je...

mula-mula gadis ni membayangkan dia adalah marylin monroe versi 2011... lihat tangan dekat tepi dia tu,

pemilik tangan tadi menolak dia dan dia tidak lagi menjadi marilyn monroe, kini dia monkey magic.  jangan marah ye marilyn...

dan rupanya juga, ada marilyn monroe asli sedang menanti...
next destination is masjid negara. aku sendiri dah lama tak pergi situ. tapi nasib la aku still boleh cerita tempat-tempat dekat situ  lepas tengok signboard yang ditulis guna bahasa melayu. fuh... peranan aku penting ya disitu..

excited gile diorang ni tangkap-tangkap gambar dalam masjid... semangat sebab dapat pakai jubah purple tu...

dan akhirnya aku pon join mereka bersyok-syok disitu...
 lepas singgah masjid negara, pergi pulak pasar seni. omaigod!!! panas gila nak mamp... muka aku yang dah burn ni, digaringkan lagi oleh minyak asli dari matahari... kelabu habis semua. aku tak tau nak buat apa dekat pasar seni, tapi demi nnak kenalkan malaysia, singgah la kejap bagi diorang beli souveneir... ha! ada saatu incident ni yang buat aku bengang dan rasa nak sebut fakiu secara sopan banyak-banyak kali. biasa la kalau foreigner excited nak tangkap gambar dalam pasar seni tu... tapi ada sorang lelaki durjana atau owner satu kedai ni datang buat jari fakkk and tunjuk dekat kertas yang bertulis no camera. serius... aku sound sikit je la owner kedai tu memandangkan aku nak jaga air muka aku depan diorang. tapi tak yah la keluarka jari tu dekat orang, no manner betulla. cakap elok-elok tak boleh ke... tak pon sebab ko tak reti langsung nak sebut no camera please aku tak tau la.
ini sepatutnya muka penat, tapi salah suasana pulak. masa ni dorang pergi tangkap gambar tapi kitorang stay dalam bas sebab tak larat.
 next station is... KLCC! mak oi... ape deme nak buat kat sini... aku dah la lapar gila... keroncong untuk ana mula berkumandang dari perut kitorang... masuk-masuk KLCC, hilang terus budak-budak cina tu... semangat diorang nak shopping. lantaklah, tak de aku susah nak iring diorang. semua dah besar gajah. kitorang pulak sampai je pergi cari surau dulu, bawak diorang bukan kisah nak sembahyang. sabar je la. then kitorang pergi cold storage and last, the most amazing place... Secret Recipe! gumbiranya rasa hati... wuwuwuw....
muka bahagia menunggu hidangan...

licin aku telan spaghetti bolognese ni... sebut betul-betul, bolonieze... 

eh, kenapa pinggan tadi transform jadi pinggan cheesecake blueberry??? auwww! nice!

mereka bahagia. perut kini mengalunkan lagu tema AF. 

sungguh tak larat sekali. kini keroncong bertukar lagu ballada...

foreigner boleh tangkap gambar kat sini apesal kitorang tak boleh???

kalau ade kamera, tangkap je kat mana sahaja. 

tinggi jugak KLCC ni ye... kate mereka...

serius bajet foreigner
ingatkan lepas puas meronggeng dalam KLCC ni diorang nak balik la, sekali, bas pusing Pavillion, bapak la... aku dah la ada kelas isnin... cari pasal betul... 
sekali sampai Pavillion, pengiring kata boleh stay sampai pukul 8, what?!!!! dari 4.30 sampai 8, nak buat apa dekat situ lama-lama? bukan boleh shopping, barang memangla mahal gila... so, decision? lets go to the cinema! yo! lets cekidaut! nasib baik ada movie yang time dekat-dekat masa tu, tengokla Sucker Punch... ulasan aku untuk movie tu, tak leh bla... semua part dalam movie tu semua tak boleh bla. bunyi memag sakit telinga, dah la duduk depan, sakit tengkuk aku.
oh ye, sebelum tu, kitorang terjumpa Datuk K, serius tak tipu, lalu kitorang tanya dekat beliau, di mana datuk siti? ok sekarang aku tipu. tapi kami yang gembira sebab jumpa artis dua kali hari ni gembira bertemu datuk k yang tersenyum tengok kami yang jakon ini. eh, datuk k artis kah? bolehla... kalau masuk surat khabar bahagian entertainment tu artis la tu...
lepas tu, heading to surau and lepak-lepak situ sampai maghrib. tiada gambar diambil sebab semua dah exhausted gila masa ni...
balik-balik, lupa jalan nak keluar sebab kitorang masuk ikut laluan bas. lepas bertembung balik dengan semua golongan foreigner tu, malula kalau tak ingat jalan kan, lalu aku dengan member aku kajila jalan tu sampai jumpa. then tiba-tiba diorang lead jalan, oh no! tak boleh, sebagai orang malaysia, aku kena lead! jalan laju-laju dan bangga bila jalan dekat depan sekali. serius childish. apa-apa pon, memang sangat penat bila kitorang tak dapat diselamatkan lagi menjelang pukul sebelas malam...
lepas tu, 

Saturday, March 26, 2011

ini entry emo: rumah sakit

serius I rumah sakit... sedih tau... siapa kata I tak nak balik... I nak la... tak pernah I tak balik rumah selama ni... nak dekat 3 bulan wo... tak jumpa sape-sape pon... arwah pak cik I meninggal pon I tak balik.
orang lain tak habis-habis cakap dekat I, balik la. cakap senang... memanglah I boleh balik, tapi buat apa I balik kalau parents I tak de dekat rumah. dorang busy. *tapi kami bukan anak-anak terbiar*

lagipon, I nak family I datang sini, supaya family I sentiasa depan mata I. kalau balik pon, bukan semua ada, baik tak payah balik...

korang nak balik, balik la... tapi jangan excited depan I yang tak balik ni.. sedih tau. I nak balik... tapi apakan daya, masa tak akan kembali... hancur musnahlah, semuanya... ops, ternyanyi pulak.

tapi jangan ingat I sengaja tak nak balik. tau tak I pon 'sakit rumah' jugak. I pon emo jugak kadang-kadang. tak betul I ni bukan 24 jam.

p/s: tau tak sakit rumah tu apa?
sorry kalau ade sesiapa touch-touch dengan I, I tak mampu berterus terang...
                                                                                                           sekian,
                                                                                                                     budak emo...

Friday, March 25, 2011

la... KB Mall je ke???

orang update pasal KB Mall, aku pon nak jugak la...

ni ha... aku tengah tak faham. kenapa mesti KB Mall? kenapa tak try dekat kawasan laut ke, air terjun ke atau dengan cara lain macam kerat tangan ke, hidu bau loji perumahan ke atau bancuh jus racun semut?
oh, nak glamour? ok, kenapa tak pergi bangunan pencakar lain yang lain, Twin Tower ke, KL Tower ke, atau nak lebih glamour lagi Burj al Arab. sure mati. tapi kalau pecah kepala ke apa ke, dah nak kena kutip pulak satu-satu, nak mandi mayat kan ke susah. suka ek, menyusahkan pak cik penyelamat tu kena panjat bangunan tarik tangan kau dan rasa bersalah sikit sebab lepas tangan kau? banyak ye persoalan yang tengah berlegar dalam kepala otak aku.
bayangkan betapa sia-sianya hidup dia kalau tak de 4 bijik tilam dekat bawah tu. aku rasa dia takkan mati, tapi kalau ajal tu tak boleh nak buat apala kan. tapi, macam ustaz aku kata, kalau tak mati, sure cacat kaki ke tangan ke tak betul ke lepas ni. kesiannya mak bapak dia.

lantak la apa pon alasan dia nak bunuh diri, macam orang heran je, siap gelak lagi, kau fikir orang nak kesian dekat kau? tak de nye... fikir la dulu nak buat apa-apa pon. dah la nak bunuh diri dekat tempat glemer aje, tak nak pulak bunuh diri dekat rumah sendiri.



ada orang kata dia nak bunuh diri sebab fail SPM. what the ffeeewww? ambik je la Paper July...
ada jugah orang kata yang sebenarnya dia ada masalah dengan boyfriend dengan family, la... cari la jalan lain. jangan singkat sangat otak tu... yang lain, jangan gelak je, ambik pengajaran, kang jadi trend pulak terjun dari shopping complex, kalau selamat, boleh glemer, dapat pulak kaunseling percuma, rawatan hospital percuma, masuk paper. tapi jangan buat ye, kalau mati, memang sia-sia. hidup sila jangan menyusahkan orang ramai. . isyyy... rugu-rugi...
kan ke dah femes tu... lepas ni boleh jadi artis pulak

kami stress

serius stress kalau lecturer bagi lecture dekat lab sampai tiga jam tapi satu experimen pon tak buat. dah la tak faham. bukan aku je, serius hebat kalau orang tu faham.

perhatikan jam sudah pukul berapa. dan beliau masih tidak mahu berhenti
kelas habis pukul 5, tapi 4.30, beliau masih semangat.

ini nota aku. jangan tanya kenapa bentuknya begini. sangat hodoh sekali. aku sendiri pon tak faham apa aku tulis
beliau marah kami tak tulis nota elok-elok, tapi apakan daya.... kami tiada tempat bergantung.

ini nota budak sebelah aku. ade BINGO dan XOX. maknanya apa? oh ye, dia tak main  dengan aku.
untuk pertama kalinya dalam hidup aku jadi budak degree, aku kena marah dengan lecturer sebab tak pay attention. padan muka kau hanani. layan lagi budak yang nak main. elok aku salin apa yang lecturer aku cakap terus aku malas nak menulis dah. ni semua sebab tuan punya kertas kat atas ni. geram.... grrrrrrrrrrrrrr... tak habis-habis ajak aku main Bingo la XOX la... malas aku. tapi bila dah nak habis tu, aku pon dah stress, aku layan je dia. sekali, kena marah. shew!!!! fuuuu!!! benci tau...
lastnya pukul 5.30 baru kitorang lepas. keluar je kelas, berair mata aku sebab stress sangat... god... aku rasa macam dah malas ak masuk lab lagi dah... bayangkan, sampai pak cik yang jaga lab tu pon terkejut tengok kitorang tak habis lagi... nak buat muka kesian pon dah tak larat. en HazamiTutor je yang sanggup tunggu kitorang habis... tenkiu mister. yang lain semua dah blah. tinggal la kitorang student menerima syarahan lebih masa tu... 

ini tulang kambing sebenarnya. tapi cerita fiction budak sebelah aku mengatakan bahawa ini tulang binatang hijau dibawah ini.
tidak!!! itu bukan tulang saya. tulang saya adalah pemadam, pensel, pen dan pembaris....
ok tak lawak.
ouh... pertama kali jugak dalam hidup aku, aku duduk dalam lab selama tu. kalau masa asasi dulu, satu jam setengah je, lepas tu, aku blah dah. now... so stresss...

Wednesday, March 23, 2011

MLM? perlu ke?

kalau dulu, selalu sampai surat dekat rumah. surat tu tulis,
"jika anda bank in kan duit sebanyak RM sekian sekian, dan anda sebarkan sepuluh salinan surat ini, anda akan dapati keuntungan yang berlipat ganda di dalam akaun bank anda"

dalam surat tu pulak, siap ada testimoni lagi,
" pada 3 bulan lepas, saya telah bank in duit sebanyak RM sekian sekian ke dalam akaun bank dan saya telah lupa akan perkara ini, baru-baru ini, saya cek akaun saya dan dapati jumlah wang dalam akaun bank saya bertambah berlipat kali ganda"

wow... serius best... aku ni dah la mata duitan, kalau dapat sekali gedebuk banyak macam tu, alangkah bestnye...
tapi persoalannya,
best ke pakai duit yang kita tak tau asal usul, entah-entah duit yang masuk akaun kita tu hasil judi. memang enak la anak bini telan hasil duit haram tu.

tapi itu dulu, benda ni dah tak famous dah sebab orang Malaysia dah makin boleh berfikir secara kreatif dan kritis kan...

sekarang,
MLM pulak... atau nama panjangnya, Multi level Marketing. sedap nama tu kan... rasa macam nak join je...
famous kan benda ni sekarang. nama dah macam style, kalau cerita kat orang kampung ko join benda tu, mesti orang kampung ko menganga sampai tertelan sekor dua lalat atau langau.
dah la macam best, dengar cerita income nya pon boleh tahan. melabur RM40000, boleh untung ratus-ratus ribu.
maka ramai la anak-anak muda teruja untuk menyertai skim ini... nama skim ni mungkin bukan skim cepat kaya, tapi agak cepatla nak kaya dari orang lain yang kerja puluh-puluh tahun baru nak merasa BMW sebijik.  orang yang join MLM ni, dalam masa 2 3 bulan je dah boleh beli Lamborghini Gallardo *btol ke aku eja*. lalu dengan berlagaknya, pergi lah mereka yang dah berjaya ni jumpa dengan budak-budak mentah yang poket selalu kering dan menceritakan saat beliau berjaya di arena MLM. and the kids feel so wow!!!
semua orang dah tau rasanya macam mana sistem ni bergerak...

yang innocence sikit sebab tak pernah nak search ape tu MLM, meh sini aku cerita sikit ape tu eMeLeM tu. ok macam ni, satu hari, seorang pemuda atau gadis yang berpakaian smart dan kelihatan beruang, menghampiri anda. beliau berkata, dik, adik teringin tak nak belanja mewah-mewah, pakai kereta macam abang atau bahasa yang lebih innocence nya, nak tolong mak bapak serta family tak?

lepas tu beliau pon mulalah masuk jarum dan tunjuk-tunjuk sejarah kejayaan company tu, produk-produk nye, sampai lah korang nganga-nganga sebab terlampau kagum. lalu korang pon dengan senang hati nya pergi bank dan buat loan atau balik kampung mintak duit dekat mak bapak kata nak bayar yuran dan bayar dekat abang yang baik hati tu... and the story goes on...

bila kita tanya dekat orang  yang jadi tukang promote tu, boleh percaya ke? dengan penuh keyakinan beliau tunjuk profile syarikat tu, produk-produk nya. dan kita pon percaya...

yes, MLM tu datangnya dari company yang berdaftar. sah disisi undang-undang. tapi, produk yang dia tunjuk tu nak buat syarat je... sebuah company macam tu just boleh didaftarkan kalau ada produknya... bukan berkualiti pon, entah dia import dari siam lepas tu tampal jenama company dia, kita pon percaya... ye la... orang melayu, sesama Islam, kan bersaudara... perlulah saling mempercayai...
ok, aku tak kata semua, ada yang berkualiti. tak boleh dinafikan.

kayakah kalau join program ni? yes if you're the first or pioneer generation of this level. tapi kalau dah bawah-bawah tu, selamat tinggal lah romeo, terdamparlah kau keseorangan lepas kau bayar dekat company tu. memang selalu orang yang promote tu kata akan bantu korang untuk berjaya. tapi dia cari sorang dua je la. nak bukan sikit, untuk maintain kaya, kena cari ramai. downline tu penting.

kalau dulu target program ni orang yang baru start kerja, yang baru melangkah dalam alam pekerjaan dan masih berhingus lagi. sekarang target dah tukar. budak lepas SPM dan pelajar universiti. bravo!!! modal pon dah sikit sekarang ni, dulu puluh-puluh ribu, sekarang, ribu-ribu je.
kepada yang dah masuk program ni, dan dah berjaya, mulalah promote dekat rakan-rakan, ajak join sama-sama dengan dia. lepas tu mulalah busy sebab nak luaskan pengaruh but last, pelajaran entah kemana.
memang seronok ada duit... sapa tak suka, aku lagilah suka. tapi kalau dapat duit dengan cara macam ni, puas ke hati?

entah, aku tak join aku tak tau. benda ni dah la makin rancak sekarang. kawan-kawan keliling aku ni pon sebok semua nak join jugak. ok fine. untung dia banyak.

tapi aku memang tak puas hati dengan satu skim ni. Skop Z. *bukan nama sebenar* sistem dia, ajak teman pergi program tanpa bagi tau apa nama program tu, dan tiba-tiba kawan tu kena bayar harga sekian sekian. what the hewwww???

nama dan penerangan dah macam bagus, ajak orang tolong orang jadi pandai, tapi apesal kena bayar-bayar pulak ni? hoh aku tak faham... lain kali cakap je, "ok, saya agen MLM, encik nak kaya tak, kalau encik bayar duit banyak ni, lepas tu encik cari downline banyak-banyak, nanti encik untung la. downline encik tu tolong sorang dua je dah la, buat syarat, yang penting encik untung..."
kan bagus macam tu, terus terang je...

apesal aku anti sangat dengan benda ni? apesal aku macam tau lebih je benda ni? aku pernah join kah?
aku anti sebab benda ni jadi dekat orang keliling aku je, kena tipu puluh-puluh ribu, lepas tu tak boleh tuntut balik. dan hdup tanggung hutang sebab kena bayar loan dekat bank. aku tak pernah join, tapi aku pernah tengok orang buat penerangan pasal benda ni, kereta nak mewah aje, banglo dua tiga bijik, konon hebat. mula-mula contact la tiap-tiap hari tanya perkembangan, lepas tu, try call tak angkat, mesej tak reply. rupanya dah tukar nombor. apa motif dia tukar nombor? think...

dah la tu... dari join MLM, baik korang meniaga, kalau student buat MLM memang aku pantang, tapi kalau dia meniaga, jual la apa-apa pon janji jangan cari downline, aku respect. good luck aku ucapkan. kadang-kadang aku tengok lagi power orang yang jual burger tepi jalan dari orang yang bawak BMW sebab masuk MLM. apa yang ko nak bangga? ko rosakkan orang bawah kau dan kau senang sorang-sorang. uisy... serius aku anti...

p/s: sorry kepada sesiapa yang terasa, tak berniat nak menyakiti hati sesiapa.
kalau anda dalam golongan gambar yang hujung sekali, masih untungkah???

Monday, March 21, 2011

kan best kalau...

bila dalam kelas, kita mengantuk, kita pejam mata dan kita akan mendapati bahawa kita berada di dalam bilik di atas katil dan diselimuti oleh comforter yang amat enak sekali dan lecturer tak kata apa-apa.
auwww!!! indahnya suasana itu...

tu la perasaan aku bila aku mengantuk gila dalam kelas. bayangkan pagi tadi dari pukul 8 pagi seorang lecturer yang berusia mengajar tak berhenti tanpa ada sebarang perkataan lain selain dari apa yang ada dalam silibus. serius mengantuk sampai aku sempat turun pegi toilet and tidur kejap dekat bawah. time-time tu la aku start berangan nak selimut tilam bantal segala macam tu bawak pegi kelas. best gile... dalam air-cond yang segar, aku tidur sambil sambil mendengar lecturer aku bagi syarahan sampai habis masa.
bukan aku kurang asam sangat sampai mengantuk dalam kelas. tapi kalau dah eyeliner jenama syahaiton dah melekat dekat mata, ditambah dengan suasana dingin dan bunyi-bunyi indah dari lecturer aku, memang aku salute dengan siapa yang mata dia segar sampai habis kelas. oohhh...

kawan-kawan, jangan ikut contoh tak elok aku. tapi anda hebat kalau anda tak ikut contoh aku.
ok, sekarang aku mengantuk lagi dan aku nak tido. babai kawan-kawan...



bestkan kalau tengah mengantuk dalam kelas bila sedar kita tegah tidur macam ni...

Wednesday, March 16, 2011

surat untuk kekasih

sedih hatiku mengenangkan aku akan berpisah dengan si dia kejap lagi... ouh!!! sayunya hati ku... belum puas ku bermanja denganmu. belum puas ku dakap dirimu. kini kau akan pergi tinggalkan ku. walaupun kita hanya akan berpisah sehari sahaja, hati ini tetap berat untuk berpisah dengan mu. oh, sayangku, janganlah kau lupakan daku walau ku lepaskan dirimu untuk disentuh orang lain. rasa seperti teringin untuk meyanyikan lagu 'Jangan Pisahkan' nyanyian Phyne ballerz *btoi ke aku eja??* untukmu. tapi apakan daya, kau tidak mampu mendengar kata-kata ku buat kali terakhir sebelum kau pergi. tidak mengapa, kau pergi kerana masa depan kita berdua. aku ku tunggu dirimu di pintu gerbang kolej 13...



 semoga esok, kau pulang dengan keadaan selamat dan suci. tiada lagi virus dan dan hang banyak kali. oh LapTOP ku, jangan kau slow-slow lagi bila aku nak bukak banyak-banyak tab. Encik yang akan format LapTOP saya ni, sila bubuh movie maker yang cemerlang perkhidmatan nya tanpa ada time dia not responding agar saya dapat menyiapkan assignmet dan kerja-kerja yang lain.

uh sedih... selamat tinggal kekasihku, selamat tinggal boyfriendku, selamat tinggal lapTOP ku, esok kita pasti bertemu kembali. jangan kau rindu padaku. semoga engkau menjalani treatment  dengan gembira sekali. babai...
                                                                                                                           yang benar,
                                                                                                                               tuan punya lapTOP

credit: Google

Saturday, March 12, 2011

internet sekarang tidak lagi selamat dilayari

sambung ayat di atas,
oleh orang yang imannya senipis kulit bawang...

serius... semalam aku search word 'kedai buku' untuk assignment aku, memang la keluar gambar kedai buku segala bagai tapi...
kenapa mesti ada gambar lucah terselit di celahan gambar kedai buku?
kenapa? apa yang mereka lakukan sehingga mencemarkan perkataan kedai buku??? serius aku emo... kalau aku  tekan bookstore tu lainla... orang putih ni bukan tau malu sangat. but now the problem is... the word is 'kedai buku'!!! WTH! that means, orang Malaysia la yang letak gambar tu... malu wei malu...

bayangkan kalau kanak-kanak yang still suci lagi otaknya, search perkataan yang tak pernah terlintas dekat kepala otak kita yang akan terselit gambar lucah macam tu, contoh, search perkataan 'flower', niat budak tu suci nak cari gambar flower, sekali yang keluar, gambar bunga dan...

i bet, ade la sorang dua yang akan search word 'kedai buku' and 'flower' kan... suka hati, kalau kuat iman, try la...

one more thing, boleh pulak dekat referrer aku ade keyword search 'jantan gay', apeke jadahnya gatal sangat pergi search pasal jantan gay sampai blog aku? ye... memang la hari tu aku ada cakap pasal gay... tapi lembu jantan yang gay... kenapa manusia sebok nak mencari jantan gay dekat internet???

aku tak tau la manusia zaman sekarang ni... tak faham aku, otak tu aku tak tau la warna apa dah sekarang. kesian budak-budak kecik lagi dah tengok benda-benda tak elok tu... family, parents, teachers, watch your kid when they searching image in the internet... image dekat game yang budak-budak selalu main pon dah tak elok, sila lah perhati mereka untuk selamatkan generasi akan datang... kesian dorang boleh rosak sebab salah kita sendiri...

faham!
credit to: http://www.theinductive.com/

Friday, March 11, 2011

sekarang aku faham...

masa movie kak limah balik rumah baru keluar hari tu, hari tu??? aku buat tak reti je... kenapa? bukan aku benci, tapi sedikit fobia nak menonton cerita hantu budaya melayu yang tak de motif dan aku tak faham pon bila aku tonton. so buat ape aku tonton. kan? kan? last movie hantu melayu aku tengok dekat cinema, Histeria. serius aku menyesal. melayang RM10 aku sebab tengok cerita yang membuatkan aku tidur masa tengah tengok. come on la. buat la cerita yang ada makna so aku boleh berfikir masa tengok movie tu. ni tak de la aku tidur lepas tu tak puas hati sebab cerita tak de ending. huh, sakit hati. sori ye director histeria, ni opinion aku dan rakan-rakan.

sambung balik point sebenar aku.
dengar kata box office jugak la movie kak limah tu. best ke? tertanya-tanya jugak aku pasal movie tu. tapi aku still tak boleh buang persepsi aku dekat cerita hantu malaysia. and last, aku tak jugak tengok cerita tu.

so bila aku dah tak tengok cerita tu, mesti la aku tak faham apa-apa kan pasal cerita tu. lawak-lawak dari movie tu apetah lagi. sure la aku tak tau. part paling orang suka sebut, 'ce cter ce cter' dengan 'kita bako kita bako'.
mula-mula aku tak faham pon apa yang dorang @ kawan-kawan aku sebut-sebut. serius, masa konflik UPM dulu, aku ingat itu slogan Pro-M ke ape ke. rupanya tak... ape le bengap beno aku ingat itu slogan. dah banyak kali aku dengar, baru aku faham, itu lawak movie kak limah rupanya. ooo...

tapikan, bila dah orang asyik cakap je, mulalah aku tertanya-tanya, best sangat ke kak limah tu? dorang kata ok la, best. ade yang dengan excitednye kata movie itu sangat best. ok fine. semalam aku try tengok. ok, latar belakang kampung aku, macam biasa, movie by Mamat Khalid memang suka shot dekat Kuala Kangsar or Padang Rengas kampungku tercinta. bahasa, banyak jugak slack, tak macam bahasa perak sangat pon ada. tak pe boleh dimaafkan, ok now aku dah faham lawak-lawak yang amat femes sekali tu.

tapi! ade tapi nye... jalan ceritanya, sedikit tidak memuaskan hati aku. apesal suka sangat cari bomoh siam, endon dengan semua bomoh pelik-pelik tu? dah tak de ustaz ke dekat situ? setahu aku la, Kuala Kangsar memang femes dengan perubatan Islamnye. ye, aku faham, takut kang berdosa pulak kalau salah buat, tapi kenapa bomoh yang pakai jampi serapah tu jugak yang menjadi?

suka hati lah.

yang penting aku dah faham lawak-lawak orang ramai tanpa perlu kerut-kerutkan dahi lagi dah. ya, aku ketinggalan zaman. tak pe. asalkan duit aku tak dibazirkan tengok movie yang membuatkan aku tak puas hati.

tapi kak limah tu... boleh diterimala kisahnya. tapi yang perlu dibetulkan, Kuala Kangsar tak sekampung tu. kalau sampai lampu jalan pon tak de, jalan raya tak de langsung, lepas tu kedai makan ada sebijik je dalam kampung tu. ok la, mungkin latar belakang tahun berapa puluhan dulu... tapi sila jangan buat movie yang macam dekat dalam studio even shooting nye merata-rata. ok, sekian saja dari saya, terima kasih.

Wednesday, March 9, 2011

lelaki, jangan takut dengan aku...


pesanan ni khas untuk lelaki yang kenal aku. yang perempuan dan yang tak kenal aku boleh jugak baca... tak pe tak pe...


aku ni garang sangat ke wahai lelaki? janganla... aku tak garang la...
ye la... aku garang... sikit.
biasala kalau aku meninggikan suara kalau cakap dengan korang atau kalau korang dengar ada nada-nada tegas masa aku bercakap, itu bukan sebab aku garang... serius... aku baik. *masuk baldi angkat sendiri*

memang la aku tak cakap elok-elok dengan korang. korang bukan husband aku, bukan family aku, so, jangan la pelik kalau aku bercakap secara ganas sikit... asalkan aku tak mencarut dah la...
tapikan, suara aku memang kuat, dengan perempuan pon suara aku kuat. so, aku tak garangkan?
ye... dengan lelaki aku akan tegas sikit, you guys already know right, perempuan tak boleh melunakkan suara kalau cakap dengan lelaki. kalau gaya aku cakap macam tu, bukan maknanya aku marah... tolongla jangan ada perasaan bersalah dekat aku. kalau aku tak puas hati, aku cakap. kalau aku marah, aku direct je... sebab tu yang aku dapat title puaka, laser dsb tu.

lelaki ni pon bukan boleh sangat, kalau aku cakap elok-elok sikit, mulalah ingat aku nak mengorat atau suka dekat dia. come on guys...

sedih aku bila orang cakap dia takut dengan aku, tak kenal aku lagi, aku ok je la... dengan perempuan pon sama. kalau tengok aku cakap dengan lelaki, jangan terus anggap aku garang, kenal aku dulu, baru tau aku ni garang ke tak.

aku ni bahaya, dengan perempuan, aku memang mengada-ngada, gedik dsb. so, tak kan aku nak cakap style macam tu dengan lelaki, tu yang aku ubah sket tu. tapi tak sangka pulak jadi excessive macam ni.
nak buat macam mana... dari sekolah lagi aku dah macam tu.
mak aku pesan, kalau keluar pergi mana-mana, jangan gatal nak senyum-senyum mesra dengan lelaki-lelaki yang aku jumpa.
dan macam tu la aku. aku takkan sesenang hati sesedap rasa senyum dekat orang. tapi itu bukan bermakna aku garang. jadi, jangan takut dekat aku ek. ek...

dulu aku pernah ceritakan, yang masa kelas aku buat perjumpaan beramai-ramai dulu. kalau tak ingat atau tak tau tekan sini. lelaki je kan, yang cakap aku puaka, lancang, tajam dan sebagainya. perempuan, ok je selagi dia tak cari pasal dengan aku.

ok la... aku mengaku... aku garang sikit sebab memang aku macam tu dengan adik-adik aku. aku ni kakak kepada 5 orang adik. so, ciri-ciri tegas memang diperlukan untuk menguruskan mereka semua. tapi bukan setiap masa... *tu yang sampai sekarang tak de boypren tu*
ada masa, aku akan jadi terlebih ceria sampai orang kata aku tak betul. ok aku terima. tapi jangan takut dengan boleh. dan, jangan mintak maaf dengan aku kalau tak de buat salah dengan aku. ok.

aku mintak maaf dengan sesiapa yang aku pernah terkasar bahasa atau terlaser. itu memang aku. tapi aku tak kan cakap depan-depan sebab aku bukan jenis yang mintak-mintak mahap ni. secara bertulis tak pe. tak de la segan sangat.

aku bukan yang ni...so, jangan takut dengan aku...


p/s: tajuk ni macam kena ada signature Si Gadis tak laku kan... kesian aku...

oh ye, aku dah berjaya siapkan denda yang 400 ayat tu. ho yeay!!! gembira beb!!!

Monday, March 7, 2011

kembali jadi kanak-kanak tadika

ingat tak dulu masa tadika cikgu akan tulis nombor atau huruf dalam buku korang, lepas tu korang kena tulis balik 10 baris atau kotak? kadang-kadang aku punggah buku aku dengan adik aku dalam kotak dekat rumah mesti jumpa buku-buku masa tadika dulu kan. semangat tulis besar-besar. kalau dah malas, mak pulak sambung tuliskan.

sekarang dah besar. ingatkan tak payah dah buat semua tu. sekali hari tu, lecturer aku mengamuk sebab aku dengan budak kelas aku tak jawab soalan dia. memang la tak jawab, dah tak baca. jangan la marah... kitorang takot...

bila dah mengamuk, memang kena la jawabnya... hukumannya ialah...

cari maksud 4 term yang dia bagi dan ulang seratus kali. mak ai!!!!!!!!!! seratus wei!!! bukan sepuluh... masa tadika pon tak pernah sampai banyak tu... x_x
mati...

tadi aku baru siapkan satu term. 100... aku ni dahla kalau tulis benda yang bukan dalam otak aku, memang jadi slow... kalau suruh tulis karangan, memang la tangan aku akan laju je kalau ada idea. tapi suruh tulis benda yang sama 100 kali... bayangkan, 100 X 4... 400 ayat aku kena tulis...

serius aku tak pernah kena denda macam ni... petang tadi, buat sambil menghadap movie, memang la tak bergerak... 4 jam, 10 ayat je dapat. malam, aku off laptop, concentrate, target sampai pukul 11 dari pukul 9. and... siap! tapi seratus je la. tepat pukul 10.59, habis seratus aku buat. 100 je, itu pon nak berlagak. orang lain entah-entah dah siap dah. ye, aku pemalas. jumaat, aku rehat- serehatnya sambil online, sabtu, joli-jolian sambil shopping-shoppingan. ahad, baru nak start semua benda. padan muka kau hanani... you deserve it...

what so ever la... now, aku nak jumpa huruf x dengan y dengan nombor-nombor je. huruf lain tak diterima. jom ber kalkulus jom!

Friday, March 4, 2011

Secret Big Bang Parody

tolongla... benda ni sangat lawak yang sangat-sangat... tapi before watching this, make sure you already watch the original secret Garden drama. kalau tak memang takkan faham.




muahahahahaha!!!

Wednesday, March 2, 2011

gay kah mereka??!! *entry separa lucah #2*

sila baca sampai habis supaya tidak berlaku salah faham yang meburukkan mana-mana pihak terutama pihak yang terlibat,

pagi isnin, Dr. Kassim mengajar tajuk Reproductive system of domestic animal.
antara tajuk menarik,
Estrus- cow, comes into heat. (stim) atau ayat panjangnya, when a cow will accept a male for breeding due to behavorial and physiological changes.

general signs of cow in heat,
-increase nervousness (dia suka terkejut-terkejut)
-swollen vulva (jangan tanya aku vulva tu apa)
-licking other cows
-stands to be mounted (dipanjat bukan memanjat)

faham?

tak faham sudah. aku bukan nak buat kelas fisiologi. tak pe tak pe...

petang isnin pulak, aku ada amali dekat Ladang UPM yang amatlah luas sekali... amali untuk pemagaran sebenarnya. tapi sambil-sambil belajar buat pagar, mata pon meliarlah melihat keindahan alam sambil ditemani oleh lembu-lembu yang tengah meragut rumput...

ladang terbentang meluas...

tiba-tiba,

kelihatan dua ekor lembu sedang saling jilat-menjilati. Yeeeeeeeeekkkkkkk...
lepas tu aku lihat pula jantina mereka untuk memastikan apa yang aku belajar tadi betul ke tak.
mak oi!!! dua-dua jantan... dah la main jilat-jilat, lepas tu panjat-panjat... aku tengok keliling, aku dengan dua tiga orang kawan aku je yang nampak. geli gila!!! tercemar kepala otak aku tengok lembu ni. gay ke mereka ni??? apa yang aku belajar tu semua sign untuk lembu betina. tapi mereka jantan!!!

aku pon malu nak letak gambar ni... lembu ni... cover la sket...
aku stress.
kenapa orang lain tak nampak? oh, mereka khusyuk membina pagar.

fortunately, sorang kakak ni bagi tau, dua ekor lembu tu bukan gay... they just want to show that they are in heat sebab dekat situ tak de lembu betina... they need lembu betina!

la... ingatkan dorang gay...


tu la, buat tengah jalan lagi, kan aku dah salah faham...
oh yeah! mereka tak gay rupanya...
tak pasal-pasal je aku buat dua amali terus...

klik jika anda berminat

Related Posts with Thumbnails